Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tukang Tilik Pindahkan Roh Syaitan Ke Dalam Patung Barbie, Kena Saman!

10-1-2020 11:46 AM|Archaiv| Komen: 26


Kredit foto: (Picture: Somerset Police/ WBZ) metro.uk
Massachusetts, Amerika Syarikat; seorang tukang tilik telapak tangan telah disaman kerana meminta bayaran 71,000 USD (RM291,135.50) untuk mengusir dan memindahkan roh syaitan perasuk dari dalam seorang gadis berusia 10 tahun ke dalam patung Barbie.

Wanita itu berjaya meyakinkan ibu kepada gadis kecil itu untuk membayarnya sejumlah itu untuk "membeli semula roh anaknya semula."  Selain itu, tukang tilik itu turut meminta untuk mereka membeli barang-barang rumah seperti tuala, cadar katil dan patung Barbie itu untuk tujuan ritual tersebut, Metro UK melaporkan. 

Tracey Milanovich, pemilik Tracey's Psychic Palm Reader di Somerset, telah ditangkap dan dijatuhkan 6 tuduhan jenayah termasuklah mengugut mangsa. Ketika dibacakan, kesemua pertuduhan itu dinafikannya.

Kredit foto:  (Picture: Somerset Police/ WBZ) metro.uk

Alasan Tracey ketika ibu mangsa disoal media, dia memberitahu bahawa anak gadisnya sudah "mati di mata Tuhan," dan dia perlu "membelikan kembali roh anaknya semula."

Kredit foto: facebook metro.uk

Selain daripada itu, Milanovich berulang kali meminta wang tambahan sejumlah 6,058 USD (RM 24840.83) dari mangsa setelah pembayaran sebelumnya "hanya dapat membersihkan separuh daripada anak perempuannya." Dia juga memberitahu mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa atau "dunia roh akan tahu." 

Siasatan telah dimulakan semenjak 17 Disember 2019 setelah mendapat laporan daripada mangsa, dan tukang tilik tersebut ditangkap pada 27 Disember 2019. - CARI 

Rujukan : insider


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
0
0
Komen: 26
Komen

Previous : Tipah Tertipu! Lama Siram, Rupanya Pokok Palsu

Next       : Bila Kepala Lutut Serupa Selebriti British!

Komen Terbaru

Quote nazjula91 17-1-2020 02:28 PM
roh pun kene beli..adooii

Lain-lain Komen

Quote cikatilia 10-1-2020 12:12 PM
beli roh
tiba dia yg hidup selesa

kih kih
Quote Boomibulat 10-1-2020 12:25 PM
sian babi..
Quote bonggo 10-1-2020 01:51 PM
Kalau kat malaysia ade tak akta utk saman pengamal black magic mcm ni? Ramai scammer gak ni
Quote Archaiv 10-1-2020 01:58 PM
cikatilia replied at 10-1-2020 12:12 PM
beli roh
tiba dia yg hidup selesa

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 10-1-2020 01:59 PM

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 10-1-2020 02:03 PM
bonggo replied at 10-1-2020 01:51 PM
Kalau kat malaysia ade tak akta utk saman pengamal black magic mcm ni? Ramai scammer gak ni

Terima kasih sebab sudi baca. Emmm. Tak tahu pula kalau ada.
Quote any42 10-1-2020 02:20 PM
nsib baik mak bdk cpt sdar diri. klau x abis la bgadai rumah tanah sgala smata nk slamatkn ank krasukan setan.
Quote tanyasikit 10-1-2020 02:30 PM
tanya sikit, roh tu bentuk dia camne? macam aurora ke?
Quote QueenIsolde 10-1-2020 02:34 PM
Edited by QueenIsolde at 10-1-2020 02:37 PM
tanyasikit replied at 10-1-2020 02:30 PM
tanya sikit, roh tu bentuk dia camne? macam aurora ke?


@JohnnySins ke ni?
Quote tanyasikit 10-1-2020 02:51 PM

tanya sikit, saya yang biasher2 ni tak boleh tanya pasal aurora ke?
Quote dudaberhias 10-1-2020 03:07 PM
kelasss kau... nak bubuk dalam patung barbie je
patung lain takmau... mungkin murah kot made in china
Quote puanbintang 10-1-2020 03:31 PM
kreatif sungguh otaknya..duit dapat, dah tu siap mintak towel, cadar bagai
Quote Supersirap 10-1-2020 05:26 PM
macam-macam hal
Quote Archaiv 11-1-2020 09:27 AM
any42 replied at 10-1-2020 02:20 PM
nsib baik mak bdk cpt sdar diri. klau x abis la bgadai rumah tanah sgala smata nk slamatkn ank krasu ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 11-1-2020 09:27 AM
tanyasikit replied at 10-1-2020 02:30 PM
tanya sikit, roh tu bentuk dia camne? macam aurora ke?

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 11-1-2020 09:28 AM

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 11-1-2020 09:28 AM
dudaberhias replied at 10-1-2020 03:07 PM
kelasss kau... nak bubuk dalam patung barbie je
patung lain takmau... mungkin murah kot made in c ...

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 11-1-2020 09:29 AM
puanbintang replied at 10-1-2020 03:31 PM
kreatif sungguh otaknya..duit dapat, dah tu siap mintak towel, cadar bagai

Terima kasih sebab sudi baca.
Quote Archaiv 11-1-2020 09:30 AM

Terima kasih sebab sudi baca.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top