Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Lima Termasuk Wanita Dicekup Rompak Klinik Gigi Swasta

9-1-2020 04:51 PM Komen: 3
Jururawat di sebuah klinik pergigian swasta berdepan detik cemas apabila klinik berkenaan didatangi lima individu berparang.

Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang pada Jumaat lalu ketika mangsa sedang bekerja.

Berikutan kejadian, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman mengesahkan pihaknya menahan lima suspek termasuk seorang wanita, semalam di sebuah rumah sekitar Taman Sentosa Klang, kira-kira jam 7 malam kelmarin.


Risikin (kanan) menunjukkan gambar barangan yang dirampas
Kredit foto: Sinar

Polis turut merampas beberapa barangan seperti parang, pisau, komputer riba, telefon bimbit dan peralatan dipercayai digunakan untuk memecah kedai.

"Kelima-lima suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah.

"Hasil soal siasat mendapati suspek turut mengaku terlibat dalam kejadian itu," katanya.

Kesemua suspek direman sehingga 14 Januari untuk membantu siasatan.

Dalam kejadian, suspek melarikan barangan mangsa dan juga hak milik klinik, namun jururawat berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Soal siasat diteruskan bagi mengesan saki-baki suspek dan barangan rompakan," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 12-1-2020 09:52 AM
Klang ni bukan tempat hidup utk manusia

Lain-lain Komen

Quote noor2 9-1-2020 04:54 PM
Ada 2 jenis perompak sekarang ni...1 perompak merompak duit cara bijak...scammer. .juta2 duit orang depa rompak dengan mudah dan x pernah tertangkap...1 lagi perompak cara ganas dan membahayakan nyawa perompak dan yg dirompak yg akhirnya mudah ditangkap dan ada yg terbunuh...
Quote chinta89 12-1-2020 09:17 AM
jahatnya lahaiiiiiiiiiiiiii
Quote totokreturn. 12-1-2020 09:52 AM
Klang ni bukan tempat hidup utk manusia

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.146532s Gzip On
To Top