Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Ayie Mungkin Takkan Menyanyi Lagi Kalau..." - Floor88 Cari Bakat Baru

20-1-2020 12:06 PM|Oleh: LilRose| Komen: 36

Kredit foto: IG

Selepas rebah pengsan ketika membuat persembahan tempoh hari, vokalis kumpulan Floor88 sekali lagi diuji apabila kotak suaranya disahkan mengalami kecederaan.





Eric Fuzi, pemain keyboard Floor88 memaklumkan mStar Online bahawa Ayie dinasihatkan berehat daripada menyanyi sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Satu demi satu cabaran menimpa Floor88, kini Ayie disahkan mengalami kecederaan kotak suara.

“Dia terlalu kerja keras untuk menyanyi dengan baik biarpun mengalami masalah kesihatan sepanjang minggu lalu.

“Ayie mungkin tidak dapat menyanyi buat selama-lamanya jika dia tidak berehat seperti yang dinasihatkan doktor,” katanya.



Berikutan itu, Floor88 kini mencari penyanyi gantian bagi memenuhi undangan persembahan.

Katanya, mustahil untuk mereka membatalkan semua jadual sepanjang bulan ini jadi, mereka memerlukan bakat baru untuk turut sama menyanyi bersama Ayie nanti.

“Jadi, penganjur tidak akan berasa kecewa apabila Ayie turut menyanyi, namun dibantu penyanyi kedua.

“Kami baru sahaja uar-uarkan perkara ini di media sosial. Harap-harap, ada penyanyi baharu yang memenuhi kriteria,” tambahnya.



Semoga Ayie menjaga kesihatan dan patuh nasihat doktor supaya suaranya tidak terus 'hilang'. Ramai yang akan kecewa jika itu berlaku. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 36
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : Langgar Je! MK K-Clique Pakai Emas Sebab Minat, Dosa Itu Hal Peribadi

'Tuhan Beri Peluang Kedua, Tapi Masyarakat...' - HIV Bukan Lagi Hukuman Mati
Sejukkan Tekak Dengan Pencuci Mulut Air Mangga, Satu Cawan Serius Tak Cukup!
Anak Penulis Lord of The Rings, Christopher Tolkien Meninggal Dunia
"Sah Ke?" - Tular Lelaki Solat Jumaat Sambil Dukung Bayi, Ini Jawapan Mufti
Tidur Je Mesti Berdengkur? Cuba Tanam Pokok Nanas Dalam Bilik Tidur!
Emma Maembong Bakal Kahwin Dengan Anak Raja?
Berlakon Anggota Beruniform Lagi! Netizen Dah Meluat Tengok Muka Hairul Azreen?
Peminat Teruja Bila Neelofa Umum Ada GIF Sendiri Di IG, Dah Cuba?
DS Vida Minta Restu Cik B Nak Berjodohan Dengan Michael Ang, Ok Tak?
Sendu Tanpa Pasangan Di Sisi, Sufian Suhaimi Nak Main Tinder?
Raja Ilya Naik Pelamin Lagi, Kali Ini Di Singapura
"Itu Dah Tak Betul, Kurang Manis" - Sharnaaz Ahmad Terkilan Dengan Nabila
Tun M Tak Perlu Letak Jawatan, Cleopatra Gesa Kabinet Dirombak
Langgar Je! MK K-Clique Pakai Emas Sebab Minat, Dosa Itu Hal Peribadi
Tak Salahkan Orang Sabah, Papagomo Buat Laporan Polis Dibelasah Di KKIA
Cucu Derhaka Tikam Kepala Nenek Sebab Disuruh Pakai Seluar
Post Gambar Uqasha Dan Luah Rindu, Cinta Dah Bertaut Kah?
"Cukup! Dia Tak Hormat Agama, Buat Apa Hari-hari Keluar Cerita?" - Adam Corrie
Poligami Luar Kebenaran Mahkamah, Da'i Farhan Bakal Dipenjara?
"Dulu Kurus Keding, Muka Panau Sana Sini,"- Hairul Azreen Bersyukur Sekarang Dah Berjaya
Tampil Seperti Wanita Di Mekah, Haneesya Hanee Berperang Dengan Penyokong Sajat
"Saya Tak Perasan Anak Ikut Dari Belakang" -Suami Lufya Tak Dengar Anak Jerit 'Daddy'
"It's Slowly Eating Her," - Neelofa Buka Mulut Tentang 'Kehilangan' Ameera Khan

Komen Terbaru

Quote Kurex 29-1-2020 09:10 AM
damian_lee replied at 29-1-2020 09:02 AM
Bukan calang2 aponya
Mcm pensel 2B jer aku tilik


jgn tilik waktu kecut

Lain-lain Komen

Quote Melur1 20-1-2020 12:14 PM
menyanyi kenalah ada teknik yg betul supaya mengelakkan kecederaan. takpolah ayie hang berehat dulu pastu belajar menyanyi balik ngan vocal coach dgn cara selamat. byk je penyanyi hollywood yg kena berehat dan belajar balik menyanyi sebab suara rosak (whitney houston). suka jugak dgn lagu diorang zalikha tu dan suara ayie pun memang sedap
Quote Themilo 20-1-2020 12:28 PM
@Kurex boleh ajar cara pegang mic dengan betul. semoga ayie cepat sembuh.
Quote Kurex 20-1-2020 12:38 PM
Themilo replied at 20-1-2020 12:28 PM
@Kurex boleh ajar cara pegang mic dengan betul. semoga ayie cepat sembuh.

