Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Stres Di Kalangan Murid Zaman Sekarang Real!" - Pakar Motivasi

8-1-2020 10:23 AM Komen: 7

Kredit foto: Google

Pakar motivasi, Mohd Fairuz Abu atau dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi, baru-baru ini berkongsi di laman Twitternya bahawa sebilangan kanak-kanak boleh mengalami tekanan emosi seawal usia 11 tahun, merasai kebimbangan dan ketakutan berlebihan.

Sekiranya tidak dikawal, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan mental.

Beliau yang terkenal dengan #TukangCeramahBudakSekolah memuat naik luahan kanak-kanak secara bertulis di papan putih ketika menghadiri motivasi di sebuah sekolah.



"Setiap kali ceramah motivasi, saya akan minta pelajar datang ke depan dan tulis kenapa rasa tak semangat belajar.

"Maka, inilah jawapan yang kerap kali ditulis. Murid darjah lima. Bayangkan baru umur 11 tahun, tapi dah lalui semua ni. 

"'Stres dalam kalangan budak-budak zaman sekarang 'real'. Mereka tak ada tempat nak luahkan," ciapnya di Twitter.




Itu antara luahan yang dikongsi murid-murid, di mana mereka sering dijadikan perbandingan oleh ibu dengan sepupu yang lebih pandai dan menerima tekanan supaya memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).



Menurut Mohd Fairuz, hantaran itu sekadar perkongsian kepada masyarakat selain mahu memberi penekanan kepada isu yang sangat membimbangkan kini. 




Selain itu, Mohd Fairuz turut menegaskan, pabila mereka mengalami tekanan mental, mereka cenderung melakukan perkara luar jangka seperti berita budak perempuan 10 tahun yang ditemui mati tergantung pada pemegang tangga baru-baru ini.




"Jadi, tak pelik pendedahan Kajian Kesihatan Mental di Malaysia mendedahkan seawal 13 tahun budak dah alami tekanan. Kita nak lahirkan generasi apa sebenarnya ni?" ujarnya.




Stres atau tekanan di kalangan pelajar adalah realiti yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan gangguan mental serta fizikal. 

Bagaimanapun, tidak cukup jika hanya kaunselor diberi tanggungjawab menggalas tugas untuk mengendalikan stres pelajar. Lagipun, berapa ramai pelajar yang bersedia meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor?

Ibu bapa sewajarnya orang yang paling dekat dengan anak mereka. Selami hati dan jiwa raga anak. Jangan sekadar menaruh harapan atau menabur kemewahan sedangkan perasaan anak semakin jauh dipinggirkan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
3
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Bikin Panas! Fara Mendoza Hina Isteri Mandul, Goda Suami Orang?
"Wahai Menteri Maha Tongong, Tak Malu Ke Dengan Dr Maszlee?" - Norish Karman
Isteri Panik, Follower IG Naik Mendadak Lepas Kahwin Dengan Issey
Penyewa Dari Neraka Paling Jijik! Tinggal Rumah Penuh Najis, Bangkai Ular
Melatah Ke? - Wargamaya Terkejut Mat Motor Bersilat Lepas Rempuh Kereta
Terpaksa Masuk Kelas Lakonan, Nabila Razali Bimbang Hasil Tak Memuaskan
"Tolong Behave Sikit Haji" - Noh Hujan Tunjuk Isyarat Lucah!
Imam Tak Mengaku Tumbuk, Cekik Dan Pijak Isteri Sampai Cedera
Selalu Jadi Mangsa Teknologi, Zul Ariffin Tak Marah Dengan Isu Video Lucah
"Saya Ingat, Perkataan Janda Sesuai" - Janna Nick Minta Maaf
Umur Dah Masuk 49 Tahun, Tapi Nasha Aziz Bahagia Hidup Membujang
"Kalau Nak Mati, Jangan Libatkan Anak" - Giliran Fedtri Yahya Hentam Antivaksin Jahil
Berlinang Air Mata, Air Hidung Isteri Bila Dengar Nik Farhan Beri Ceramah Agama
Makan Jantung, Buah Dada Teman Wanita Untuk Kaya
Mia Ahmad Hamil Anak Kedua, Syukur Tak Ada Alahan Teruk
Galih Gatal-gatal Dalam Penjara Lepas Hina Kemaluan Bekas Isteri Bau Ikan Masin
Bakar Arang, Mulut Berbuih Mati Dalam Kereta
"Dasar Tamak, Dijual Semula Sampai RM900! Ramai Tak Dapat Beli Hello Kitty Carrier"
Lebih Ramai Dapat HIV Dari Semburit Berbanding Penagih Dadah, 'Tak Rasa Nak Insaf Ke?'
"Kena Simpan Duit Bawah Tilam Ke?" - Bank Sekarang Cerewet, Susah Buka Akaun Baru?
Rakyat Malaysia Masih Bersatu Padu - Netizen Puji Orang Ramai Bantu Mangsa Kereta Terbalik
Kekalkan Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan, Penyokong Tegar Lancar Petisyen
"Al-Fatihah" - Demi Anak-anak, Wanita Ini Cekal Membanting Tulang Hingga Ke Akhir Hayat

Komen Terbaru

Quote najib888 10-1-2020 01:29 AM
Mak bapak punca stres.

