Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

5 Tahun Berangan, Impian A Aida Buka Kolej Direalisasikan Lepas Melabur Jutaan Ringgit

10-1-2020 11:48 AM|Oleh: LilRose| Komen: 51

Impian penerbit terkenal Datuk A Aida untuk membuka kolej tercapai selepas melabur jutaan ringgit untuk menubuhkannya.

Lapor Harian Metro, Cyberjaya Skills International College yang beroperasi di Cyberjaya akan memulakan pengambilan pelajar pada 20 Januari ini.



Kredit foto: Harian Metro

"Lima tahun lalu saya memasang impian untuk membuka kolej sendiri, tapi ketika itu saya tiada kepakaran selain tidak ada pasukan yang mahir dalam bidang ini. Jadi, perkara itu tidak dapat dijalankan.

"Namun, tahun lalu saya berjumpa dengan tiga individu yang ada pengalaman dalam bidang ini. Jadi, mereka membantu untuk merealisasikan impian saya. Menguatkan lagi keyakinan saya ialah selepas melihat beberapa rakan berjaya dalam perniagaan ini.

"Jadi, kenapa tidak saya cuba untuk meneruskan hasrat yang tertangguh dulu. Insya-Allah, kolej ini akan memulakan pengambilan pertama pada 20 Januari ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut laporan, Cyberjaya Skills International College merupakan kolej pertama di dunia yang melaksanakan kursus Diploma Mutawwif & Tour Leader Muslim.

"Bagi yang kurang kelayakan akademik, boleh masuk kolej ini sebab 50 peratus kursus adalah dalam bidang kemahiran. Antaranya bidang kulinari, perkhidmatan makanan dan minuman, barista, automotif dan banyak lagi," jelasnya.

Kolej itu juga bekerjasama dengan pakar barista dari Itali, menjadikan ia kolej pertama di Malaysia yang menjalankan kursus barista.

"Saya akan ke sana pada Mac ini untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MOU)," ujarnya.



Kredit foto: IG

Jangan risau kerana menurut Aida, semua kursus yang ditawarkan ada pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA), Jabatan Kemahiran Malaysia dan beberapa lagi.

Malah, mereka juga menyediakan hostel serta menawarkan pinjaman pendidikan.

Ada ke di kalangan pembaca yang berminat nak menuntut ilmu atau menghantar anak ke kolej A Aida ni? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 51
Komen

Previous : Ainul Aishah Terima Hakikat Tak Laku Kerana Dah Tua

Next       : Lima Bulan Tak Ada Job, Beli Telekung Pun Kena Tipu!

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-1-2020 10:07 AM
lonso replied at 14-1-2020 10:03 AM
Ku usaha jua..tp kdg terbeli jgk dkt supermarket..masa2 tgk x berduit

Aku selalu beli kat market.. Tesco mcm beras dan barang2 yg tak ada jat market.. Dan aku juga support local homemade food seller.. Pelanggan tegar depa.. Hahahah

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 10-1-2020 12:04 PM
kalo ada kursus CAD nk try apply jadi lect la
Quote wadiunong 10-1-2020 12:10 PM

wa hebat. bagus A.Aida ni offer course yg jarang ada. moga sukses
Quote cikatilia 10-1-2020 12:10 PM
ni la kot sijil & diploma yg ada

DIPLOMA IN MUTAWWIF PROFESSIONAL & MUSLIM TOUR GUIDE
DIPLOMA IN CULINARY
DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT
DIPLOMA IN LOGISTIC
DIPLOMA IN HUMAN RESOURCES
DIPLOMA IN ISLAM BANKING
DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION

SIJIL =
UMRAH & ZIARAH GUIDANCE
MUTAWWIF, UMRAH & ZIARAH MANAGEMENT
FOOD & BEVERAGES CERTIFICATE
HOUSKEEPING
PASTRY
BARISTA
BAKERY

Quote mogey 10-1-2020 12:17 PM
cikatilia replied at 10-1-2020 12:10 PM
ni la kot sijil & diploma yg ada

