Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Menghadap Komputer 3, 6 Jam, Suami Pun Pelik" - Yana Samsudin Buat Duit Main Game

13-1-2020 09:26 AM|Myeonir| Komen: 67

Lama kan kita tidak melihat pelakon popular iaitu Jana Samsudin beraksi di kaca televisyen kan? Sejak bergelar sebagai seorang isteri dan ibu, nampaknya wanita itu lebih senang memberi fokus kepada keluarganya.

Dalam diam rupanya, pelakon wanita itu kini aktif sebagai penstrim permainan video di laman Facebook bermula Ogos lalu. Malahan suaminya juga tidak membantah minatnya itu.

"Saya sudah mula aktiviti ini sejak Ogos tahun lalu. Kebiasaannya, saya menghabiskan masa kira-kira tiga hingga enam jam sehari. Tapi, ia bergantung kepada individu.

Kredit foto: IG
"Alhamdulillah, suami juga faham dengan minat saya. Dia tidak pernah menghalang saya untuk melakukan penstriman permainan video. Cuma, dia pelik bagaimana saya boleh bertahan selama berjam lamanya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Yana, aktiviti itu turut menjana pendapatan buatnya dan bukan bermain permainan video semata-mata. 

"Secara tidak langsung, ada pendapatan yang dibayar oleh pihak Facebook Games kepada penstrim. Saya tidak boleh dedahkan berapa bayaran yang diterima, tapi pendapatan bergantung kepada individu," katanya.

Kredit foto: IG
Meskipun menelan belanja yang banyak, Yana sanggup menghabiskan hampir RM7,000 untuk komputer dan beberapa keperluan lain bagi mendapatkan kepuasan optimum ketika bermain.

"Saya mengeluarkan wang hampir RM7,000 untuk perkakas komputer dan meja. Tapi, saya dapat rezeki lebih apabila ada pihak yang sudi menaja meja, kerusi dan beberapa peralatan yang harganya saya anggarkan mencecah RM20,000," katanya.

Wow! Dah jadi gamer sekarang -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
4
Terkejut
3
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
4
Komen: 67
Komen

Previous : Nak Tau Lentik, Tak Lentik, Tunggulah..."- Bob Yusof

Next       : Ramona Zamzam Dianggap Jahil, Disangka Pakai Loket Lambang Salib

Komen Terbaru

Quote Hitman91 19-1-2020 02:31 AM
Stream macam biasa.
dan tunggu viewer sent stars dekat kita.
viewer ni perlu beli stars dari fb dulu.

contoh kalau ada yang bagi 1000 stars kepada si streamer, bersamaan dengan RM70 (contoh).

kalau tengah stream dalam 3 jam tu, dapat kumpul 10k stars, dapatlah RM700 sekali live.

stars tadi, akan dikumpulkan hujung bulan, dan fb akan masukkan ke dalam akaun si streamer.

macam tu konsepnya.

Lain-lain Komen

Quote kaseh80 13-1-2020 09:32 AM
Promote main game pulak dah retis ni
Quote c===8 13-1-2020 09:35 AM
cerita yg dia jadi dokter kawen dgn nurse (tomok) tu best
Quote mizruncing 13-1-2020 09:40 AM
takpelaa dh takde job kan. jadi gamers pn apa ada hal janji dpt income
Quote biozipstar 13-1-2020 09:45 AM
betullah tu.. main game memang boleh generate duit. tapi kalau asyik sangat main game, ada masa pulak nak buat kerja rumah, nak jaga anak lagi, nak telepon mak ayah lagi, nak kerja hakiki lagi... benda tu semua kena consider.. unless ko sebatang kara.
Quote jargon 13-1-2020 09:46 AM
Laki mmg xkisah bilamana bini buat ape pon sbb nnTi dia gak share habuan..
Quote shark_eow7 13-1-2020 09:47 AM
wahh.. bagusnya.. sempat buat job main game. aku xleh main game kalau dah dok rumah nmpak mcm2 nak dibuat
Quote BoongaKertas 13-1-2020 09:47 AM
kool! as long halal, we do whatever it takes lah kan. adakah iols patut jadi gamers gak? since e-sports is also "sports"?
Quote kibodwatriuh 13-1-2020 09:51 AM
mengundang penyakit jah semua ni.
Quote rospinki 13-1-2020 10:06 AM
hehe


retis bbnu punya life zaman nau
Quote Boomibulat 13-1-2020 10:11 AM
senang2 je org taja peralatan sampai 20k ye..mentang2 artis
Quote chicozinn 13-1-2020 10:19 AM
mau la kene lahar berjela-jela dengan laki aku kalu aku manjang hadap hp je..even time hjg mggu pn aku baru nk bkak hp laki aku da pandang semacam..urgghh
Quote Kurex 13-1-2020 10:32 AM
pasti ke dia main game atau membawang?
Quote salmon-suki 13-1-2020 10:35 AM
Jd streamer jgk ke?kt mana tu..hehehe
Ramai je skrg ni y beralih jd gamer,tp kena spend duit byk jgk laa nak beli items tu..jgn upah joki sudah ler..hihihi~
Quote salmon-suki 13-1-2020 10:36 AM
Boomibulat replied at 13-1-2020 10:11 AM
senang2 je org taja peralatan sampai 20k ye..mentang2 artis

Ada je gamers y feymes mmg ada y taja..tp kena promo produk dorg laa time stream tu..or kt gamers ni pny socmed..
Quote CatMiow 13-1-2020 10:44 AM
Ada pembantu rumah ka?
Dok berejam mengadap komputer,  komfom kerja rumah ada yg tergendala.
Quote syamzana 13-1-2020 10:47 AM
tak sakit pinggang plak dia duduk berjam2 hadap pc.
Quote steadylady80 13-1-2020 10:58 AM
Aku mcm nak try ni. tapi bila aku teringat aku main lama sangat... kepala jadi penin...jadi malas.

And satu lagi aku ni nanti ketagih game. nanti keja lain susah nak buat... fikiran jadi kurang focus. Sebab dok teringat kat game.... huhu..

so better jangan cari penyakit....

reminder untuk aku...

Quote KIM.K 13-1-2020 11:08 AM
Padu yana. Heshe pakai PC gamer i9 ssd 1T la kot
iols nak buat grafik pakai pc i7
Quote tagas 13-1-2020 11:09 AM
umahtangga mkn anak sume sure terabai

so ada chance la laki nak mkn luor nnti

kalo balik umah manjang bini ngadap game

Lihat semua komen(67)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.089374s Gzip On
To Top