Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Saya Tak Nak Buka Aib Dia Atau Malukan Sesiapa" - Zain Saidin

6-1-2020 10:04 AM|Oleh: rikuren | Komen: 48

Baru-baru ini, bekas rakan kongsi Zain Saidin, Adam Warren Fernandez Abdullah menerusi status di Facebook mendedahkan kerjasama mereka dalam perniagaan yang didakwa lingkup sehingga terpaksa berhutang dengan ah long.

Perniagaan terbabit hanya mampu bertahan selama setahun sebelum operasi ditamatkan pada Jun tahun lalu.


Kredit foto: Berita Harian & Instagram Zain Saidin

Memetik Berita Harian, Zain enggan mengulas lanjut mahupun memanjangkan isu tersebut.

"Saya tidak mahu membuka aib dia. Perkara ini adalah cerita peribadi yang tidak patut pun didedahkan di laman sosial mahupun media.

"Saya malas nak panjangkan isu ini kerana ia akan membuka aib pihak sebelah sana. Saya tak nak malukan sesiapa. 

"Berdasarkan cerita yang dibaca, seperti ada 'penambahan garam' dalam artikel disiarkan sebuah portal apabila isu tersebar bukan 100 peratus benar.

"Banyak lagi perkara lain yang berbangkit, tetapi ia adalah cerita peribadi antara kami. Ia tidak patut didedahkan kepada umum," katanya.



Zain turut menyifatkan perniagaan yang tidak menjadi terbabit berpunca daripada kekurangan promosi dan kurang ilmu perniagaan.

Sebagai usahawan baharu, mereka patut mendengar nasihat daripada mereka yang lebih berpengalaman agar perniagaan diusahakan tidak tersasar.

"Sebagai rakan kongsi, apabila nasihat diberi bagi memajukan perniagaan diambil enteng, saya boleh rasa apa yang bakal terjadi dengan perniagaan itu pada masa akan datang dan semestinya saya akan menarik diri.

"Saya faham, orang yang berniaga buat kali pertama tidak mudah menerima nasihat kerana saya juga pernah melalui situasi sebegitu.

"Tetapi percayalah, tanpa ilmu pengetahuan sebenar, sukar untuk kita berniaga. 

"Apa yang saya lihat, usahawan sekarang cukup takut melaburkan wang untuk pemasaran. Mereka menganggap ia sebagai 'pemasaran hangus'," tegasnya.

Tentu saja risiko terbesar dari berniaga adalah kerugian berupa wang. Begitulah adat dalam berniaga.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 48
Komen

Previous : "Alhamdulillah"- Lisa Surihani Bersyukur Allah Pinjamkan Nikmat Penglihatan Buat Kali Kedua

Next       : Jekfer Kampung People Jadi Kegilaan, Ini Fakta Menarik Tentang Hun Haqeem

Komen Terbaru

Quote cmf_blingblings 9-1-2020 04:48 PM
Kata-kata yg lebih berwibawa berbanding tulisan bini yg berupa makcik petai sangat

Lain-lain Komen

Quote Themilo 6-1-2020 10:20 AM
gitu. walaupun kau juga bukannya pandai berbisnes
Quote Acikgomen 6-1-2020 10:24 AM
Astaga yg pakai baju merah bedak sekati dlm ig jenseden tuh ke PU tuh
Quote uori 6-1-2020 10:35 AM
apa kaitan dengan aib?
masalahnya sekarang, ko bagi modal dan membantu ke idak?

Quote matbad 6-1-2020 10:36 AM
Acikgomen: Astaga yg pakai baju merah bedak sekati dlm ig jenseden tuh ke PU tuh

Dia undangan ja dalam program PU..
Mualaf derrr..
Masa program PU dia tak missed pegi tgk..so asteruk jemput la dia kongsi pengalaman dalam program tu
Quote Madel 6-1-2020 10:37 AM
Apapasal tak mau cerita
Kalau dipihak yg benar, cite je
Nko kan ada bini kak long kawasan.
Nak takut apa
Quote Mfzg89 6-1-2020 10:41 AM
PU Fundan + retis scammer..elok sgt ler tu..
Quote MadameOnion 6-1-2020 11:29 AM
Edited by MadameOnion at 6-1-2020 11:40 AM

tetiba taknak bukak aib dah kenapa?dasar bewak kokosen
Quote sapeka 6-1-2020 11:59 AM
semasa menjual kasut kah peristiwa ini?
Quote chicozinn 6-1-2020 12:01 PM
PU apsal bedak fondan sekilo boh kat muka sampai nampak keruh warna muka??please la stop program PUndan/PUnkoq ni sume nampak nau sisi buruk dari sisi baik..
Quote Kurex 6-1-2020 12:40 PM
ye.. kurex di pihak abg jen jedin
Quote boojaat 6-1-2020 12:41 PM
Laki bini ni x boleh diam jer ka? Org tu xda salah kan ko pun.. nak sentap sgt nape? Dr sejarah korangberdua ni, i lebih percaya cerita si adam tu... Teringat pulak kes driver haritu
Quote boojaat 6-1-2020 12:44 PM
uori replied at 6-1-2020 10:35 AM
apa kaitan dengan aib?
masalahnya sekarang, ko bagi modal dan membantu ke idak?

Mengikut cerita si adam, zain xkuar modal langsung pun... Mayb zain mintak duit utk marketing tp adam tu xbg kot sebab dh byk pinjam ahlong kan...
Quote KakakGoyang1 6-1-2020 12:44 PM
Ah....aib apa zain..kabo lee
Quote akies 6-1-2020 01:24 PM
kita tunggu che ta ‘bongkarkan’ semua ni..
Wartawan sila la korek cerita dari bini dia
Quote dekmieDandy 6-1-2020 02:34 PM
tapi dai tu pondan yerk

tengok gambar kat google siap berkopek lagi
Quote Ladybird910 6-1-2020 04:03 PM
chicozinn: PU apsal bedak fondan sekilo boh kat muka sampai nampak keruh warna muka??please la stop program PUndan/PUnkoq ni sume nampak nau sisi buruk dari sisi ..

Tertengok PU azman menghalalkan vape atas maslahah konon jihad utk bhenti rokok..

Sejak bila blh lagu gitu? Siyes semua PU ni xblh pakai! Eh ter OT plakk..hoho
Quote L211 6-1-2020 04:27 PM
hahaahaha bini kemain pakai branded thingy.. takkan xbelajar bisnes dgn bini lgsg.. jemmmm
Quote buapakperut 6-1-2020 07:33 PM
astaga sebelum pakai pondesen tebal silakan sental dulu whitehead tu yach
Quote incess.my 6-1-2020 08:16 PM
Tunggu makcik kawasan up status... mesti dia boleh pump modal kat hasben anak iks dia.. ke modal bisnes dah buat tempah baju kat designer

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084648s Gzip On
To Top