Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Saya Masih Waras!" - Ajak Bengang Dituduh Guna Gambar Adik Terlantar Raih Undi Simpati

12-1-2020 11:09 AM|Oleh: LilRose| Komen: 20

"Saya masih waras! Soal nyawa ini bukan benda main-main. Komen melampau macam ni buat saya geram."


Kredit foto: IG

Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro terkilan apabila segelintir pihak tidak sensitif menuduhnya mempergunakan keadaan adiknya bagi meraih simpati pengundi untuk kumpulannya di malam final Maharaja Lawak Mega MLM) 2019.

Gempak melaporkan, anggota kumpulan Rare itu menyifatkan individu terbabit tidak sensitif dengan kesulitan dihadapi orang lain.



"Orang yang macam ni saya anggap tidak sensitif dengan orang lain. Apa relevannya saya menggunakan adik yang sedang dalam keadaan tidak berdaya untuk kepentingan sendiri?" luahnya kepada Gempak.

Ajak sebelum ini berkongsi gambar dan keadaan adiknya, Mohd Fitri Razak yang mengalami kemalangan di tempat kerja hingga menyebabkan dia melecur tahap dua.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas silinder gas meletup ketika dia sedang membaiki penghawa dingin bangunan di Pelabuhan Klang, jam 3.40 petang Khamis.

Keadaan Fitri bagaimanapun dikatakan sudah stabil dan menunjukkan tanda positif.



"Adik saya tinggal di Cheras bersama keluarga dia. Kebetulan dia di Klang dan buat kerja di sana dengan kawan dia.

"Masa tengah buat kerja itulah gas meletup, dia suruh kawan dia keluar sementara dia masuk semula ke dalam bangunan untuk menutup suis utama.

"Jadi, masa itulah api menyambar. Tapi kalau dia tak tutup suis mungkin letupan besar akan berlaku," katanya menceritakan semula kejadian menimpa adiknya itu.




Dalam masa sama, Ajak akui akur apabila diumumkan sebagai  pemenang tempat kelima MLM 2019 serta berterima kasih atas kerja keras ahli kumpulannya, Pak Ya dan Ropie.

Siapalah dengki sangat cakap macam tu? Semoga adik Ajak kuat semangat dan cepat sembuh. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
0
0
Komen: 20
Komen

Previous : "Patutlah Elok Je Takda Kontroversi" - Elak Gosip Cinta Cara Ungku Ismail

Next       : Netizen Tak Puas Hati Faezah Elai Kata Travel Banyak Lebih Bijak Dari Belajar Tinggi

Komen Terbaru

Quote clarizsa 13-1-2020 11:03 PM
Kump puteh terang2 buat drama ugut juri n up kisah sedih kematian anak pun dah menang pun
So kes ajak shiro ni hal kecik je

Cuma i x suka yg dia pi boh bedak byk smpai ropi pedih2 mata xleh buka hr tu
Boleh buta tau mata sbb bedak
Bodo punya ajak

Lain-lain Komen

Quote iszablack 12-1-2020 12:24 PM
Semoga adik heols cepat sembuh ..
Quote Kurex 12-1-2020 12:43 PM
ala siannya... semoga adik tu kembali sembuh ye..
Quote tanyasikit 12-1-2020 12:45 PM
tanya sikit, mmg prangai korang suka cari pasal dengan org yang berduka ke?
Quote fliphair8 12-1-2020 01:14 PM
Netizen mmg melampo...tempat paling waras porem....socmed ni banyak bbnu ngan acik2 batak viral dgn acah2 setazah setad....benda musibah pun bole buat main2...hidup takde empathy
Quote hellokitty123 12-1-2020 02:24 PM
fliphair8 replied at 12-1-2020 01:14 PM
Netizen mmg melampo...tempat paling waras porem....socmed ni banyak bbnu ngan acik2 batak viral dgn  ...

