Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kajian Sains Buktikan Anak Yang Bijak, Pintar 'Turun' Dari Ibunya

30-1-2020 10:32 AM|Oleh: kalel| Komen: 55

Tahukah anda, terdapat satu kajian saintifik yang dibincangkan oleh Psychology Spot menunjukkan kebijaksanaan anak-anak sebenarnya diwarisi daripada ibu.


Kredit foto: Verywell Family

Menurut Reader Digest, ia berkait rapat dengan genetik bijaksana yang banyak dibawa oleh kromosom X.

Wanita akan membawa dua kromosom X, manakala lelaki membawa satu kromosom X dan Y. Disebabkan ini, kepintaran dan kebijaksanaan anak-anak banyak disumbangkan oleh kromosom daripada ibu.



Terdapat juga kajian terdahulu pada 1994 oleh Medical Research Council Social dan Public Health Sciences Unit, dimana satu kaji selidik telah dijalankan ke atas 12,686 individu berusia 14 hingga 22 tahun.

Kajian itu mengambil kira tahap IQ, bangsa, latar belakang pendidikan, status sosio ekonomi dan banyak lagi. Hasilnya? Tahap IQ yang tinggi kebanyakkan datang dari ibu mereka.

Selain itu, dari segi psikologi pula membincangkan peranan ibu yang membesarkan anak sejak dari kecil dan menjadi ikutan anak-anaktelah menyokong fakta bahawa kebijaksanaan anak datang daripada ibunya.

Namun, ini tidak sama sekali menolak fungsi bapa yang turut menyumbang kepada kepintaran anak, malah ada kajian menunjukkan bapa yang berusia mempunyai anak yang lebih bijak berbanding bapa muda. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 55
Komen

Previous : Anjing Ini Dikatakan Mirip Pelakon Komedi Terkenal Seth Rogen, "Comel Gila"

Next       : Terpenjara Dengan Emosi Sendiri - Gadis Ini Akan 'Lumpuh', Pengsan Jika Ketawa

Komen Terbaru

Quote chilly 3-2-2020 06:39 PM
RumiMenari replied at 31-1-2020 08:50 AM
Tapi i ada soalan.. kalau perempuan/ibu bijak kawen dgn lelaki/ayah tak bijak, yang bijaknya lekaki/ ...

Tetap perempuan jugak yang bijak sebab bakalan jadi wanita dominan

Lain-lain Komen

Quote keds 30-1-2020 10:38 AM
Rasanya tertinggal tu....sepatutnya IBU Yang memainkan peranan la kot.
Quote keds 30-1-2020 10:39 AM
IBU yang memainkan peranan la kot....
Quote puteribaya 30-1-2020 10:58 AM
dari pengalaman iols sendiri ..berikutan saudara dan rakan2 terdekat, teori ni banyak benarnya..bukan sekali malah terbukti dari 4 keluarga yg rapat ngan iols
Seorang suami yg lepasan universiti dan kerja baik..ada 3 isteri..salah seorang isteri bekerja dan lepasan universiti..cuma anak2 dia saja yg  berjaya dalam pelajaran, anak kedua2 isteri lain..cuma biasa2 sahaja mereka..sepatutnya ibu2 yg duduk rumah ni laa anak2 lebih terjaga..so ini disebabkan anak2 isteri tersebut mengikut IQ ibu2 mereka..
Quote puteribaya 30-1-2020 11:00 AM
bapa yg berumur mungkin lebih matang, sabar, pandai melayan ibu yg mengandung,jadi anak yg terhasil tentunya lebih baik dari bapa yg baran,perengus
Quote mdhelmi 30-1-2020 11:05 AM
bijak itu bagus
kene pastikan adab sama bagus seperti bijaknya
Quote Nonones 30-1-2020 11:06 AM
patut anak aku bijak
Quote Kurex 30-1-2020 11:13 AM
biar adab seiring dengan bijak
Quote husna_amal 30-1-2020 12:03 PM
Jadi buat para lelaki, korang pilih lah perempuan yang bijak untuk dijadikan isteri. Sekurangnya dapat baiki keturunan tu sikit.
Quote puanbintang 30-1-2020 12:55 PM
ok, faham..
Quote i_is_kennot 30-1-2020 01:17 PM
Kembang kempis hidung ku...  Huhuhu
Quote brego 30-1-2020 01:21 PM
Edited by brego at 30-1-2020 01:24 PM

kesimpulan nya, cari la pompuan yang bijak utk di buat bini.
bukan nya bimbo dan bebal.

sekarang ni pompuan so called educated,
ada degree master bagai pun, ramai yang sengal.
aku nak cari yang macam puspawangi, takde degree pun takpe,
asal kan bijak di luar kotak fikiran, with lot of common sense.
kalau ada yang berminat, sila PM untuk screening test.
Quote syamzana 30-1-2020 01:26 PM
mcm tak valid je utk fmly iols
anak mmg follow bakat abah dia...bijak main games jah tgk sepnjg 11thn ni.kot follow semua bakat ayah tu xpe la gak.hak bahagian ibu lgsg tak ambil
Quote akies 30-1-2020 01:47 PM
Anak2 bijak hasil asuhan dan didikan ibubapa.
Ibubapa pandai didik anak2 hingga jadi bijaksana.

Yang penting adab kena ada.
Hormat orang tua, salam dan tunduk bila berjalan.
Itu pakej yang baik.
Jarang tgk budak2 skrg camni.
Quote rospinki 30-1-2020 02:07 PM
semua tu rezeki bagi ibubapa dpt anak bijak
tapi ia datang dgn pakej
pakej utk memastikan bijak itu pada landasan betul
tanpa usaha titik peluh dan kudrat ia tidak mampu pergi jauh

Quote mikasa 30-1-2020 02:16 PM
Kalau anak skrg kurang bijak

.kawin laa satu lagi dengan procesor
Quote ina_na 30-1-2020 02:34 PM
Sama mcm adik sy ckp dl.. Dia ckp mcm tu gak..kalo suami jauh lebih tua.. Sperm tu yg matang berbanding yg org muda
Quote InVendeTTa 30-1-2020 02:38 PM
So nak start kempen 'Say No to Bimbo' ke?

Patutla yg cantik2 bimbo ni slalu x disunting utk kawen
Quote fishcracker 30-1-2020 03:34 PM
Kesian la hai anak cucu iol ..iol ni rasenye iq tahap borderline kuning kot
Takpela kalau dah takdir iq tahap biasa2,bole hantar p tusyen,makan kismis minda
Moga2 anak cucu keturunan iol kelak tinggi tahap EQ nye
Quote yuki812 30-1-2020 03:39 PM
pandai makeup..pon kira bijak juga..

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.148222s Gzip On
To Top