Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Jaguh Badminton No 1 Dunia Kento Momota Terlibat Dalam Kemalangan Di MEX

Tukang Tulis|13-1-2020 11:34 AM Komen: 15
Kento Momota (gambar kecil) cedera apabila van pelancong yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir. Kredit foto: Sinar Harian Online
Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota cedera apabila van pelancong yang dinaikinya bersama tiga bintang badminton yang lain terlibat dalam kemalangan di Kilometer 13.7, Lebuh Raya MEX di Serdang pada awal pagi 13 Januari.

Kemalangan itu berlaku dalam masa kurang 24 jam selepas Momota menjuarai Malaysia Masters dengan menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark dalam dua set berturut-turut 24-22, 21-11 pada 12 Januari.

Memetik laporan Sinar Harian Online, tiga mangsa yang lain ialah pemain badminton Jepun iaitu Hirayama Yu dan Morimoto Arkifuki serta William Thomas yang mewakili England.

Momota menjuarai Malaysia Masters selepas menewaskan Viktor Axelson. Kredit foto: Facebook
Pemandu yang merupakan rakyat tempatan, N. Bavan dilaporkan maut dan tersepit di dalam van pelancong berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor menjelaskan, seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 pagi.

Kemalangan dikatakan berlaku apabila van pelancong itu melanggar bahagian belakang sebuah lori pasir.

Empat pemain badminton terbabit mengalami cedera ringan dan mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Berhati-hatilah semasa memandu kerana kemalangan tidak berbau. - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kaksenah65 19-1-2020 11:58 AM
get well soon

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 13-1-2020 11:40 AM
https://mforum1.cari.com.my/foru ... amp;fromuid=2378666
Quote Pixie902 13-1-2020 11:48 AM
Takziah kpd pemandu van.

Anyway, ministry of transport patut lihat juga speed limit minimum yg perlu dipatuhi di lebuhraya mcm di US nun...bukan maksimum speed limit saja...

Kenderaan yg dipandu sgt perlahan juga satu road hazard kpd pemandu...

Dan speed limit 110 km/jam tu pun sgt slow berbanding kemampuan kereta2 kini...
Quote nusaraya 13-1-2020 12:04 PM
Edited by nusaraya at 13-1-2020 12:30 PM

Betol-betol cara yang  smart dan cemerlang oleh BAM-Malaysia  ... menghalangi peluang  Kento Momota untuk memenangi pingat mas olympok Tokyo nanti ...
Quote Ina8895 13-1-2020 12:25 PM
Laju ke dia bawak van tu?
Quote Ina8895 13-1-2020 12:25 PM
Laju ke dia bawak van tu?
Quote Mfzg89 13-1-2020 01:40 PM
mcm ada konspirasi je.. jgn jepun x puas hati jadi perang cam amerika iran dahla..
Quote Modngengade 13-1-2020 02:21 PM
nusaraya replied at 13-1-2020 12:04 PM
Betol-betol cara yang  smart dan cemerlang oleh BAM-Malaysia  ... menghalangi peluang  Kento Momota  ...

tektik indon la tu

Quote Mr_MS 13-1-2020 06:59 PM
Err.. lori tu parking ke ape sampai teruk sangat langgar tu.
Quote honeybee1802 13-1-2020 07:01 PM
Drebar ngantuknke apa?ada injured jgk momota kan?
Quote slavehunter 13-1-2020 07:19 PM
Nasib hidung jer patah kalau tangan patah mesti heart broken Momoto ni. Kesian. Get well soon.
Quote Cassieopeia 13-1-2020 10:42 PM
kuatla hentaman sampai trsepit tu.. get well soon yg lain2..
Quote batmana 16-1-2020 09:14 AM
Walaupun juara dunia.kire merendah diri juga.naik van pelancongan aja.

Ada org baru juara negeri..demand nk naik kete mewah..taraf vip bagai
Quote zorrro_03 16-1-2020 11:42 AM
menteri sukan buat apa?  diam tak berkutik kau ye?  memalukan lah kau ni sodok...
Quote Artemesiaa 16-1-2020 11:48 AM
Dah balik Jepun dah semalam katanya keadaan coach teruk sikit berbanding dia katanya
Quote kaksenah65 19-1-2020 11:58 AM
get well soon

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.159162s Gzip On
To Top