Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Buat Yang Terbaik Pun Orang Kecam ," - Jadi Hos 'Dansa Dan Sing', Hady Mirza Tak Kisah Dikritik

7-1-2020 10:27 AM| Komen: 29

Kredit foto: Instagram Official Hlive, Instagram Astro Gempak & Myartis

'Dansa Dan Sing' rancangan realiti terbaharu anjuran Astro yang menampilkan elemen seni tari dan nyanyian dalam sebuah program yang berkongsepkan pertandingan.

Untuk info, 10 artis dan kumpulan yang menyertai rancangan ini ialah Arja, Atilia Haron dan Yasmin Hani, Chubb-E, Nik Qistina, Raja Syahiran, Shiha Zikir, Sophia Liana, Wani Kayrie, W.A.R.I.S, dan Harris Baba.

Juri tetap 'Dansa Dan Sing' pula terdiri daripada guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim, sementara Han Byul diundang sebgai juri jemputan bagi saingan minggu pertama.



Rakan hos Sherry Al Hadad  'Dansa Dan Sing' akhirnya terjawab apabila penyanyi Singapura, Hady Mirza muncul di Auditorium MBSA, Shah Alam lalu mengendalikan ia secara bersama hingga akhir rancangan.


Bagaimanapun, kredibiliti Hady dalam mengacarakan program berkenaan yang bersiaran secara langsung mendapat reaksi pelbagai peminat. 

Tidak mahu menafikan perkara berkenaan, Hady akui gementar kerana ia merupakan pengalaman pertama seumpamanya.

"Bila secara langsung tu, rasa gementar itu tidak dapat elak. Saya tidak tahu apa jangkaan dan bila diminta untuk panjangkan lagi percakapan saya tidak bisa. Berbeza dengan Sherry dan sudak tentulah saya banyak bergantung kepadanya.

"Saya yakin boleh buat yang lebih baik. Pertama kali kendali rancangan secara langsung sebesar ini dan sudah tentu tidak boleh jangka ia sudah yang terbaik," ujarnya yang dipetik dari Media Hiburan.


Hady juga tidak gusar dikecam kerana menganggap tawaran ini sebagai rezeki padanya selepas menyertai Gegar Vaganza.

"Kalau buat yang terbaik pun orang kecam. Jadi saya tidaklah kisah. Ini periuk nasi. Alhamdulillah selepas Gegar Vaganza dapat rezeki lagi. 

"Apa pun, saya lebih kepada menyanyi, mahu fokus untuk keluarkan lagu baru dan seterusnyalah.

"Bagi saya selagi ada permintaan, kita mesti cuba. Kalau tidak boleh maknanya tak ada rezeki di situ. Saya macam tu. Atas apa yang saya lakukan, saya cuba dan buat yang terbaik," jelasnya lagi.

Baru minggu pertama. Ada lagi 7 minggu untuk Hady memantapkan skill pengacaraan. Kalau tak ok juga, fokus nyanyi je lah Hardy. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Previous : "Lepas Bercerai, Esok Terus Masuk Kerja" - DJ Lin Lebih Selesa Hidup Tanpa Suami

Next       : "Wahai Menteri Maha Tongong, Tak Malu Ke Dengan Dr Maszlee?" - Norish Karman

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 8-1-2020 09:25 AM
Sherry mmg over kl jadi hos lately. Dolu2 sherry ok je. Xde overdo sgt. Sejak byk job  ni makin hover smp semua dia nk take over. Tgok konsert throwback, smp nabil tegur, korang ni sembang ber2 je ke??

Lain-lain Komen

Quote chicozinn 7-1-2020 11:15 AM
alah kasi can la, even nana sendayan masa 1st time jadi pengacara GGV pun skala nguapan level infiniti yachhh..
Quote AshkieLa 7-1-2020 11:20 AM
ok je dia mengacara... suka bila dia nyanyi lagu sumpah.. sedap nauu...
nanti buat lagu baru mcm gitu yer....
Quote asmara_me 7-1-2020 11:22 AM
tapi aku terima je dia jadi host, suara dia sdap betul even bercakap pun haha, ada yang dia xtau nak ckp ape aritu, dia panggil sherry cover hahhahaa
Quote mamaneesa 7-1-2020 11:24 AM
so betul la yg wartawan rudy tu ckp masa pc lepas final gv ari tu...

tahniah la hady
Quote katakau 7-1-2020 11:34 AM
mamaneesa replied at 7-1-2020 11:24 AM
so betul la yg wartawan rudy tu ckp masa pc lepas final gv ari tu...

tahniah la hady

wartawan tu cakap apa uols?mind to share?

netizen ni pun nak yang perfect sajork.kasi chance lar orang nak melebarkan sayap.


