Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Can I Advise You Something?" Teruk Touch 'n Go Dibasuh Netizen

Tukang Tulis|15-1-2020 11:05 AM Komen: 11
Kredit foto: Facebook
Ungkapan "Can I advise your something?" menjadi popular selepas pendedahan oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.

Faktor itu mungkin menarik perhatian penulis skrip iklan Touch 'n Go untuk diaplikasikan pada kempen media sosial syarikat berkenaan termasuk dalam Facebook.

Walau bagaimanapun, strategi itu seolah-olah memakan diri apabila ruangan komen di bawah status Facebook yang memaparkan ungkapan tersebut pada 13 Januari lalu digunakan oleh para netizen untuk melepaskan geram.

Rata-rata mereka yang menggunakan perkhidmatan Touch 'n Go eWallet tidak berpuas hati kerana baki yang ada tidak boleh digunakan untuk menjelaskan bayaran tol.

Berdasarkan aduan seorang pelanggan, masalah itu menyebabkan dia terpaksa menambah nilai secara berasingan untuk kad Touch 'n Go dan eWallet.

Kredit foto: Facebook
Malah, ada pelanggan yang mendakwa, nilai sebanyak RM167.70 telah ditolak daripada eWallet miliknya untuk membayar barangan yang dibeli daripada Taobao tetapi wang tidak diterima oleh kedai dalam talian itu.

Begitu juga dengan talian khidmat pelanggan Touch 'n Go yang dikatakan tidak menjawab panggilan daripada pelanggan. 

Kredit foto: Facebook
Pelanggan juga membangkitkan tentang isu aplikasi telefon pintar Touch 'n Go eWallet yang tidak boleh diakses.

Kredit foto: Facebook
Hampir kesemua luahan netizen dalam ruangan komen status Facebook tersebut tidak dijawab oleh pengendalinya.

Situasi serupa turut dilihat dalam Instagram di mana netizen merungut tentang portal Touch 'n Go.

Kredit foto: Instagram
Harap pihak Touch 'n Go mengambil tindakan susulan terhadap 'nasihat' daripada pelanggan-pelanggan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
12
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote incess.my 17-1-2020 06:43 PM
Yes! Ada jugak ramai yg komplen. Tng e wallet mmg menyusahkan

Lain-lain Komen

Quote Meiizu 15-1-2020 11:17 AM
Malah, ada pelanggan yang mendakwa, nilai sebanyak RM167.70 telah ditolak daripada eWallet miliknya untuk membayar barangan yang dibeli daripada Taobao tetapi wang tidak diterima oleh kedai dalam talian itu.


dgn kemunculan apps yg pelbagai skrg ni ..dah agak perkara ni akan terjadi.
nak mintak return bukan senang ,  kurang beban bank nak deal dgn online shopping ..apps developer plak happy dapat advance money. isshhh tak reti nak explain panjang2
Quote sarah82 15-1-2020 11:23 AM
Boost pun hari aku tgk mcm slow.. Aku nak byr bil celcom..maybe sebab hari ni dah start claim 30 yg kerajaan bg kot.
Quote fliphair8 15-1-2020 11:36 AM
hakak add my card to e-wallet, other than that hakak takde another similar e-wallet apps installed...anak2 pun hakak topup rm50 a month allowance untuk diorang pakai kat convenience store...
Quote msdummy.2018 15-1-2020 11:45 AM
padan muka touch n go!itu jer i nk ckp...email x balas!dah setahun tunggu!
Quote tupaiterbang 15-1-2020 11:55 AM
iklan ni mmg target audience dia puak2 komunis,
jgn kita pulak yg sentap
Quote Ina8895 15-1-2020 12:30 PM
Bisnes monopoli kroni punya. Tu pasal perangai macam hanat
Quote anastasia7 15-1-2020 01:01 PM
Skrg tk bleh access nk claim rm30 gomen bg ni
Quote AbukRokok 15-1-2020 02:53 PM
rugi la touch n go.... org nak claim Rm30 xboleh... terpaksa pergi ke grab atau boost

looser
Quote chicozinn 15-1-2020 04:09 PM
ntah aku xtergerak hati nak guna cashless apps ni..bukan pe servis lembab n aku bimbang betul2 "cashless" dalam acc kang xpadan patutnya ade baki lagi..
Quote Artemesiaa 15-1-2020 05:08 PM
Bagus dah makin ramai bersuara dan bagi saranan
Quote incess.my 17-1-2020 06:43 PM
Yes! Ada jugak ramai yg komplen. Tng e wallet mmg menyusahkan

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.162923s Gzip On
To Top