tengok dari fizikal, mic ayie ni bukan calang2
Quote epis 20-1-2020 12:46 PM
miming je dulu ke sementara tunggu kotak suara pulih?
Quote Fazzbulous 20-1-2020 12:52 PM
Kurex replied at 20-1-2020 12:38 PM
tengok dari fizikal, mic ayie ni bukan calang2

baik je kurex ngomen thread ayie..kalau thread yintan njwa..fuhhhhh..berapi2...kikikiki
Quote natrahn 20-1-2020 12:52 PM
@Kurex try la
Quote LadyCarefree 20-1-2020 01:17 PM
epis: miming je dulu ke sementara tunggu kotak suara pulih?



Tu lah. Miming je. Western singers pin ade je miming bila buat show

Lagi satu, penyanyi kita sini ramai tak jaga suara dan kotak suara. Main hentam je nyanyi.

Macam charice dulu contohnya, tak semua tempat dia nyanyi dia akan nyanyi full power. Tengok keadaan.

Tapi ayie ni kalau nyanyi live macam xde teknik. Kawalan pernafasan pun xde. Nyanyi selalu ke laut kalau live. Terlalu lompat2 mcam kera.

Tngok badan pun mcam cicak xcukup makan.

Pastu sibuk promote vape.
Quote noell 20-1-2020 02:07 PM
Melur1 replied at 20-1-2020 12:14 PM
menyanyi kenalah ada teknik yg betul supaya mengelakkan kecederaan. takpolah ayie hang berehat dulu  ...

hello acik whitney rosak vocal chord bkn pasai salah teknik nyanyi-teknik nyanyi dia perfect mak dia ajarkan...rosak sebab dadah & dia amek dadah sebelum dia pemes pun dia rebel dgn mak dia...abang dia kasi ajar isap dadah la

bila dia dok sedut cocaine selalu tulang idong dia pon rapuh stamina out


Quote aaz 20-1-2020 03:50 PM
LadyCarefree replied at 20-1-2020 01:17 PM
Tu lah. Miming je. Western singers pin ade je miming bila buat show

Lagi satu, penyanyi ki ...

Vape boleh tak bagi kesan kpd suara penyanyi..kalau rokok, I pernah dengar Ajai nasihatkan Zaaim juara mentor supaya kurangkan rokok utk jaga suara. Yg si zaaim pulak kata rokok tak jejaskan suara dia
Quote diggerr 20-1-2020 05:26 PM
Quote Orix 20-1-2020 06:00 PM
panggil ayie zaman ayie makan ayie minum siti pun minum jela ganti
Quote Sazida 20-1-2020 06:01 PM
LadyCarefree replied at 20-1-2020 01:17 PM
Tu lah. Miming je. Western singers pin ade je miming bila buat show

Lagi satu, penyanyi ki ...

Jgn lupa dia pun selalu promote apps Omi.
Quote Melur1 20-1-2020 07:53 PM
noell replied at 20-1-2020 02:07 PM
hello acik whitney rosak vocal chord bkn pasai salah teknik nyanyi-teknik nyanyi dia perfect mak d ...

aik.. iolls makan dedak PR whitney ka selama ini..  dok canang whitney nyanyi pernafasan tak betul..apa2 pun suara dia sedap
Quote salmon-suki 20-1-2020 09:01 PM
Amek je apex mentor tuh..boleh ler tahan suara dia
Quote sleepandream 20-1-2020 10:19 PM
noell replied at 20-1-2020 02:07 PM
hello acik whitney rosak vocal chord bkn pasai salah teknik nyanyi-teknik nyanyi dia perfect mak d ...

haiyoooo betul ke ni chuols...
yg iols tau kawan baik heols sorang member projector band ada mendadih sebab stress katanya... gosip2 dolu la
Quote InVendeTTa 20-1-2020 11:54 PM
Adele dulu pon pernah alami kecederaan sama..lama gak lah dia berehat sambil write music.her voice never like it used to be masa mula2 naik dulu.tp still merdu la
Quote boojaat 21-1-2020 07:47 AM
Amik jer la hafiz suip tu kejap..
Quote crazybeach 21-1-2020 08:52 AM
InVendeTTa replied at 20-1-2020 03:54 PM
Adele dulu pon pernah alami kecederaan sama..lama gak lah dia berehat sambil write music.her voice n ...

adele tu pun kuat merokok jua kan chuols
Quote mizruncing 21-1-2020 09:51 AM
khai bahar jela masuk floor88

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.137499s Gzip On
To Top