Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Rumah Prima Ni Jauh Ja Cantik, Bila Dekat Semua Rosak!"

Shimmer Shine|7-1-2020 10:50 AM Komen: 28




Sebut sahaja rumah Pr1ma, ramai sudah maklum ia dikhususkan kepada golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan. Ianya mendapat sambutan hangat kerana antara projek rumah mampu milik untuk warganegara Malaysia. Malahan untuk lokasi di bandar dengan harga RM300,000  bagi keluasan 900kps dianggap berbaloi.

Bagaimanapun yang menjadi masalahnya sekarang ialah struktur binaannya yang seperti tidak siap, banyak kerosakan dapat dilihat dengan mata kasar dan pelbagai lagi masalah lain. Lebih teruk tidak padan dengan harganya, sekali imbas seperti rumah kos rendah pula.

Kredit foto: Twitter

Bagi segelintir warganet, membeli rumah Pr1ma seakan menjerat diri kerana kualiti yang dihasilkan tidaklah seindah yang digambarkan. Ada sahaja cacat cela di mana-mana namun bagi segelintir pihak lagi, mereka menganggap ianya bergantung kepada siapa syarikat pembangunan itu sendiri.


Twitter
Malahan ada yang mengatakan kualiti rumah di Malaysia sangat hancur, kerana tahap penjimatan mereka berada di tahap maksimum semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lebih.

Twitter


Jadi, buat lah pilihan bijak ketika membeli rumah. Pastikan anda siasat terlebih dahulu syarikat pembinaanya supaya tidak terkena ya.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
3
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote caritegar 16-1-2020 03:47 PM
Murah ke mahal ke, setiap rumah wajib di bina ikut safety standrd... ni apo retak sana sini...

Lain-lain Komen

Quote kucingitam 7-1-2020 11:00 AM
dah murah..what do u expect?
Quote prettyuglybabe 7-1-2020 11:12 AM
mesti penjual rumah yang butthurt tu
Quote chicozinn 7-1-2020 11:14 AM
kucingitam replied at 7-1-2020 11:00 AM
dah murah..what do u expect?

murah tak semestinya kena buat sekadar melepaskan batok kat tangga..padahal kos buat tu takde la banyak sgat tapi memang betul banyak sangat makan atas angin tu yang end up rumah baru siap tapi bakal runtuh lagi 5-6 tahun

Quote reen8601 7-1-2020 11:30 AM
Alhamdulillah saya da beli umah PR1MA ni elok sahaja..
Quote meteorspeed 7-1-2020 11:53 AM
sbb tue iols mem tak kan beli rumah prima hahahha
Quote AbukRokok 7-1-2020 12:16 PM
mcm prima alam damai saja
Quote supermum 7-1-2020 12:28 PM
kucingitam replied at 7-1-2020 11:00 AM
dah murah..what do u expect?

300K above tak murah. Monthly 1K+ jugak. Belum masuk interest lagi.
Quote Artemesiaa 7-1-2020 12:57 PM
Sayangnya rumah belum diduduki dah retak macam tu
Quote Boomibulat 7-1-2020 01:17 PM
Sebut sahaja rumah Pr1ma, ramai sudah maklum ia dikhususkan kepada golongan berpendapatan sederhana antara RM2,500 hingga RM15,000 sebulan.

pendapatan 15k kira pendapatan sederhana jugak ke?
Quote Nt-ViruS 7-1-2020 01:24 PM
kesian. kot ye pun buat biarlah semenggah.
Quote supernaturalee 7-1-2020 02:24 PM
yg post gmbr di ruang tamu tu nmpk nice susun atur
nmpk mewah jgk walaupun dikatakan kos rendah


Quote Orix 7-1-2020 02:24 PM
dan juga rumah under pkns, sgat hauk yach.... elakkan la beli rumah under pkns
Quote Supersirap 7-1-2020 03:32 PM
Macam-macam hal
Quote airmineral 7-1-2020 03:44 PM
kesiannye la
da la beli umah ni komitmen jangka masa panjang
aniaya orang je kalau bagi umah yang xelok kepada pembeli
Quote meow_tompok 7-1-2020 06:25 PM
bayar 2k tiap2 bulan, setakat dpt duduk rumah pigeon hole saje... mahal amat rumah zaman sekarang

Quote syamzana 8-1-2020 09:24 AM
kat tmpt  sy ada tgh buat rumah prima ni...900sqft rm250k. bilik agak besar tapi ruang dapur+makan+tamu sempit. open area dari dapur straight ke ruang tamu.

utk kwsn kampung hrga dgn keluasan agak mahal la...berlambak2 lagi tak terjual
Quote Cassieopeia 8-1-2020 09:51 AM
rumah pp1m kat putrajya pun samela banyak isu. tgk rumah kawan aku macam2 hal la. tapi tengok pada pemaju jgk. ada je yang ok skit. xdela perfect tp bolehla utk kos sederhana kan
Quote anony-mous 8-1-2020 11:46 AM
Jujur i ckp, mmg xberani beli rumah prima ni. Sb ada org dlm bgtau bahan2 yg digunakan semua murah2. Bkn psal subsidi ke apa tp mmg guna bahan xde kualiti. Imagine 20-30 tgkat. Seram
Quote anony-mous 8-1-2020 11:47 AM
kucingitam replied at 7-1-2020 11:00 AM
dah murah..what do u expect?

Xde la betul2 murah pon. And ingatkan murah skit sb kerajaan subsidi. Rupanya mmg guna bahan xbgus (ni info i dpt dri org dlm yg terlibat)

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top