Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kenapa Anak Selalu Sakit?

1-5-2020 08:44 AM|Oleh: coklatcadbury| Komen: 9

Gambar hiasan
Kredit foto: Carian google

Kita sebagai ibu bapa mesti risau kalau anak selalu sakit hingga kadang-kadang hilang punca nak cari sebab anak tidak sihat. 

Perkongsian oleh seorang doktor dan juga penulis terkenal Dr Taufiq Razif dalam nota parenting ini mungkin boleh membantu serba sedikit.


1.  Bawa anak bertemu doktor.


Kredit foto: Parents.com

Ini perkara paling asas perlu kita tahu. Kalau anak sakit, segera jumpa doktor dan bukannya sibuk mengemas kini Facebook bertanya mereka yang tidak mahir dalam bidang perubatan kerana hal ini akan boleh memudaratkan kesihatan anak tidak kena gayanya. 

Maka apa lagi, segera ke hospital untuk mendapatkan diagnosis yang betul.


2. Periksa punca rezeki.

"Ala, lepas masuk pejabat punch in kita keluar pergi minum ya." Benda nampak remeh, tapi kita selalu terlepas pandang tentang keberkatan rezeki.

Mungkin masa setengah jam yang kita gunakan untuk keluar minum pada waktu pejabat punca rezeki menjadi tidak berkat. Jaga-jaga ya, ibu bapa sekalian.


3. Periksa kualiti makanan.


Kredit foto: trainer.ae

Cuba buka dan tengok makanan apa paling banyak di dalam peti ais anda. Kalau penuh dengan coklat, makanan sejuk beku, air bergas, baiklah kita hentikan secepat mungkin kerana apa yang kita makan boleh membawa kepada masalah kesihatan di kemudian hari. 

Sakit bukan sahaja hari ini, kadangkala mengambil masa setahun dua baru nampak kesan hasil tabiat diet pemakanan kita yang tidak sihat.


4. Periksa riadah anak.

Dunia serba canggih ini, kita sebagai ibu bapa rasa kasihan pada anak jika tidak diberikan telefon pintar. Tapi, tahukah anda akibat rasa kasihan yang tidak bertempat itu mungkin membunuh anak kita secara senyap. 


Kredit foto: The Guardian

Anak kita mungkin akan menjadi rabun terlalu awal pada usia kerana masa di skrin telefon yang terlalu lama. Dikhuatiri juga anak mengalami masalah lambat bercakap atau 'speech delay' kerana kurang bergaul dengan orang lain.


5. Periksa jumlah sedekah kita.

Lalu sebelah peminta sedekah, kadang-kadang kita selalu buruk sangka. Mulalah terdetik di hati kemunginan mereka penipu. 

Kenapa tidak kita ikhlas dan bersangka baik dengan menghulurkan sahaja sedekah walau seringgit. Tapi sedekah yang paling baik adalah sedekah kepada isteri, anak-anak dan keluarga kerana semakin banyak kita memberi semakin banyak rezeki yang kita akan dapat. 

Ia datang dalam pelbagai bentuk, tidak semestinya duit. Kesihatan yang baik, bahagia dan hati lapang juga rezeki.

Mari kita cuba periksa kesemua senarai di atas, mungkinkah ada perkara kita terlepas pandang? Kalau ya, marilah kita muhasabah diri untuk kehidupan yang lebih baik.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 9
Komen

Previous : Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

Next       : Dari Cuci Rambut Sampai Menangis, Ini 11 Kepercayaan Masa Raya Cina

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 2-5-2020 01:40 PM
Cuba minta pandangan dr Yatt Hamzah tentang penjagaan anak.

Lain-lain Komen

Quote dua_chzy 1-5-2020 04:20 PM
Periksa jumlah sedekah?

No. 6 : Kena sampuk.

Vley?
Quote Tinot7 1-5-2020 04:38 PM
Kenapa anak selalu sakit?
1.Bawa anak bertemu doktor.

Macam tak kena ayat ni. Patutnya lambat bawa jumpa doktor.. betui tak?
Quote GigaMom 1-5-2020 05:22 PM
Tinot7: Kenapa anak selalu sakit?1.Bawa anak bertemu doktor.Macam tak kena ayat ni. Patutnya lambat bawa jumpa doktor.. betui tak?



No 2 n 3 shj yg logik, itupun point je,bukan isi
Lelain ikut sedap tembolok penulis murahan, masa ai dh terbuang baca tulisan mengarut penulis tak guna ni. Kalau tahu x pandai menulis kontent masuk la kat thread gossip sana sekurang2nya ai boleh skip tak terbuang masa time bosan2 ni, tambah bosah baca tulisan tak guna. Kempret punya penulis!!
Quote crazybeach 1-5-2020 10:43 PM
periksa punca rezeki? periksa jumlah sedekah? motip ko melalut tapi tak explain how do these two relate to anak selalu sakit?

so penjenayah besarkan anak pakai duit haram tu berkat sebab anak dia tak selalu sakit gitu? meanwhile pengemis anak dia selalu sakit sebab dia tak bagi sedekah malahan mintak sedekah pulak dari orang ramai gitu ke?
Quote crazybeach 1-5-2020 10:58 PM
yang no 1 tu pun entah hapa ko melalut. bawa anak bertemu doktor? memang lah anak sakit kena bawak gi doktor tapi apa yang buat anak tu jadi selalu sakit kalau tak bawak gi doktor tu hah babi? ko sekolah tak?? ko punya bm time srp lepas tak??
Quote sarahmirza 1-5-2020 11:07 PM
Kawan i amik anak angkat dari jkm...
Mmg asyik sakittt je budak tu.
Dari mula2 amik umur bbrp bulan sampai entah tak tau berapa tahun, sampai insurance company reject bila dia minta GL... dah kalau sebulan sampai 2-3 kali pergi specialist. Bukan ada sakit kritikal, entah la i pun tak tau la budak tu apa kena...
Samada keturunan baka tak bagus ke atau kawan i yang tak pandai jaga budak kecik... haisshhh

Ada je parents yang tak jaga pemakanan anak kecik, tak jaga persekitaran hidup (kebersihan), ditambah pula baka tak berkualiti ada asthma, ada alergik, tok nenek ada penyakit 3 serangkai maka mudah la budak2 tu sakit...

Btw tak tau apa kaitan rezeki dan sedekah ... nak kata tak berkat ke?
Quote adila39 1-5-2020 11:22 PM
bagila scot emulsion tu.. murah je tapi bagus.. lepas tu susu yg ada dha untuk otak anak kita, suppliments yg sesuai.. insyaallah ok je la
Quote fliphair8 2-5-2020 12:25 AM
Haiyooooo......baseless sangat point...hakak mati2 ingat artcle from the standpoint of medical experts....

Tak sama satu budak ngan satu budak yg lain dek, of coz what you feed them from first day into this world mempengaruhi but also other factors to be considered too...
Quote RatuDunia94 2-5-2020 01:40 PM
Cuba minta pandangan dr Yatt Hamzah tentang penjagaan anak.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top