Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Kita Ada Apa?" - Betul Ke Malaysia Kini 'Tercicir' Belakang Indonesia, Thailand?

14-1-2020 11:04 AM Komen: 19


Segelintir orang kita memandang rendah negara Asean lain (kecuali Singapura) dengan pelbagai alasan, antaranya tiada pembangunan teknologi serta kemudahan asas yang jauh ketinggalan. 

Antara yang menjadi mangsa adalah Indonesia dan Thailand yang hanya dipandang sebagai lokasi percutian murah tanpa menyedari kedua-dua buah negara sebenarnya sedang menuju ke arah negara berteknologi tinggi.

Hal ini disuarakan seorang pemuda dengan menegaskan bahawa Indonesia kini sedang mendahului Malaysia. Malah, dia bukan sekadar bercakap kosong kerana itu adalah pemerhatiannya sepanjang lapan bulan berada di sana.


Foto: Twitter/IG


Tidak hairanlah pada tahun hadapan, kereta api laju pertama mereka akan siap sepenuhnya, sedangkan kita masih lagi bergaduh tentang 'video kabur', jawi, tanglung dan sebagainya. 



Foto: The Jakarta Post

Kini, Malaysia bukan sahaja berada di belakang Singapura, tetapi tidak keterlaluan dikatakan di belakang Indonesia dan Thailand.

Sebut apa sahaja perisian eksklusif, ada yang mampu memecahkan kod tersebut. Pengetahuan mengenai teknologi maklumat (IT)juga dikhabarkan berada di peringkat yang canggih. Malah, dengan kemudahan Internet laju dan murah membuatkan mereka dapat mengakses filem berkualiti tinggi hanya dalam masa beberapa minit sahaja.  

Itu belum termasuk teknologi mencipta helikopter, lebuh raya merentasi lautan (hanya mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan), akses Internet hingga ke Gunung Merapi dan sebagainya sudah pun menjelaskan kehebatan mereka. 

Jadi, kita nak salahkan siapa? Kerajaan yang masih sibuk dengan agenda politik atau masyarakat Malaysia yang masih lena diulit mimpi?




Foto: Twitter/Google

Ianya turut dipersetujui warganet bahawa ia adalah tanggung jawab bersama. Kerajaan perlu lebih bertanggungjawab untuk menangani masalah pengangguran anak muda, manakala rakyat sendiri pula haruslah berjuang memajukan ekonomi negara. 

Maklumlah, rakyat Indonesia dikenali sebagai rajin bekerja, sementara orang Malaysia pula lebih berpuas hati dengan apa yang ada.


Foto: Twitter

Bagaimanapun, ada juga berpendapat apabila merantau, kita akan nampak yang indah-indah sahaja di mata sedangkan negara sendiri sudah banyak manfaat diperolehi. 


Foto: Twitter/Google

Jadi, bagaimana? Sudah percaya dengan fakta tersebut? Usah tengok orang Indonesia yang bekerja di sini, tetapi lihatlah bagaimana kepesatan pembangunan di sana. 

Jika kita semua masih belum sedar dengan pembangunan mereka dan asyik bercakaran berkenaan isu remeh temeh, selagi itulah kita akan ketinggalan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rosli_nurizzati 15-1-2020 01:51 PM
Nt-ViruS replied at 14-1-2020 12:38 PM
ehh. no. ini persepsi biasa always greener on the other side.

join la forum2 indon. dari subreddi ...

puhliz darling.. internet pricing mmg dah ada plan for reduction before gobind lagi.. green technology, IR4.0, renewable energy, semua dah layout before gov change.. what menteri sekarang buat just teruskan jer... tu pun haprak..

Lain-lain Komen

Quote tagas 14-1-2020 11:23 AM
Edited by tagas at 14-1-2020 11:28 AM

pernah first time ke bangkok & jakarta sedekad yg lepas

dlm hati mmg ckp jauh kalah kl nih sbb depa mmg dah tahap bandar metropolitan time tu

bangunan pencakar langit merata infra jalan berselirat mcm tokyo


tu sedekad lps punye citer skang konfem makin developed kalo tidak masakan

kota jakarta pun da nak pindah ke borneo


then 2 dekad lepas punye la hina indon miskin bagai ramai bermatian dtg sini jadik pati

semata2 nak mencarik rezki tp skang merasa la rakyat kita yg jadik pati keje

petik buah kat aussy nun

pernah dgr citer indon memperlekehkan org mesia kata nya klcc menara kl suma tu depa yg buat

dari keje menyimen konkrit bagai sampai la naik siap2 bangunan..org kita taw nak keje dlm air cond jah

