Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kantoi Besar, Wanita Beri Alasan Tayar Pancit Masuk Lewat Ke Pejabat..Rupanya!

13-1-2020 03:56 PM Komen: 23
Seorang wanita 'kantoi' masuk lewat ke pejabat dengan memberikan alasan tayar keretanya bocor apabila gambar yang diberikan kepada majikannya ternyata palsu. 

Rakan sekerjanya mendedahkan hal tersebut menerusi Twitter dengan memuat naik gambar tayar yang tercucuk dengan paku.

Kredit foto: Twitter

Wanita ini meminta semua warganet agar 'zoom in' gambar paku yang tertusuk pada tayar itu kerana nyata sekali ia merupakan gambar yang sudah disunting.

Kononnya, tayarnya pancit sehingga menyebabkan lewat datang ke pejabat. 

Namun demikian, selepas meneliti gambar tersebut, memang jelas sekali gambar tersebut bukan sahaja disunting, malah kelihatan begitu palsu dan kantoi besar!


Ramai di kalangan warganet yang berasa lucu dengan penipuan tersebut kerana suntingan yang dibuat begitu teruk.

Malah, ramai yang menyarankan wanita tersebut menggunakan gambar lain pada masa akan datang yang nyata ia lebih 'real' dan tidak nampak palsu. 


"Siapa yang ingin bercuti lain kali, guna gambar yang ini untuk hantar kepada bos anda," tulis seorang pengguna lain.

Apa pun, menipu majikan semestinya satu perbuatan yang tidak beretika. Tambah memalukan jika penipuan tersebut nampak sangat 'temberangnya'. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 23
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote AznieBunnie 15-1-2020 10:37 AM
pernah kena gegata/kelopak garam.
bgtau dalam whatapps group opis, nak MC. lepas lunch akan bag cert MC sebab tak ada transport nak ke klinik. kena tunggu suami hantar.

adalah minah dalam group tu cakap, snap gambar, as bukti. I tak nak. I cakap, aurat kot (area paling teruk naik merah tu di paha dan perut) ... dia meroyan dalam group tu cakap saya menipu. Boss pun aman-aman je terima . dia plak lelebih.
nyampah...

alasannya sbb ada seorang teammate kami selalu menipu MC. jangan assume semua mcm tu, boleh tak?

Lain-lain Komen

Quote cikatilia 13-1-2020 04:05 PM
hahahaha
siot
lain kali cari la gambar yg lebih real
Quote helicornia 13-1-2020 04:56 PM
ntah le, klu aku jd bos dia aku percaya je kot.takde masa plak nak zoom gambar tu.lain la kalau sekali imbas je nampak pic tu defect/fake
Quote Mary_jane 13-1-2020 05:09 PM
Betullah. Bila zoom macam pin je.
Quote Rogue98 13-1-2020 05:22 PM
Creativelah jugak.... boss dia x perasan tapi coworker yg pecah lubang.
Quote epuepy 13-1-2020 05:23 PM
Erk. Kalo Ai percaya je. Sbb mmg pnh kena screw mcm ni masuk dlm tayar keta.
Quote addved 13-1-2020 05:49 PM
Lain kali tak payah hantar gambar, honest people usually dont need to back up their story unless requested to do so.
Quote shark_eow7 13-1-2020 05:54 PM
gigih hantar gambar.. aku xpenahnya hantar gambar kalau nak cuti pon..
Quote prettyuglybabe 13-1-2020 07:22 PM
selalunya memang yang menipu gigih bagi prove..
Quote CardiGans85 13-1-2020 10:36 PM
prettyuglybabe: selalunya memang yang menipu gigih bagi prove..


Kes aku pulak, aku cerita sikit je dgn boss sbb aku ad hoc minta leave half day khamis dan jumaat (1 day) last week. Dia ckp 'who knows yg u sebenarnya on vacation?'. Ye, aku minta cuti hari khamis pagi.

Arini aku provide registration death form yg hospital sediakan sbb nenek aku meninggal dunia jumaat lepas, sampai dia sendiri x nk simpan. Aku pulak yg suruh simpan utk record.

Alkisah meleis lain buat hal, jgn aku sekali  di pukul rata. Mmg aku terus WhatsApp video nenek aku dlm ambulance, aku explain ari khamis ms tghari tu after keje. Even surat neosurgeri department utk claim tempurung kepala aku ss dan bg dia. Aku offended dgn ayat dia khamis lepas.
Quote LadyCarefree 14-1-2020 06:34 AM
Hasanah betul
Quote sijeliter 14-1-2020 07:00 AM
hihihihihi..terdesak sgt ni
Quote fifie_olin 14-1-2020 07:17 AM
gugel la belambak ada tayar pancit
Quote Mfzg89 14-1-2020 07:50 AM
helicornia replied at 13-1-2020 04:56 PM
ntah le, klu aku jd bos dia aku percaya je kot.takde masa plak nak zoom gambar tu.lain la kalau seka ...

ntah..ada plak masa si boss tu ye..
Quote Mfzg89 14-1-2020 07:52 AM
Rogue98 replied at 13-1-2020 05:22 PM
Creativelah jugak.... boss dia x perasan tapi coworker yg pecah lubang.

membe dengki.cuti x ajak.yg pelik ada plak masa dia gi gigih ngezoom ye..

Quote bobo_beck 14-1-2020 09:34 AM
Quote RumiMenari 14-1-2020 10:09 AM
CardiGans85 replied at 13-1-2020 10:36 PM
Kes aku pulak, aku cerita sikit je dgn boss sbb aku ad hoc minta leave half day khamis dan jumaa ...

Bagus u buat mcm tu.. lps ni biar boss u pikir 2,3 kali sblm nk main hembus je.. kdg mmg kene ajar.. i slalu fikir org yg hembus suka2 hati ni sbnrnya sebab dia sendiri pernah buat.. sbb tu dia terfikir perkara tu..
Quote CardiGans85 14-1-2020 12:13 PM
RumiMenari replied at 14-1-2020 10:09 AM
Bagus u buat mcm tu.. lps ni biar boss u pikir 2,3 kali sblm nk main hembus je.. kdg mmg kene ajar ...

Mungkin betul gak
Quote Nt-ViruS 14-1-2020 12:21 PM
hebat. A for effort.
Quote meow_tompok 14-1-2020 12:47 PM
dulu penah ex-officemate call ckp tak sihat mintak cuti, sekali dia pegi satu pameran yg berkaitan dgn tentera, siap posing masuk suratkhabar lagi.  Sbbkan kitorang ni company advertising mmg hari2 melanggan semua jenis suratkhabar, satu opis bole tengok gambar dia masuk suratkhabar

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.115592s Gzip On
To Top