tempat paling waras apo...
warga forum pon lebih kurang je...
Semua takda empathy and bajet tahu kish artis luar dlm..
Quote haruno_sakura 12-1-2020 02:30 PM
moga adik ajaq cpt sembuh
Quote munchkin 12-1-2020 03:49 PM
Semoga segera sembuh
Quote LautBiru52 12-1-2020 04:04 PM
Susah bila ade orang yg takde common sense ni. Cakap ikut sedap mulut je. Orang lain je salah. Dia betul
Quote ikanmasin 12-1-2020 04:58 PM
kesian dah lah org tu dlm keadaan sedih risau dan2 tu jg lah
dikomen memacam..semoga adik dia cpt sembuh..
Quote RatuDunia94 12-1-2020 08:53 PM
Dlm sejuta komen cuma sorang dua je yg mengecam.. jd kenapa perlu diberi perhatian pd yg minoriti itu???
Quote blue^panther 12-1-2020 09:03 PM
Alahai, macam baru seminggu bukak akaun media sosial. Bukan artis dgn instafamous jer attention seeker, netizen marhaen biasa pon bersepah yg batak perhatian. Jangan kan cerita orang sakit, cerita orang mati pon kadang derang nk komen merapu jugak. Asal dapat attention konsepnya, banyak masa la pulak ko nak belek komen satu2 carik sapa kecam kau. Kalau dah open komen, terima jer apa orang tulis. Kalau rasa annoying jangan layan, tp kalau rasa hati tisu off jer komen. Titik. Masalah ni bukan kat Malaysia jer ada, kat Indon, Korea, US pon sama. Kau rasa???
Quote Mawar_Kesuma 13-1-2020 08:46 AM
Semoga cepat sembuh. Sabar la jak. Mulut orang  kann, sape kita nak tutup2 kan. Memang ada segelintir manusia yang suka tinggalkan otak kat luar pintu bila bercakap & guna social media ni
Quote mizruncing 13-1-2020 10:00 AM
abaikan la manusia yg hati busuk tu. maybe sorang dua je kot yg pikir gitu. janji niat kita btol dah laa. netizen ni lagi dilayan makin menjadi2
Quote MadameOnion 13-1-2020 11:05 AM
semoga adik ajak cepat sembuh dan tahniah kat ajak ke final dan pemenang temnapt ke5 mlm 2019..walaupun ke 5 namun lawak korang berisi..semua bagus2 finalis tahun ni
Quote biozipstar 13-1-2020 02:54 PM
setelah aku bekerja sendirian yang duduk opis sensorang, buat kerja sensorang, aku mahu menyimpulkan memang kalau dah bosan sgt nak amek tahu hal manusia di sekeliling kite, kite akan tend utk mengambil tahu hal2 orang yg takde kaitan spt instafeymes amos, retis bbnu, retis kertu dan segala retis yg ada. melihat socmed mereka boleh menghiburkan hati berbanding melihat manusia yg kita kenal. kemudian, apatah lagi komen membabi buta, lebih memuaskan hati chuols...

sekian, eksperimen saya pada hari ini.
Quote rusyidahrahman 13-1-2020 07:15 PM
hellokitty123 replied at 12-1-2020 02:24 PM
tempat paling waras apo...
warga forum pon lebih kurang je...
Semua takda empathy and bajet tah ...

Aku sokong
Quote takayama 13-1-2020 07:59 PM
Semoga adik ajak cepat sembuh dan dipermudahkn segalanya
Quote Suchi 13-1-2020 09:11 PM
Takutnya, suami iols pun kije bab aircond ni.Selalu duk dlm bilik bawah tanah hospital ke apa yg ade saluran aircond besar2 tu bilik AHU ke apatah.
Semoga lekas sembuh, sian tgk muka dia mesti sakit sangat
Quote Suchi 13-1-2020 09:12 PM
MadameOnion replied at 13-1-2020 11:05 AM
semoga adik ajak cepat sembuh dan tahniah kat ajak ke final dan pemenang temnapt ke5 mlm 2019..walau ...

Kenapa dapat tempat ke5? Ingatkan jadi juara or naib juara.
Iols tk tengok MLM tapi selalu video kumpulan rare ni muncul kat fb

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top