Quote shark_eow7 14-1-2020 12:10 PM
kita ada video semburit yang sampai skrg tak dapat dipastikan siapa pelaku & ho tech teknologi kita boleh detect suara individu dari rakaman suara.
Quote pokaibanktokyo 14-1-2020 12:36 PM
Bodoh engkau nyah. Singapura bapok dungu ada teknologi apa ? Yang hasilkan teknologi ultra canggih di asean ini hanya Malaysia.  Dron bukan ultra canggih !  Memasang tren laju menggunakan komponen penting yang diimport juga buka sesuatu yang boleh dianggap canggih ! Paham ?
Quote Nt-ViruS 14-1-2020 12:38 PM
ehh. no. ini persepsi biasa always greener on the other side.

join la forum2 indon. dari subreddit sampaila ke kaskus. semua kutuk negara sendiri. puji Malaysia semakin kedepan. sama macam forum ni. kita selalu fokus keburukan negara sendiri. bila borak dengan client dari Europe ramai puji development Malaysia. pelik orang Malaysia kutuk sedangkan foreigner puji.

Banyak benda boleh fact check. join jela forum diorang baru tau diorang pun ada berbalah isu2 kecil seperti pengunaan bahasa dan tulisan. aku bagi contoh satu jela lain boleh start cari sendiri https://www.facebook.com/groups/ ... nk/739868879869430/

adakah bullet train penentu kemajuan negara. Thailand sendiri tiada bullet train sedangkan negara diorang lagi besar dari Malaysia which means more vital untuk diorang mengunakan bullet train.

Internet availability in Malaysia sendiri over 100% rates. Sekarang under Gobind lebih better. Antara menteri yang paling perform revolutionize internet pricing. tapi orang tak cakna, tak tahu. yang nampak hanyalah the greener on the other side of the wall.
Quote pokaibanktokyo 14-1-2020 12:42 PM
tagas replied at 14-1-2020 03:23 AM
pernah first time ke bangkok & jakarta sedekad yg lepas

dlm hati mmg ckp jauh kalah kl nih sbb de ...

Lu lagi sekor bahlol tahap tenat. Tak pernah datang KL lagi mau sembang bandar pprt macam jakarta, bangkok semua nak dikata lebih baik. Indon dianggap hina sebab jadi babu, hamba abdi & hamba seks. Setakat jadi buruh bina bangunan orang lain... tak payah sembang. Sekadar petik buah di autralia ...tak payah heran. Ada paham ?
Quote lovelytouch 14-1-2020 01:16 PM
Pleaseelah maju bukan semata2 infrastruktur bangunan sejuta tingkat tapi budaya dan pemikiran rakyat tu sendiri. Budaya membaca pun hancur padahal thun ni KL Kota Buku Dunia 2020 tapi sendu jugak. Kau dah ada bangunan sejuta tingkat ke, mrt terlaju ke apa ke tapi kalau buku yg negara kau terbitkan kurang 30% dari rakyat yg ada makanya mimpi yach! BACALAH!
Quote esbok 14-1-2020 01:24 PM
Mungkin benar. Aku pegi surabaya. Naik train dia, ni kita cerita pasal ethic depa. Timing train tepat gila.

Aku tak tau la kalau benda ni hanya terjadi time aku masa tu je. Atau mmg depa sentiasa punctual. Staff dia siap panggil sbb train dah sampai . Takut kitaorg terlepas train.

Bab ni. Terus aku rasa majunyyaa komeee.

Terus aku compare dgn ktm. Ni kita cakap pasal keretapi biasa je dulu. Bukan yg modern model punya.
Quote MissVixen 14-1-2020 03:45 PM
Walaupun indon tu serabut, rakyat dia beli motor dan kereta pakai cash ooo. Aku jual kereta di indon lagi senang dari di malaysia. Ini kalau jual kereta second dekat malaysia semua sibuk tanya kita macam mana nak buat loan. Nilai jualan kereta tu sama ye.Takde macam orang kita, motor kapcai pun hutang. Kereta ckd diorang juga dieksport keluar.
Thailand tak payah cerita la. Memang pertanian maju. Duit bhatt naik je kerja dia. Kereta ckd dia pun singapura ambil...padehal malaysia ni sebelah singapura je.
Dah masanya orang kita sedar diri... Tak lama nanti mungkin akan ditinggalkan oleh kaum terkutuk trisna tu.
Quote MissVixen 14-1-2020 03:47 PM
esbok replied at 14-1-2020 01:24 PM
Mungkin benar. Aku pegi surabaya. Naik train dia, ni kita cerita pasal ethic depa. Timing train tepa ...