Quote mamaneesa 7-1-2020 11:39 AM
katakau replied at 7-1-2020 11:34 AM
wartawan tu cakap apa uols?mind to share?

netizen ni pun nak yang perfect sajork.kasi cha ...

masa pc tu, dia tnya hady, dah ready ke nak jadi pengacara dansa dan sing ni.

hady time tu buat2 terkejut la dgn soalan tu, semua org pun mcm terpinga2....hehehe


Quote meteorspeed 7-1-2020 11:46 AM
bagi masa la kat dia..sherry pun dulu hauk to the max jugak mengacara masa memula dulu..skrg baru ok..
Quote katakau 7-1-2020 11:54 AM
mamaneesa replied at 7-1-2020 11:39 AM
masa pc tu, dia tnya hady, dah ready ke nak jadi pengacara dansa dan sing ni.

hady time tu buat ...

oh patut iols tak tahu coz tak tengok pc
ok lar ada jugak dia job lepas ggv ni



Quote MadameOnion 7-1-2020 12:09 PM
aku rasa ok je hady mengacara..yelah cuma dia tak biasa je lagi...masuk pertandingan nyanyian seminggu lepas tu kena buat hosting pulak..
Quote Yamei 7-1-2020 12:24 PM
iols ok jek rs hady mengacara..kasik can la...lama2 improve...bosanlah asek2 sherry and alep satar je salu kan...
Quote Madel 7-1-2020 12:32 PM
Practice makes perfect kan abah
Yg penting, tiap minggu leh nampak muka abah Hady kat tv
Quote Madel 7-1-2020 12:34 PM

Ckp la apa org nak cakap, janji jobs masyuk
Rezeki halal.
Quote Noraniza_Iblis 7-1-2020 01:14 PM
jap iols just nk confirmkan je..
sherry ni dlu.. yg berlakon cite Sutun,
jd awek abg angkat si Sutun tu kan.....
ke orang lainnn
Quote rotijohanz 7-1-2020 01:47 PM
fanatik si hady dgn si naqiu dh sebijik sejibon dgn fans pajurah lopah norah pasha......
koser.....
msing msing dk up retis msing msing....
pstu dk sindir side tu side ni........
mcm kan hbt sgt si hady si naqiu
tp yg bitter teruks fans hady lah.......
Quote salmon-suki 7-1-2020 01:48 PM
Ok je hady ni mngacara,nak kipidap ngn sherry mmg laa take time tp at least dia punya effort..ada laa jgk dia bt lawak sket2..korg igt senang nak jd host show?

Y kritik2 ni emangnya pernah hosting show live/any show laa?{:nose
Quote salmon-suki 7-1-2020 01:50 PM
AshkieLa: ok je dia mengacara... suka bila dia nyanyi lagu sumpah.. sedap nauu...nanti buat lagu baru mcm gitu yer....

y tu betullllll...silap besar laa harris baba nyanyi cm hampeh lps hady nyanyi dgn penuh feeling tuh..{:run
Quote Perawankota 7-1-2020 02:21 PM
Pada aku, utk kali pertama kali dia host, kira dh OK lah tu.. Dia tgh nak blend dgn partner dia.. Tp klu smpi hujung rancangan x der perubahan, tu barulah boleh nk condemn.. Kasik org peluang.. Bkn 1episod terus nk kecam..
Quote Orix 7-1-2020 02:27 PM
kasi la can bru nk cuba2 jd host. si lopak 8 tahun mengacara hauk sbg host
Quote beatgirlX 7-1-2020 02:35 PM
Tertengok gak..so far mmg bangak kena blajar si Hady ni...nak tergelak gak bila terlalu depends on Shery..
Tapi lama2 dia akan ok..just keep it up

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.155802s Gzip On
To Top