DIPLOMA IN MUTAWWIF PROFESSIONAL & MUSLIM TOUR GUIDE

Sapa lecturer? Dai farhan ka?
Quote fliphair8 10-1-2020 12:19 PM
bagus acik ni, sejajar ngan pembangunan tvet negara ni...keep it up

moga terus berjaya, takyah ler mengintai jantan2 muda poket kosong ni...bagi makan anak2 udah...

jenuh nak bagi makan pakai anak orang dohhhh
Quote armin 10-1-2020 12:56 PM
wadiunong: wa hebat. bagus A.Aida ni offer course yg jarang ada. moga sukses

Offer course yg jarang ada ni laku ke sijilnya? Soalan serius ni
Quote aemon 10-1-2020 01:02 PM
Sebut mutawwif teringat farhan kambing.teringat si kambing tu teringat plk erin si pedandan rambut.
Quote Melur1 10-1-2020 01:06 PM
yang penting pensyarah kena beriktiraf bukan cincai mcm PU ataupun daie realiti tv
Quote sarah82 10-1-2020 01:16 PM
Dia x nak tawarkan diploma in caregiver ka? Aku cari utk comel kan lagi resume aku selain rekeman dari waris2 pesakit yg pernah aku jaga.. Paling ok kat Aussie.. Aku kalau boleh nak cari part time dan kat malaysia..
Quote CinnamonR 10-1-2020 05:05 PM
Dia ni buat plastic surgery yang menjadi..sebab memang lagi lawa dari rupe sebelom.. {:teatime
Quote monsterwife 10-1-2020 05:24 PM
sarah82 replied at 10-1-2020 01:16 PM
Dia x nak tawarkan diploma in caregiver ka? Aku cari utk comel kan lagi resume aku selain rekeman da ...

You pernah jadi caregiver kat mana?
Quote sarah82 10-1-2020 05:33 PM
monsterwife replied at 10-1-2020 05:24 PM
You pernah jadi caregiver kat mana?

Skrg kat jitra, jaga seorg kerabat Perlis.
Quote Pearlapple 10-1-2020 06:56 PM
Oh ni college next to mc'd cyber.
Aku salu wondering pesal laa tak building dia macam sendu je takda student sebab lama dah rasa building tu kat situ.
Baru nak berfungsi ropanyee..
Good effort btw.
Quote monsterwife 10-1-2020 11:02 PM
sarah82 replied at 10-1-2020 05:33 PM
Skrg kat jitra, jaga seorg kerabat Perlis.

Masa kat UK dulu Sarah pernah kerja sebagai caregiver ke
Quote sarah82 10-1-2020 11:08 PM
monsterwife replied at 10-1-2020 11:02 PM
Masa kat UK dulu Sarah pernah kerja sebagai caregiver ke

Uish.. Xpernah dok uk.. Sy asalnya kerja kat kilang.. Lps tu berhenti jaga arwah tok sy.. Dari situ sy belajar cara jaga pesakit terlantar/org tua berdasarkan pemerhatian dan utube... Hahaha..
Quote monsterwife 11-1-2020 02:24 AM
sarah82 replied at 10-1-2020 11:08 PM
Uish.. Xpernah dok uk.. Sy asalnya kerja kat kilang.. Lps tu berhenti jaga arwah tok sy.. Dari sit ...

So sarah sekarang kat Kedah lah ni?
Quote sarah82 11-1-2020 07:26 AM
monsterwife replied at 11-1-2020 02:24 AM
So sarah sekarang kat Kedah lah ni?

Ya.. Dok jitra..
Quote balakkampung 11-1-2020 08:01 AM
bagus a.aida ni...camni la ushawan yg normal..tau2 nak bukak kolej dah...tidak terkinja2 asyik nak menayang beg dan jam tangan mahal..
Quote MatDeghem 11-1-2020 12:03 PM
Harap dia tidak jatuhkan standard college Malaysia....di mata duniya.
Retis bukak college .... Agak2 berape ratus  juta  modal nya?

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.090360s Gzip On
To Top