Betol. Train diorang made in japan. Boleh pusing2 kerusi mrt macam shinkansen. Takde lah asyik rosak aircon atau terkandas tengah jalan macam mrt dan lrt kita.
Quote tagas 14-1-2020 04:20 PM
pokaibanktokyo replied at 14-1-2020 12:42 PM
Lu lagi sekor bahlol tahap tenat. Tak pernah datang KL lagi mau sembang bandar pprt macam jakarta, ...

lu kalo sengkek takat travel

pulau langkawi dok diam2 jelar la main forum sambil gentel telo




Quote esbok 14-1-2020 04:29 PM
MissVixen replied at 14-1-2020 03:47 PM
Betol. Train diorang made in japan. Boleh pusing2 kerusi mrt macam shinkansen. Takde lah asyik ros ...

Pi jakarta aku x sempat nk hadam technology dia. Rasa lemaih. Dgn panehnya ramai manusianya.

Pi surabaya tu baru hadam. Rasa kagum dgn operation depa
Quote palmolive 14-1-2020 05:31 PM
MissVixen replied at 14-1-2020 03:45 PM
Walaupun indon tu serabut, rakyat dia beli motor dan kereta pakai cash ooo. Aku jual kereta di indon ...

betul ker indon sana, motor mcm kapcai lagi murah dari sini..?
Quote MissVixen 14-1-2020 05:35 PM
palmolive replied at 14-1-2020 05:31 PM
betul ker indon sana, motor mcm kapcai lagi murah dari sini..?

Yup. Murah 1000-2000. Servis lagi bagus dan murah. Spareparts pun murah.
Quote MissVixen 14-1-2020 05:39 PM
esbok replied at 14-1-2020 04:29 PM
Pi jakarta aku x sempat nk hadam technology dia. Rasa lemaih. Dgn panehnya ramai manusianya.

Pi ...

Surabaya dan batam tersusun lagi kalau dibandingkan dengan tempat lain. Serabut dengan manusia.
Quote meow_tompok 14-1-2020 05:40 PM
masa mula2 PH menang PRU, ramai warga yindon bertenggek kat satu account IG, dorang pun berkobar-kobar amik semangat rakyat Msia yg berani tukar kerajaan.... aku ingat jokowi tu disukai ramai rupanya ramai rakyat yindon yg tak suka.

Bagus juga berita mcm ni, amik dari sudut positif saja supaya kita tak lupa dan terus bersaing. PM kita pun kata jgn dengki tapi lebihkan produktiviti (Bunyi mcm kena kerja sampai mampus je)

Quote salmon-suki 14-1-2020 07:23 PM
Ntah ler..teknologi maju tp akal tak guna utk ubah perangai tetap x ok imo...asyik nak claim merata,time sukan xde semangat kesukanan melainkn kesetanan y bersarang..x hormat negara org..dtg negara org lain buat onar bagai..

Lagi nak suh pndg negara jiran y satu ni?sorry,xsuka...
Quote palmolive 15-1-2020 11:24 AM
MissVixen replied at 14-1-2020 05:35 PM
Yup. Murah 1000-2000. Servis lagi bagus dan murah. Spareparts pun murah.

sini sedap main harga..org pun beli pasal redha
Quote MissVixen 15-1-2020 11:31 AM
palmolive replied at 15-1-2020 11:24 AM
sini sedap main harga..org pun beli pasal redha

Yup. Tempat servis motor dekat malaysia ni mahal tapi tak teratur. Tempat servis motor di indon besar dan bersih macam tempat servis kereta dekat malaysia. Kedai motor biasa je banyak dekat Malaysia. Boon siew etc ni cinapek yang ambil banyak beno untung.
Quote rosli_nurizzati 15-1-2020 01:51 PM
Nt-ViruS replied at 14-1-2020 12:38 PM
ehh. no. ini persepsi biasa always greener on the other side.

join la forum2 indon. dari subreddi ...

puhliz darling.. internet pricing mmg dah ada plan for reduction before gobind lagi.. green technology, IR4.0, renewable energy, semua dah layout before gov change.. what menteri sekarang buat just teruskan jer... tu pun haprak..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.100002s Gzip On
To Top