Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kami Dah Cuba Sedaya Upaya Selamatkan" - Jaclyn Victor Akhirnya Bercerai

12-1-2020 09:51 AM|Oleh: VanillaThunder| Komen: 170


Nampaknya, tahun 2020 dimulakan dengan keruntuhan rumah tangga satu lagi pasangan selebriti iaitu antara penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor dan suaminya, Shawn Rivera yang juga merupakan seorang vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ yet, sekali gus mengakhiri perhubungan mereka yang terbina sejak lima tahun lalu.

Berita duka cita itu diumumkan sendiri oleh Shawn, 48, menerusi catatan terbaharunya di Instagram dan Facebook miliknya, pada petang Sabtu, 11 Januari lalu.



Menurut Shawn lagi, dia dan pasangan sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

Namun, Shawn menyatakan tidak kira apa sekalipun yang berlaku antara mereka berdua, beliau tetap menyayangi keluarganya itu dan turut memohon agar semua pihak dapat menghormati situasi mereka sekaligus meminta agar masing-masing tidak diganggu.

Shawn bagaimanapun tidak mendedahkan punca sebenar perceraian mereka, jauh sekali mahu menuding mana-mana pihak terhadap keputusan terbabit.

"Cabaran bergelar selebriti adalah kami terdedah dengan tanggapan terbuka daripada masyarakat. Sebagai manusia biasa, sudah jadi kebiasaan untuk menilai, menuding jari dan mengkritik orang lain berdasarkan perspektif terhad kita",  tulisnya.

Bimbangkan anak-anak mereka akan terluka dan terkesan dengan penceraian tersebut, mereka memilih untuk tidak membuka pekung di dada mahupun menyalahkan mana-mana pihak di atas perpisahan  tersebut.



Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
6
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 170
Komen

Previous : Buka Gerai Char Kuey Teow, Hafreez Adam Diperlekeh Oleh Datin

Next       : "Saya Masih Waras!" - Ajak Bengang Dituduh Guna Gambar Adik Terlantar Raih Undi Simpati

Komen Terbaru

Quote nasbab86 19-1-2020 02:19 AM
just nk sharing. ak kawen dgn askar. sblm kawen lg aku dh set mind aku yg ak brkahwin dgn lelaki yg bkn kerja d 1 tempat. aku serah pd Allah 100% apa saja kemungkinan. tuk 4tahun pertama, kami duk skali. tp skrg dh pjj. n kami blum ade baby. ofcourse duk pjj life style trus jd lain. slalu sling memperingat niat perkahwinan krn apa. klu krn dunia, kita hny akn dpt dunia. n 1 more thing, aku respect pndapat korg ttg pjj. pd yg stuju n tak setuju. smua bleh kuarkn pndapat, tp jgn sampai mnjatuhkan org lain. n jujurnya ak respect pd isteri yg ade anak lbih dr 1 dan pjj. korg mmg isteri n ibu yg kuat. bkn kite yg mengatur takdir. prnah kwn aku ckap, "nasib aku xkawen ngn askar, kalau x mst aku xdpt duk skali ngn laki aku. aku xkuat." luahan die brdasarkan saudara2x trdekat die yg pjj n ade masalah. aku senyum n x defend or jwb ape2x. aku pgg konsep lain org, lain ujian n cabaran.

Lain-lain Komen

Quote sukacactus 11-1-2020 04:01 PM
Mmg susah sebenarnya bila pjj ni
Kena masing2 betul2 kuat
Yg menghadapinya je yg paham
Quote doubleA 11-1-2020 04:06 PM
Oh 2 dah anak jac rupanya. Takziah
Quote fliphair8 11-1-2020 04:09 PM
Siannya...jac ni kat mesia job banyak....laki plak kat us nun....mmg payah ler...

Jac, siler file child support kaw2....kat us nun kalo fail child support masuk lokap.... kat mesia jek ex laki bole kawin lagu gilang gemilang tapi duit anak x penah bagi
Quote bambimo 11-1-2020 04:10 PM
Ada bayang kekacakan pd anak sulung dia ni
Quote toynme 11-1-2020 04:12 PM
comel anak2 dia
Quote beta_carotene 11-1-2020 04:12 PM
Takziah jac.. Mungkin perbezaan budaya pun main peranan

Kesian anak2 comel sheols kecik2 Mak ayah dah bercerai..
Quote nolya 11-1-2020 04:13 PM
Cantik anak2 Jacq..
Quote timah03 11-1-2020 04:14 PM
Why..............suka dgn couple ni....
Dah 2 rupanya anak dia....ingat sorang je....
Dia dgn misha je kan artis yg lepas 1 week bersalin terus perform lagu tinggi....
Quote Acikgomen 11-1-2020 04:19 PM
Kalo jac tuh kaum meleis, mesti makbapak jac dah bising2 soh heshe berenti je nyanyi kat mesia nih pi je lah ikut hasbebi dok Amerika sana haaa
Voley heshe tayang2 kehidupan sebagai rakyat US kat ig
Mesti ramai peminat kagum
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:19 PM
Takziah. Moga boleh terus bersahabat baik demi anak2.

