Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

“Bagi Saya Masuk Dulu, Jalankan Amanah" - Ahmad Idham Masuk Semula Bilik CEO Finas?

10-1-2020 01:38 PM|Oleh: LilRose| Komen: 12

Sebelum ini, dunia hiburan kecoh apabila Ahmad Idham Nadzri dikatakan direhatkan daripada tugasnya.

Tapi, MalaysiaKini semalam melaporkan Ahmad Idham bakal masuk semula pejabat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan meneruskan tugasnya. 


Kredit foto: IG

Menurut laporan, timbul desas-desus mengatakan dia akan menghabiskan kontrak dua tahun di agensi itu berbanding kenyataannya sebelum ini.

"Bagi saya masuk Finas dulu dan jalankan amanah menteri dan harapan warga seni pada saya," katanya ketika dihubungi MalaysiaKini, semalam.

Dalam kenyataan agensi itu sebelum ini, Ahmad Idham dikatakan akan melepaskan jawatannya pada 10 Mac depan dan Ahli Lembaga Pengarah Finas menerima serta meluluskan permohonannya untuk memendekkan tempoh kontraknya sebagai CEO Finas.

Malah, beberapa hari sebelum itu, Ahmad Idham didakwa direhatkan daripada tugasnya.

Berikutan pengundurannya itu, enam persatuan mengadakan sidang media mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Finas, Hans Isaac agar meletak jawatan atas dakwaan tidak menjalankan amanah dengan baik.


Kredit foto: IG

Sekejap berundur, sekejap direhatkan. Tiba-tiba nak masuk bilik CEO semula. Apa cerita ni sebenarnya? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
3
Bosan
3
Komen: 12
Komen

Previous : Ainul Aishah Terima Hakikat Tak Laku Kerana Dah Tua

Next       : "Kylie Jenner Puji? Badan I Macam Ni You Kutuk?"

Komen Terbaru

Quote Knowlee 13-1-2020 06:10 AM
Aiyohhhh... Mcm lalang, tak tetap pendirian. So kau la sebenarnya yg bermasalah.

Lain-lain Komen

Quote fliphair8 10-1-2020 02:12 PM
ngantuknyaaaaaaa..........nguap skala richter 8 dah ni....
Quote Mfzg89 10-1-2020 02:22 PM
bertimbun balik ler pilem2 sampah pasni...
Quote lasagna 10-1-2020 02:27 PM
harapan warga seni? apoooooo!
Quote ajinomotonosuga 10-1-2020 02:28 PM
Kensel semua meeting Papa.  

Papa nak jumpe Finas.

I go to Pinas i pinissss u kno masta director!!!
Quote MadameOnion 10-1-2020 02:43 PM
eeiii sori la deham..org sibuk hal koya ni..pi main jauh2..syuh syuh
Quote cikatilia 10-1-2020 02:49 PM
halla hallaaa

confirm lepas ni melambak filem2 bodo
muka dia la hero
dia la heroin bapak mertua samseng anak hero etc
Quote mieymiey 10-1-2020 03:15 PM
Quote Acikgomen 10-1-2020 04:08 PM
cikatilia replied at 10-1-2020 02:49 PM
halla hallaaa

confirm lepas ni melambak filem2 bodo

Dah mcm amran fans
Quote tintin22 10-1-2020 04:13 PM
hahahahahaha
Quote Kurex 10-1-2020 04:25 PM
lepas ni filem pun sampah
Quote Cekla 12-1-2020 11:37 PM
Beberapa hari lepas tgk kat ig tokhans,  up status psl moneymoneymoney.. Perli sapa tuu?
Quote Knowlee 13-1-2020 06:10 AM
Aiyohhhh... Mcm lalang, tak tetap pendirian. So kau la sebenarnya yg bermasalah.

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.093559s Gzip On
To Top