Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Terpenjara Dengan Emosi Sendiri - Gadis Ini Akan 'Lumpuh', Pengsan Jika Ketawa

16-1-2020 11:09 AM|Oleh: Archaiv| Komen: 7

Sumber foto: Metro.co.uk 

Billie Hodgson, 17, menderita penyakit cataplexy yang menyebabkannya lumpuh otot secara tiba-tiba jika dia tertawa. Bukan setakat itu, sebarang ledakan emosi seperti keterujaan, amarah malahan terkejut boleh membuatnya tidak mampu mengawal tubuhnya.

Memetik Daily Mail, setiap kali diserang penyakit ini, dia seperti dalam keadaan terkunci dan tidak mampu bergerak, namun masih dalam keadaan sedar. Penyakit ganjil ini sangat jarang berlaku dan merupakan komplikasi daripada penyakit narkolepsi. 

Kehidupan peribadinya amatlah terhad sehingga dia tidak mampu bersama kawan-kawannya selalu.

"Saya seorang yang ceria sebenarnya, tapi untuk merasa seperti saya tidak dapat ketawa sangat aneh. Saya rasa saya tidak boleh menjadi diri saya.

"Rakan saya cuba untuk tidak berjenaka dan jika mereka membuat saya ketawa, mereka berasa seperti mereka perlu memohon maaf.

"Apabila saya bersama mereka, saya selalunya tidak akan terlibat dalam situasi lucu untuk mengelakkan cataplexy terutama di hadapan mereka yang tidak biasa dengan penyakit ini," katanya.

Billie, yang tinggal di rumah dengan ibunya, Sharon, 49, dan adiknya, Harley, 14, telah didiagnosis dengan cataplexy pada  Mac tahun lepas. 

Ingatan pertamanya mengenai serangan cataplexy adalah ketika dia tiba-tiba rebah di dewan makan malam di sekolah menengah apabila dia berusia sekitar 14 tahun. Katanya, penyakitnya ini tidak mempunyai gejala.


Sepupunya,  Declan cuba membuat Billie ketawa dengan berjenaka
Sumber Foto : dailymail.co.uk

Setakat ini, belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit tersebut. Risiko kematian juga belum diketahui. Cuma, penyakit ini memyebabkannya tidak dibenarkan memandu, menyukarkan untuk menyambung pelajaran ke kolej dan dia merasa seperti terpenjara dengan emosinya sendiri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
2
0
0
Komen: 7
Komen

Previous : Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

Next       : Buat Straw Dari Serai? Macam Tak Percaya Aje

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Jadi Kekasih Scha Al Yahya, Peminat Tak Sabar Tunggu Drama Lakonan Naqiu!
Puteri Balqis Sentap Dengan Nabila Huda, Tepis Fitnah Ibu Hisap Dadah
Kurung Anak Beruang, Zarith Sofia Berdepan Penjara Kalau Tak Bayar Denda RM27,000
Budak 5 Tahun Dirantai Pada Katil
Pengurus Produksi Kecewa, Pelakon Lelaki Tabur Fitnah
Pasha Ungu 'Call' Ajak Datang Rumah, Rupanya Buat Lagu Untuk Baby Shima
"Macamlah Kami Di Set Bodoh Belaka!" - Pengarah Adellea Sofea Komen Isu Babak Hospital
'Saya Tak Setuju Kalau Proses Peralihan Kuasa Tak Berlaku Dengan Aman' - Anwar
Mercedes Benz Kenderaan Rasmi MB Kelantan
Pakcik Kena Kelentong di KL, Balik Ke Kelantan Berjalan Kaki
"Jangan Jadi Mangsa, Buang Orang" - Sharifah Sakinah Pula Titip 'Nasihat' Kepada Aqish
Imam Tak Sedar Kahwin Dengan Lelaki Menyamar Wanita
"Teruskan Ketawa, Jangan Sedap Hina Nanti Kena Batang Hidung Sendiri" - Aliff Aziz
Lempar Bom Dalam Rumah 'Crush' Sebab Cemburu
Puas Cari Tanah, Imam - Jenazah Bayi Tak Dibenar Dikebumikan Sebab Tiada Dokumen
Cuci Usus Je, Rahsia Kejelitaan Isteri Nik Fahan Walaupun Dah Beranak Lapan
Suka Buat Lirik Lucah, Miming, Downgrade Wanita - K-Clique Dibanding Dengan Malique
Bila Kepala Lutut Serupa Selebriti British!
Kereta Tak Boleh Start? Jangan Panik, Cuba Tips Ni Dahulu
Kenapa Cikgu Suruh Anak Merangkak? Ini Sebabnya
Ada Racun Berjadual, Minuman Kurus Pelakon Terkenal Diharamkan Di Singapura?
"No Plastic Bags, No Worries" - Rakyat Thailand Kreatif Tanpa Beg Plastik
Ini 5 Perkara Paling Menakutkan Tentang Covid-19

Komen Terbaru

Quote mrsav 19-1-2020 09:34 AM
kesiannya takleh ketawa takleh marah

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 16-1-2020 12:41 PM
Pelik jugak penyakitnya tu mujur dapat keluarga dan kawan2 yang memahami
Quote VirusDetected 16-1-2020 12:55 PM
siannya...
hambar idop x ley gelak ketawa
Quote Archaiv 16-1-2020 01:00 PM
Artemesiaa replied at 16-1-2020 12:41 PM
Pelik jugak penyakitnya tu mujur dapat keluarga dan kawan2 yang memahami

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote any42 16-1-2020 05:04 PM
dah la xleh nk ktawa mrah pun xleh jgk. bila tlebih fkir sgt psl pnyakit ni msti jd stress nk mrah. camna la dia hndle emosi dia. kesiannya.
Quote Archaiv 17-1-2020 09:03 AM
any42 replied at 16-1-2020 05:04 PM
dah la xleh nk ktawa mrah pun xleh jgk. bila tlebih fkir sgt psl pnyakit ni msti jd stress nk mrah.  ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Pujangga22 19-1-2020 09:27 AM
penyakit ni pun ada...
Quote mrsav 19-1-2020 09:34 AM
kesiannya takleh ketawa takleh marah

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top