Anak buah kawan akak (boy), baru tahun ni masuk pra sekolah. Sangat manja dengan cikgu lelaki pra sekolah tu, selalu minta dukung. Know why? Bapak hanjeng dia tak pernah wujud dalam hidup dia.
Quote HannahMontana 11-1-2020 04:23 PM
dua_chzy replied at 11-1-2020 04:19 PM
Takziah. Moga boleh terus bersahabat baik demi anak2.

Anak buah kawan akak (boy), baru tahun ni m ...

Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko Chazey persis mulut-mulut puaka celaka .

Aku terserempak dgn komen-komen ko ,sungguh-sungguh celaka  lahanat mulut ko Chazey.

Aku merasakan ko ibu tunggal yang sikap protective ko sgtlah tinggi.

Ko mampu bunuh jiwa jantan yg cuba memperlekehkan ko.

Org mcm ko sesuai dgn jantan mulut celaka mcm Donald Trump.Cthnya saja.



Quote Minyakyuyi 11-1-2020 04:26 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:23 PM
Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko C ...

caya la kak senahhh
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:32 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:23 PM
Chazey , ni ikhlas aku nak beritahu ko .Entah ko sedar ke tidak ,tidak tahu lah aku.

Mulut ko C ...

Bongok ko Hannah, hahahaha!
Quote mawarputih2612 11-1-2020 04:34 PM
aduhai kenapa
anak sulung dia sebaya anak sulung aku
harap dia kuat
aku tak terbayang  nak jaga anak tgh lasak gitu tanpa suami
Quote tuberoses 11-1-2020 04:42 PM
timah03 replied at 11-1-2020 04:14 PM
Why..............suka dgn couple ni....
Dah 2 rupanya anak dia....ingat sorang je....
Dia d ...

dugaan pjj....
masa sukan ke event apa ntah kt bukit jalil, dia perform utk pembukaan, iols baca dia baru je brape hari beranak anak kedua da trus ada job....ntah bila pregnant tau2 da beranak...



Quote HannahMontana 11-1-2020 04:43 PM
dua_chzy replied at 11-1-2020 04:32 PM
Bongok ko Hannah, hahahaha!

Aku puji ko ,ko bongok kan aku Chazey.

Lahanat ko Chazey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote dua_chzy 11-1-2020 04:49 PM
HannahMontana replied at 11-1-2020 04:43 PM
Aku puji ko ,ko bongok kan aku Chazey.

Lahanat ko Chazey !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ye la, hahahahaha! Hapo taip gituh, choih!
Quote dani-rox 11-1-2020 04:50 PM
takziah. ai baru tahu laki Jaclyn ahli Az Yet. lagu dia org ni la ai paling suka



(ex) hubby beliyaw yg paling kendu dlm kump. tuh kot.
Quote HannahMontana 11-1-2020 04:59 PM
Aku xberminat dgn perkahwinan PJJ ni.

Tak menguntungkan kita sebagai isteri jika berkahwin  sebegini.

Aku xde kesabaran menanti atau menunggu.

Aku xsuka besarkan anak-anak sendirian berhad sebegini,;ebih baik aku buka syarikat dan bebas merdeka daripada PJJ sedangkan suami  kesayangan ko boleh saja balun ,2,3,4  jauh dari pengetahuan ko atau dia beritahu ko dan ko mati makan hati dan dia happy happy saja.

Aku mudah buruk sangka dgn perkahwinan PJJ.

Aku boleh cintakan lelaki tetapi aku tidak suka  perkahwinan dan rasa cinta aku menjadikan aku tongong.

Perkahwinan PJJ ini adalah kecelakaan besar utk si isteri.

Sudahlah diri di akad ,berjanji dalam perkahwinan yang megikat dan ko tidak merdeka diri.

Kini si suami yg sepatutnya menjaga keselamatan ko berada jauh dan ko jagalah diri ko sendiri dan hanya menjadi telaga yang menadah air dikala laki ko datang melawat ko  bilamasa dia boleh pulang ke pangkuan ko.

Bukan semua lelaki berkahwin jahat tetapi bila jauh dari isteri mrk akan termakan kata-kata lelaki xsalah poligami.

Aku xsuka diseksa .Jika aku terasa seperti diseksa ,aku akan pastikan ko berada dineraka ciptaan aku sendiri. Aku mesti sentiasa tersenyum. Sebab aku bukan nak bunuh ko dalam keadaan marah.

Demikianlah ,sedikit pandangan Diknah terhadap perkahwinan PJJ.

Masih ada yang nak mengorat Diknah??????????

Lihat semua komen(170)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085757s Gzip On
To Top