Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"pH Air Ni Teruk" - Sindiran Berani Ropie Cecupak Pada Final MLM2019 Kejutkan Netizen

17-1-2020 09:35 AM| Komen: 28

Baru-baru ini, kumpulan Puteh yang terdiri daripada Ali, Mamak dan Man telah berjaya merangkul gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2019 (2019) buat pertama kalinya. MLM edisi kali ini agak mengejutkan apabila pasukan kegemaran peminat seperti Zero dan Bocey tewas kepada pasukan underdog, Puteh.

Sumber Gambar: mStar
Untuk final edisi kali ini, kumpulan Puteh berjaya membuatkan seluruh penonton tersentuh apabila Ali terkenang akan anaknya yang baru sahaja meninggal pada tahun lepas. Namun kemenangan Puteh bukanlah atas dasar simpati, sebenarnya persembahan mereka pada final kali ini boleh dikatakan 'pecah perut' apabila mereka membuat juri sebagai bahan jenaka.


Namun, ada lagi satu perkara yang mengejutkan netizen pada final MLM2019 ini apabila kumpulan Rare menggunakan lawak 'double meaning' untuk membuat jenaka berkenaan kerajaaan Pakatan Harapan (PH). Kumpulan Rare yang terdiri daripada Ajak Shiro, Ropie dan Pak Ya telah membuat sketsa di mana Pak Ya bertanyakan tentang kualiti air kepada Ropie.


"Ini pH okay ka?"
"Terukkk"

Seluruh penonton di auditorium kelihatan bersorak dan menepuk tangan dengan jenaka yang dibawakan oleh kumpulan Rare ini. Bukan itu sahaja, kumpulan Rare juga menggunakan isu tulisan jawi dalam sketsa mereka. 


Persembahan final kumpulan Rare telah menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak apabila mereka menganggap kumpulan Rare telah menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menyebarkan kebencian kepada kerajaan. Malah, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi turut meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap kumpulan Puteh di laman Twitter miliknya.


Video penuh persembahan kumpulan Rare: 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
0
0
Komen: 28
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : "Jangan Jadi Mangsa, Buang Orang" - Sharifah Sakinah Pula Titip 'Nasihat' Kepada Aqish

Komen Terbaru

Quote Ladybird910 18-1-2020 11:32 PM
samax replied at 18-1-2020 03:17 PM
ajak kan member shahrul kumpulan shiro. si shahrul tu plak memang hardcore bn pun. berceramah kat  ...

Tak kisahlaaa...janji ph mmg terukkkk!! Adan ukeee kena troll live gitu..hihi

Lain-lain Komen

Quote imanda 17-1-2020 09:51 AM
apooo kat twidder tu hentam rare ke puteh??
ai ritu tgk mlm pon I dah rs something bila rare melawak ms ajak share minum ngn pakya (watak apek cina). sb tu la kot rare no.5 sb content dia psl politik, kaum tu sume.

tp puteh mmg guna isu arwah anak ali utk raih undi. mmg benda2 gitu xslh tp mmg meraih undian jgak laa. mcm babypian lerr, kat ajl dlu psg pelamin angannya yg musnah gituuu, trus dpt psembahan tbaik hehe
Quote Mfzg89 17-1-2020 10:16 AM
Persembahan final kumpulan "RARE" telah menimbulkan rasa kurang senang kepada beberapa pihak apabila mereka menganggap kumpulan Rare telah menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menyebarkan kebencian kepada kerajaan. Malah, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi turut meluahkan rasa kurang senang beliau terhadap kumpulan "PUTEH" di laman Twitter miliknya.

RARE KE PUTEH??? Mabuk ke?
Quote awanysss 17-1-2020 10:31 AM
ropie ni mmg masa pru lepas dulu pun dia ada buat video on behalf of bn.. dgn johan rajalawak semua.. kecoh jugak masa tu kan.. so kalau skrg org2 bn nak gunakan dia as contoh ph ni teruk mcm tak valid lah.. sbb at first place mmg dia tak suka ph.. kalau awal2 sokong ph, pastu tetiba sindir tu mmg betul la, genuine.. my 2 cents..
Quote RumiMenari 17-1-2020 10:36 AM
Tak boleh terima betul bila Rare dpt no 5...
Quote Mleeen82 17-1-2020 10:46 AM
RumiMenari replied at 17-1-2020 10:36 AM
Tak boleh terima betul bila Rare dpt no 5...

Terima jelah...
dh sememangnya x sedap sangat mlm tu........
rancangan pun dh abis
Quote MadameOnion 17-1-2020 10:48 AM
takleh nak kritik langsung kerajaan..hari ini kawin takkan esok mau beranak
Quote mohdcrow 17-1-2020 10:56 AM
biasa la tu...penyokong bn kutuk ph, penyokong ph kutuk bn...adat la tu

Quote pencintaABC 17-1-2020 10:58 AM
Memang Rare kurang kelakar pon malam final tu.
Quote September14 17-1-2020 11:15 AM
Cter ni aku tak  tgk sgt, cuma tiap2 thn peserta yg sama je ke masuk? Mcm dia pusing2 muka tu je

Lpstu psal PH elok lah kna bhan live... mmg truk sgt ekonomi n bnyk isu under ph babis ni
Quote Betara_Indera 17-1-2020 11:39 AM
kah2.. bole kutuk org lain, tapi bile kene kutuk sentap
Quote minguk 17-1-2020 01:14 PM
kelakar                  
Quote lasagna 17-1-2020 03:14 PM
lahh MLM kan dah lama abes baru arini nk masuk porem?
alaaa melawak jer.. xyh amek seriusss.
Quote cikatilia 17-1-2020 03:27 PM
luls
abis org serious cinta politik sentap
Quote Cassieopeia 17-1-2020 03:35 PM
aik terasa ke tu
Quote matbad 17-1-2020 03:41 PM
Betara_Indera: kah2.. bole kutuk org lain, tapi bile kene kutuk sentap

Kannn hahahahahaha..
Quote apedehal 17-1-2020 04:27 PM
Dah apo..zaman ko jd kerajaan je xboleh..dlu rilek2 je ada pelawak mbahan bn..ok je
Quote 3480 17-1-2020 04:29 PM
Jgn marah na nt kna juai
Quote diggerr 17-1-2020 04:52 PM
{:cryrun{:cryrun
Quote sleepandream 17-1-2020 07:49 PM
wahhh zaman BN dulu langsung tak boleh sentuh isu2 politik dalam lawak...
siap ban Najib Ali sebab persenda Najib Razak walaupun dalam program tv negara lain

agaknya kalau lawak2 kutuk BN ni dorang buat zaman BN dulu agak2 tak kena gam terusss??
bagus yach sekarang astro dah terbuka minda no more fear of gov lagi

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.140082s Gzip On
To Top