Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Terpaksa Tolak Tawaran Sebab Kena 'Free Hair'" - Tunku Hanis Sah Berhijab Sejak 2019

25-1-2020 10:04 AM|Oleh: natrahn| Komen: 62

Kredit foto: Instagram Tunku Hanis

Bagi anda yang pernah menonton drama bersiri Leftenan Zana, sudah pasti mengenali aktres Tunku Hanis yang memegang watak Raz dalam drama berkenaan. 

Kini, pelakon tinggi lampai ini sudah tampil berhijab.



"Ya, saya memang dah berhijab dan hampir setahun saya memakai hijab selepas tamatnya drama bersiri Leftenan Zana ditayang di TV3 tahun lalu.

"Entahlah rasa dunia ni dah di penghujung, pusing kiri pusing kanan banyak benda jadi iktibar buat saya. Yang ternyata penghujungnya, reda Allah yang kita semua perlu cari," ujar Tunku Hanis yang dipetik dari Media Hiburan.



Hanis atau nama penuhnya Tunku Norhanis Tungku Salman memaklumkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya bermula 2019 lalu, sekali gus menjawab  persoalan netizen yang menyangka Hanis bertudung sementara sahaja bagi menjayakan drama lakonannya.



Dalam pada itu, Hanis mengakui dirinya terpaksa menolak tawaran lakonan selepas berhijab kerana tuntutan watak yang memerlukan beliau membuka tudung.

"Ada terima banyak tawaran lakonan terutama sekali watak antagonis tapi saya terpaksa tolak sebab semua kena "free hair", watak lain ada terima tapi saya tolak juga kerana masa tidak mengizinkan sebab sekarang saya dah fokus dengan perniagaan saya," tambahnya.

Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah berhijab ya! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
1
Komen: 62
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : "Of Course Saya Boleh Jadi Gay" - Nazim Othman Ada Bau-bau Nak 'Keluar Almari'?

Komen Terbaru

Quote biozipstar 30-1-2020 12:59 PM
kalau pakai tudung jadi watak antigonis pun xpe rasanya. hehehe..

Lain-lain Komen

Quote keknaih 25-1-2020 10:12 AM
Semoga istiqomah.. jgn takda job, buka balik tudung, tu hanya dugaan
Quote evlinne 25-1-2020 10:14 AM
Sheols ni ke yg dulu bela anjing comey tu
Quote makneng 25-1-2020 11:02 AM
Sheolls ni kerabat juga ke?
Quote August 25-1-2020 11:04 AM
Makin cantik dia sekarang
Quote aemon 25-1-2020 11:06 AM
Suka dia ni..kerabat yg ok la iols rasa..xmcm retis sesetengah tu.kena panggil cp cp
Quote kiah_mai_pulak 25-1-2020 11:28 AM
huuuu arrr yusssss
Quote Kampungpeoplesz 25-1-2020 11:34 AM
Semoga terus istiqamah
Quote September14 25-1-2020 11:37 AM
Muka garang..
Quote gummiebear 25-1-2020 01:32 PM
Cantik.. semoga istiqamah sis
Quote EvieWanKenobi 25-1-2020 03:04 PM
semoga Allah tetapkan hatinya..

dia ni tinggi betul..
lagi tinggi dari Diana Danielle..
Quote CinnamonR 25-1-2020 05:20 PM
Makin putih....filter maybe??
Quote beatgirlX 25-1-2020 05:33 PM
Dia ni kalau berlakon suka watak jahat...
Tapi skg makin cantik..
Quote Lengkong 25-1-2020 05:55 PM
Semoga terus istiqamah



Quote unguaurora 25-1-2020 06:07 PM
Baru tahu nama sheols. Suara sheols serak2 basah kan?
Quote Missfadh 25-1-2020 06:28 PM
makneng replied at 25-1-2020 11:02 AM
Sheolls ni kerabat juga ke?

Macam kerabat. Nama sheols ada dlm Website royalark.
Quote diss69 25-1-2020 07:11 PM
Air muka dia garang, tp makin cntik dia skrang..
Quote Zeatyisaac 25-1-2020 08:27 PM
Dia kerabat negeri mana yer? Pernah terbaca dulu, kira kerabat dekatlah jugak.
Quote sok_suci 25-1-2020 08:33 PM
Muka sheol mcm pondan nizam rahman
Quote rayray28 25-1-2020 08:41 PM
Dia ni tinggi gk kan..bila dh bertudung ni lagiii cantik..dia mmg dh x berkawan lgsg dgn FL ye?

Lihat semua komen(62)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top