Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Ini 5 Kartun Legend Yang Rumah Penerbitan Animasi Terlepas Pandang

22-1-2020 12:42 PM|Amir Arsyad| Komen: 42

Foto Kredit: Creatif Enterprise, Moy, Rojak Daily

Dulu-dulu sebelum ada lambakan animasi di televisyen dan wayang, komik adalah pilihan ramai. Jangan hairan kalau ada siri-siri komik ni yang masih menjadi buruan para pengumpul.
 
Kena elok harganya membuat tempurung lutut berlaga. Terketar. Nilai kenangan antara salah satu sebab kenapa para pengumpul sanggup berhabis duit.
 
Memandangkan Malaysia dipenuhi komik-komik hebat, di bawah admin akan senaraikan beberapa siri komik yang patut diangkat menjadi siri animasi.

1- Aku Budak Minang

Foto Kredit: Creatif Enterprise, Astro Awani

Ujang adalah antara kartunis Malaysia yang boleh dianggap legend. Paling gila komik 'Aku Budak Minang' karya dia.

Berkisar Ujang dan adiknya, Aca yang kuat mengadu. Kena pula emaknya jenis garang. Ujang pandai bermain dengan emosi. 

Kesian juga masa dia kena libas dengan emaknya. Terkejut beruk Ujang yang tengah melantak nasi masa tu.

Antara karya yang patut diangkat sebagai animasi.

Siapa setuju?

2- From Taiping With Love

Foto Kredit: Creatif Enterprise

Korang suka awek badan besar? Mungkin anda akan tergila-gila awek berbadan besar selepas membaca komik ni. 

Allahyarham Rasyid Asmawi adalah di antara pelopor awak dunia kartunis Malaysia. Seangkatan denga Imuda, cabai dan Ujang.

Sentimental value dalam setiap garapan karyanya membuat kita terkenang-kenang  keindahan Tasik Taiping dan negeri Perak.
Karya ini juga telah menjadi warisan majalah Gila-Gila.

3- Mat Som

Foto Kredit: Wiki

Lat boleh dianggap sebagai tokoh perpaduan. Dalam setiap karya, dia akan memasukkan pelbagai kaum dan agama sebagai penggerak jalan cerita. 

Bagi yang dah terbiasa membaca dan menonton animasi Kampung Boy, tibalah masa membaca kisah Mat Som pula. Comfirm puas hati.

Mat Som adalah pemuda kampung yang berhijrah ke bandar untuk mengadu untung nasib. Bekerja sebagai penulis bebas untuk menyara hidup.

Suatu hari Mat Som terkejut apabila ayahnya dari kampung mengutus surat meminta dia berkahwin dengan gadis pilihan keluarga.

Cam mana, teruja? Harap sangat menjadi animasi.

4- Tiga Dara Pingitan

Foto Kredit: Creatif Enterprise

Kalau sebut Sabariah Jais mesti tak kenal. Tapi kalau sebut Cabai ramailah yang bersorak. Seorang kartunis wanita yang terkenal ketika zamannya.
 
Watak Awa, Noi, Esah di samping Jai tak habis-habis membuat gawat satu kampung. Sekaligus mencuit tawa pembaca. 

Membaca siri ini membuat kita teringat waktu tinggal di kampung. 

Tambah, keazaman tiga dara yang tidak pernah serik untuk merubah nasib membuat kita kagum. 

Tak hairanlah kalau Cabai telah menerima Anugerah Pekomik 2010, menerusi kategori Siri Komik Kartun Terbaik siri Tiga Dara Pinggitan.
Patut sangatlah siri ini dianimasi, kan?

5- Workshop

Foto Kredit: Facebook

Siapa sangka hanya bermodal sebuah workshop sebagai prop utama, sebuah siri komik humor mampu menjadi hit.
 
Lebarlah senyuman kartunis Sukun. Karyanya  termasuk  senarai wajib baca peminat setia komik ujang masa tu.
 
Jangan tak tahu ketika tu watak-watak Workshop telah dicetak rompak menjadi stiker motor. Dasyat jugaklah penangan siri Worksop pada masa tu.

Kalau Barat boleh berlumba-lumba mengangkat komik ke animasi, kenapa tidak Malaysia. Tentu mereka yang membesar bersama komik di atas berharap perkara yang sama. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
2
1
0
Komen: 42
Komen

Previous : Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

Next       : "Abang Suka Ke Bambam" - Dedah Suami Curang Bersama Wanita Lain Di Aplikasi Omi

Komen Terbaru

Quote axl_bach 3-2-2020 11:22 AM
chicozinn replied at 3-2-2020 10:11 AM
yeah..btul la tu tajuk dia..tah ye aku dulu pn nak beli ujang slalu bercatu sebab kena kumpul duit ...

