Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Berlakon Anggota Beruniform Lagi! Netizen Dah Meluat Tengok Muka Hairul Azreen?

20-1-2020 10:16 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 175

Bagi sesiapa yang peka, pasti anda perasan yang Hairul Azreen kerap membawa watak beruniform sejak kebelakangan ini. 

Antara watak yang dimainkannya ialah pegawai elit laut dalam 'PASKAL', anggota bomba dalam 'Qhaliq', polis dalam 'Polis Evo' dan tentera dalam 'Wira'.


Kredit foto: IG

Ingatkan lelaki sasa itu akan cuba menakluki watak baru, namun dia dikhabarkan bakal berlakon sebagai tentera dalam filem 'Bakara' yang menampilkan kisah Black Hawk Down' versi Malaysia.

Ia mengenai Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang bertindak menjaga keamanan telah diserang hendap oleh gerila pimpinan Mohamed Farrah Aidid. Naskhah ini juga membawa pelakon Remy Ishak, Fauzi Nawawi, Bront Palarae dan Shaheizy Sam sebagai teraju utamanya.


Kredit foto:

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen memberikan reaksi yang negatif terhadap pemilihan Hairul Azreen sebagai salah seorang pelakon dalam filem tersebut. Mereka mendakwa sudah muak melihat suami Hanis Zalikha itu melakonkan watak sama sahaja. Tak versatil langsung!

Mereka juga menyelar aktor itu kerana sibuk membawa watak berunsur patriotik walhal tak keluar mengundi pun dalam dunia realitinya. Lagi pula, mereka turut mengkritik lakonannya yang 'kayu'.


Kredit foto: Twitter

Pun begitu, ada juga segelintir netizen yang tampil 'back up' Hairul dan mengatakan bahawa dia layak membawa watak sedemikian kerana kemahirannya dalam seni mempertahankan diri.


Kredit foto: Twitter

Apa pula pendapat anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
3
0
0
Komen: 175
Komen

Previous : Instafamous Faiz Roslan Bertukar Jadi Perempuan, Netizen Suruh Berhenti Puji Dia Cantik!

Next       : "Comelnya, Tu 'Baby Bump' Marsha Kan?" - Nafi Hamil, Tapi Tu Adalah ...

Komen Terbaru

Quote pinkzara 7-2-2020 02:59 PM
ctjah replied at 23-1-2020 03:05 PM
Tak minat dia berlakun sama mcm tak minat aeril dan wawa

Laki aku minat aeril-wawa dan akim-stacy. I is cannot brain..
Blm tunjuk kekrul-keknis.. Tak tau la kot terminat pulak kang.. Hahaha

Lain-lain Komen

Quote BicaraHatiku 20-1-2020 10:24 AM
kadang2 netizen ni bukan meluat dengan watak tu sgt tpi meluat tengok personal life ko yg budget2 vvip dan cara ko ber sosial media semua benda ko nk upload.
Quote chicozinn 20-1-2020 10:29 AM
warga forumer da lama meluat netizen baru nak start meluat??lambatnya
Quote RatuDunia94 20-1-2020 10:33 AM
Aritu iols g la pasar malam.. pastu lalu depan gerai jual vcd cetak rompak.. penjual tu buka cite wira.. dr jauh iols dengar la lontaran dialog heols.. ya ampun kayu gila.. dgn suara penyeknya..
Quote biozipstar 20-1-2020 10:33 AM
pelakon utama harap2 bukan kekrul... i nak bront parale jadi hero utama... hehehe...
Quote Aunty_Acid 20-1-2020 10:34 AM
RatuDunia94 replied at 20-1-2020 02:33 AM
Aritu iols g la pasar malam.. pastu lalu depan gerai jual vcd cetak rompak.. penjual tu buka cite wi ...

Sbb tu dia cari watak mcm tu sbb nk tutup kekayuan dia tu
Quote DayangKirana 20-1-2020 10:38 AM
bile kena kritik, dikatanye tak support filem tempatan..konon dengki..
but memang realiti pon..
job after job, but still kayu.. take la effort pegi kelas ke ape yg patut..
harap tayang body je... memang lama2 orang pun menyampah..
Quote Melur1 20-1-2020 10:38 AM
biozipstar: pelakon utama harap2 bukan kekrul... i nak bront parale jadi hero utama... hehehe...

bront palarae dalam sindarela power siot
Quote helicornia 20-1-2020 10:39 AM
harap hairul jadi stunt je la lepas ni.jgn jadi barisan pelakon utama. orang kalau tak tengok muka ko tak sakit ati sangat
Quote sarah82 20-1-2020 10:41 AM
Asbb dia la aku tak berselera nak tgk PASKAL.. Ni BAKARA lagi aku tak berselera..
Quote September14 20-1-2020 10:41 AM
Netizens ni pun klu meluat xyah la tgk... bukannya cter dia tayang kat tv free pun...
Quote meow_tompok 20-1-2020 10:42 AM
Semalam tgk citer China, Operation Red Sea. Best sungguh filem tu. Utk Hairul ni okay je dia berlakon watak aksi lasak. Bukan semua pelakon nak komited bawak watak mcm tu. Tapi kurangkan dialog, bagi dia ckp sikit2 je.

Quote imanjannah 20-1-2020 10:45 AM
ok je dia belakon watak aksi
Quote Sazida 20-1-2020 10:46 AM
Pojie nawawi sng ler dpt job abang dia PTD.
Quote RatuDunia94 20-1-2020 10:46 AM
Aunty_Acid replied at 20-1-2020 10:34 AM
Sbb tu dia cari watak mcm tu sbb nk tutup kekayuan dia tu

Bukan aritu heols kata dh bosan berlakon watak aksi.. rindu watak2 romantik... katenyeuuuerrrrr
Quote hasniey 20-1-2020 10:49 AM
Ai lg rela dia brlakon aksi dr cinta cintun.
Bagus hairul brlakon aksi lg banyak2.brlakon filem je,xyah drama2 dh lps ni.
Xsuka xyh g beli.kalau brlakon drama kang ai trtengok pulak
Quote messymimi 20-1-2020 10:51 AM
rasanya sbb dia dah bff ngn pengarah adrian teh tu...kang nnti x amek bff jd pelakon kecik ati lak, terus putus kwn

Quote Miawlover 20-1-2020 10:57 AM
Mana tak meluat, berlakon kayu, poyo plak tu. Kalau setakat nk tunjuk body sado baik berlakon jd bodyguard atau stuntman yg tak perlu bnyk dialog.
Quote Noraniza_Iblis 20-1-2020 10:59 AM
rasenye pengarah lebih nk cr body yg betul2 perfect mcm kekrul..
nk harapkn Shahiezy sam... badan je sedap,tp rendang..
esbox dh besar sgt..hero2 lain yg bdn sedapp..muke pulak tak kendu..
so kekrul je laa yg muke blh jual..
utk merembeskn cikki & ummah ponen..
Quote azimodin 20-1-2020 11:01 AM
betul, herol selayaknya jadi stuntman je la sebab lontaran suara sangat FLATTTTT seri siantan. Kalau nak dibandingkan dengan donnie yen, daniel wu, nicholas tse even stephen fung yang berwajah kanak2 ribena diusia kertu pon jauh herol ketinggalan. eh, takyah compare jauh la, letak sebelah husband safura pon kecundang.

Lihat semua komen(175)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top