Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Pasangan Suami Isteri Menari Video TikTok Buat Netizen Rasa Mahu Kahwin Segera

15-1-2020 10:52 AM Komen: 23
Aplikasi TikTok kebiasannya dipandang rendah dan dianggap tidak senonoh oleh rata-rata rakyat Malaysia, mana tidaknya hampir kesemua video yang dimuat naik di aplikasi itu memperlihatkan remaja yang berpakaian seksi dan menari di khalayak ramai, hanya untuk mengikut trend semasa. 

Namun pandangan negatif ini terkecuali untuk video TikTok pasangan suami isteri ini yang terlalu manis dan comel untuk ditonton. Sejak dari beberapa hari lepas, video TikTok pasangan ini tular di laman Twitter dan ditonton lebih daripada setengah juta penonton.

"Aku kacau bini aku tengah bersiap nak pergi wedding tadi, sekali dia lagi pro beb!"


Menurut Akmal (@akmalhizzat), dia dan isteri sedang bersiap untuk ke majlis perkahwinan dan secara spontan, dia mengajak isteri untuk menari di hadapan telefon bimbit dengan lagu yang berjudul Roxanne. Tambah Akmal lagi, dia agak terkejut kerana isterinya lebih jaguh menari daripada dirinya. 

Meskipun video ini hanya berdurasi selama 27 saat, apa yang menarik perhatian netizen adalah tarian isterinya yang comel dan pelukan mereka di saat akhir video yang mampu membuatkan semut juga terkena penyakit kencing manis. 


Netizen juga tidak henti-henti memuji isteri Akmal yang cantik dan manis rupanya. Lebih mengejutkan, kedai yang menjual Kaftan yang dipakai isterinya turut habis terjual sehingga mereka terpaksa memuat naik Instagram Story yang tertulis "Sold Out"

Di akhir bebenang Twitter itu, Akmal meluahkan rasa syukurnya kerana dikurniakan isterinya. Sweet! - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 18-1-2020 01:29 PM
fliphair8 replied at 15-1-2020 10:16 AM
dek...hakak nari bogel ngan laki dek...cuma tak amik bideo jek...apedehal

Khenzsssssss lg sweet kot smbil jilat jilat

Lain-lain Komen

Quote natrahn 15-1-2020 11:12 AM
... yang mampu membuatkan semut juga terkena penyakit kencing manis <<<< amboiiiii
Quote cikatilia 15-1-2020 11:15 AM
mahu kawin segera

lepas tu segera segera cerai
Quote fliphair8 15-1-2020 11:16 AM
dek...hakak nari bogel ngan laki dek...cuma tak amik bideo jek...apedehal
Quote Sham143 15-1-2020 11:23 AM
Muka smiling face n sweet.. Sedap mata memandang..Harap maintain..
Quote auntyonion 15-1-2020 11:40 AM
Memang sweet n comey ngatt {:childlike
Quote rosasen 15-1-2020 11:55 AM
ingat kawen tu bleh menari2 sweet2 je ke.. hehehe lawak la korg ni
Quote Kurex 15-1-2020 12:25 PM
sweet apoooooo
Quote shroom_5 15-1-2020 12:52 PM
Video jimak mana
Quote putu 15-1-2020 01:15 PM
Senang je nk jd famous
Quote hafiz.ahmad 15-1-2020 03:37 PM
natrahn replied at 15-1-2020 11:12 AM
... yang mampu membuatkan semut juga terkena penyakit kencing manis

kehkeh
Quote Iris. 15-1-2020 03:51 PM
Aku hari2 menari dengan laki dan anak sweet2 bergetah tapi utk tatapan kami bertiga je lah. Koser {:nose
Quote eyansss 15-1-2020 04:00 PM
spontan la sangat...  nampak sangat isteri dia on standby...
Quote Artemesiaa 15-1-2020 05:11 PM
Percaya ler sangat alasannya tu
Quote MFR_IN 15-1-2020 05:24 PM
S.A.M.P.A.H
Quote diss69 15-1-2020 09:16 PM
Xpe laa nakkk, baru kan.. .. seme sweet muit... Salam kasih syng dari achikk..
Quote sayawifenikmie 15-1-2020 10:09 PM

.... apa yg spontannya ? macam dan rehearsed jer ... same steps ...
Quote RatuDunia94 15-1-2020 10:19 PM
Alahaiii.. low nya standard sweet umamh malaya..
Quote chinta89 16-1-2020 08:58 AM
ni pun boleh wat cter? so Motif Viral dh jemput blm?
Quote haryatie 17-1-2020 07:59 AM
apa lah sengal nya..
dlm gambar, tengah baru smua nmpak sweet

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.146301s Gzip On
To Top