Eh mcm silap lah.... Aku , dia dan volkswagen tu kisah budak skolah ada crush dgn awek jiran sblah rumah yg lebih dewasa...

Kisah yg tomboy tu x salah aku IN kot tajuk dia, awek tomboy nama Nurin yg acah2 kapel dgn ahmoy cina pakai baju kurung then ada sorg budak laki tangkap cintan dlt dia

Lain-lain Komen

Quote Kurex 22-1-2020 01:00 PM
rindu zaman dulu
Quote natrahn 22-1-2020 01:10 PM
budak sekarang dok baca lawak kampus...
Quote Boomibulat 22-1-2020 01:19 PM
Bujal pun best jagak..ada watak nama dol meow..



Quote little_sis 22-1-2020 01:43 PM
Lagak A Mahmud pleasee.. nak tgk jambulnye tu... dgn Rokiah aweknya kalo x silap..
Quote azimodin 22-1-2020 02:03 PM
Meouls pernah borong koleksi workshop masa bookfair kat PWTC lebih kirang 5-6 tahun lepas. masa nak bayar tu tetiba ada suara "nak sign tak?". rupanya sukun ada kat sebelah. ramah betul dia, siap lukis muka dicky kat belakang kulit buku. Geng ujang yang i suke: Sukun, Qayyum & lengkuas. Dulu ada satu part dalam ujang/gila2 pasal felda/peneroka. ada sesiapa ingat tak apa nama comic tu?
Quote kucingkarate 22-1-2020 02:05 PM
Mat Despatch - Lengkuas.  suka baca kisah Mat dgn bos dia
Quote fishcracker 22-1-2020 02:17 PM
Edisi ujang yang dinanti2 untuk dibeli time bumper raya,siap ade cd kartunis2 ni berlakon tema raya.. tenkiyu ujang sebab menceriakan hari2 iol kecik2 dulu {:love
Quote BoongaKertas 22-1-2020 02:19 PM
iols agree! bestnya kalau jadikan animasi. bangun kan komik2 ni dan boleh tonton kat tv.
Quote syakuntala 22-1-2020 02:44 PM
dl klu ada pameran buku kat pwtc mesti gi kat majalah ujang, wlpun dah beli tiap bl  tp beli lg koleksi mat desperch, workshop,etc.... tp skrg xtau dok mn dah semua tu....
Quote Artemesiaa 22-1-2020 03:11 PM
Kalau difilemkan pasti dapat sambutan
Quote chicozinn 22-1-2020 03:30 PM
yang kartunis ubi pun best gakk..yang budak laki bercinta dengan tomboy..n 1 lagi kartunis lalang buat mat despatch
Quote ninjago 22-1-2020 03:45 PM

sama.. ujang, gila-gila, apo?..tu la hiburan dedulu time2 boring.

Quote palmolive 22-1-2020 04:04 PM
komik Kartini by Tembakau..
Quote kucingitam 22-1-2020 04:38 PM
chicozinn replied at 22-1-2020 03:30 PM
yang kartunis ubi pun best gakk..yang budak laki bercinta dengan tomboy..n 1 lagi kartunis lalang bu ...

mat despatch tu by lengkuas

Quote Megikari 22-1-2020 11:21 PM
Zaman kanak2 dulu tiap2 hujung bulan kitorang adik beradik excited tunggu arwah abah dapat gaji pastu belikan ujang, gila2, bambino, pastu macam2 jenis komik kat kedai. Nak beli edisi bumper pulak kena pakat adik beradik buat house chores untuk kumpul upah dari mak. Kitorang siap ada rak buku besar untuk simpan segala macam komik. Anak2 aku sekarang semua tak rajin membaca macam kitorang dulu2
Quote RatuDunia94 23-1-2020 12:23 AM
Zaman dulu is so simple kan..
Cukup sekadar komik2 mcm ni.. berkumpul adik beradik or sepupu sepapat or jiran tetangga baca sama2.. then terhibur sama..
X mcm skrg bila berkumpul masing2 hadap phone kat tgn..
Quote papadomku 23-1-2020 09:17 AM
Favorite aku Tiga Dara Pingitan. Aduhai rindu pulak nak baca
Quote mizruncing 23-1-2020 10:09 AM
nostalgia sungguh. dlu kakak sedara meols slalu beli komik mcm ni. dia dok ngan opah kt kampung. so tiap kali balik kampung mmg  layan la komik ni. baca sambil dengar bunyi burung n sayup2 kat kampung. rindunyaaa zaman dulu
Quote Weller 23-1-2020 01:41 PM
perwira mat gila oleh rejabhad


dalam gila-gila


'kalau ada duit, semua boleh jadi'



huhuhu

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top