Darjah 1/ sekolah rendah dah dipaksa pi tuisyen.. yang berduit pulak, paksa anak pi kelasa piano la, ballet la...
bagi aku, anak2 sekolah rendah ni tak perlu nak push sangat. Biaq je depa enjoy life bermain2 (tak termasuk gajet elektronik); tak perlu nak paksa2 utk belajar. Sapa2 pun, kalau dipaksa buat sesuatu, mesti akan memberontak punya. kalau rasa tak puas hati tu tak dapat dilepaskan, sure akan jadi masalah jiwa..

Take time dengan anak2.. rajin2 bersembang, melawak dan bermain dengan depa.. kalau ada benda depa buat tu dah nak capai boundary kelaziman, tegur secara baik.. kalau boleh, be creative sikit. sambil2 main dengan depa selit2 sikit benda2 berkaitan akademik, tapi secara santai.

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 8-1-2020 11:10 AM
dik, ketahuilah saat ko da melangkah ke alam pekerjaan ko akan merindui zaman sekolah..time kerja lagi terbeban dik oiii
Quote epal21 8-1-2020 11:36 AM
Sedikit stress bagus sebab akan push kita utk berusaha. Kalau tak macam anak2 sedara iols. Nak upsr,pt3 relax2 aje sebab mak paknya tak kisah pelajaran anak2. Cikgu bagi homework kata banyak sangat. Neneknya percaya cakap cucu2 nya. Iols pulak yg stress bila balik kampung. Iols rasa sebaiknya diajarkan pengurusan stress kepada kanak2 supaya diorang tahu camne nak manage stress.
Quote mimienaa 8-1-2020 11:47 AM
Cuci karpet

Terima Kasih atas perkongsian yang diberi, seharusnya kita memberi perhatian sebaiknya buat anak atau adik kita berkenaan pemberlajaran
Quote Nora_29 8-1-2020 11:58 AM
Beginilah...

Apa2 pun segalanya bermula dari RUMAH dan PARENTS

Ada banyak kategori parents zaman sekarang ni :
1) Ambil peduli hal2 pendidikan dan perkembangan sekolah anak2
2) Tak ambil peduli dan tak kisah pun hal2 pendidikan anak2
3) Lantak laa nak sekolah atau tak, yang penting duit tak banyak berhabis
4) Suka membanding2kan anak2 dengan orang keliling sedara-mara sepupu-sepapat jiran tetangga
5) Overacting sampai tumbuk2 cikgu di sekolah


Ini semua dunia...
Quote Artemesiaa 8-1-2020 12:32 PM
Sebab sesetengah mak pak fikir anak2 mereka masih kecil tak tahu apa tapi mereke lupa makin membesar makin banyak pergaluan makin macam2 yang mereka terfikirkan
Quote bonggo 8-1-2020 02:40 PM
Aku ms sekolah rendah pon alami stress mcm ni. Punca hal kecik je. Kawan2 ejek lepas tu pulau kan. Suruh org lain jgn kwn dgn aku. Aku tulis dlm kertas nak mati taknak hidup lagi lepas tu simpan baik2. Iya la kan salah satu lepas kan stress dgn cara luah tulis kar kertas. Boleh pula mak aku jumpa. Mak aku baca lepas tu mak aku cakap ape benda yg ko tulis ni. Macam tu pon nak bunuh diri ke. Malu gila oi lps mak baca. Rasa rendah diri sgt. Macam x dipercayai dan lps tu kalau ade masalah aku simpan sendiri je. Budak2 skrg mcm tu jgak. Sama je mcm kita dlu ade stress cuma bila kita dah dewasa dah lalui zaman tu kita pulak perkecilkan madalah diorang. Padahal pada budak2 tu besar dah masalh dia tu. Tak boleh lah nak condemn terus. Kena bg support dekat kanak2 dlm fasa diorang membesar sebab akan effect pembawaan diri diorang. They will pass everything eventually tapi support system akan membina jatidiri dan emotional control dlm diri mereka
Quote najib888 10-1-2020 01:29 AM
Mak bapak punca stres.

Darjah 1/ sekolah rendah dah dipaksa pi tuisyen.. yang berduit pulak, paksa anak pi kelasa piano la, ballet la...
bagi aku, anak2 sekolah rendah ni tak perlu nak push sangat. Biaq je depa enjoy life bermain2 (tak termasuk gajet elektronik); tak perlu nak paksa2 utk belajar. Sapa2 pun, kalau dipaksa buat sesuatu, mesti akan memberontak punya. kalau rasa tak puas hati tu tak dapat dilepaskan, sure akan jadi masalah jiwa..

Take time dengan anak2.. rajin2 bersembang, melawak dan bermain dengan depa.. kalau ada benda depa buat tu dah nak capai boundary kelaziman, tegur secara baik.. kalau boleh, be creative sikit. sambil2 main dengan depa selit2 sikit benda2 berkaitan akademik, tapi secara santai.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.232318s Gzip On
To Top