Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Selama Ini Uptown Danau Kota Dijaga Oleh Samseng, YB Yang Tolong Kami" - Penduduk Wangsa Maju

6-1-2020 10:47 AM Komen: 4
Buat mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, pasti anda pernah singgah di Uptown Danau Kota. Uptown Danau Kota adalah sebuah night market yang sentiasa menjadi pilihan warga kota dengan variasi makanan yang menarik dan barangan yang pelbagai, itu belum dicampur dengan gadget elektronik yang murah dan menarik.

Sumber Gambar: The Vocket
Baru-baru ini, timbul isu apabila peniaga-peniaga di Uptown Danau Kota diminta untuk berpindah ke lokasi lain yang terletak berdekatan daripada lokasi asal. Idea ini mendapat tentangan keras daripada beberapa pihak, malah isu perkauman juga dimainkan apabila mereka menganggap ini adalah helah untuk menjatuhkan ekonomi orang Melayu. 

Perhimpunan secara aman juga dilakukan oleh beberapa pihak untuk membantah keputusan pemindahan tapak ini.

Sumber Gambar: Facebook Rizal Hakimm
Rentetan isu ini,  Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, Tan Yee Kew singgah ke lokasi untuk melawat kawasan dan menyelesaikan isu tersebut namun lain pula yang terjadi apabila beliau dicerca dan dihalau supaya pulang. Keadaan menjadi lebih teruk apabila YB Tan Yee Kew menjelir lidah kepada pihak yang memprotes sebelum meninggalkan lokasi dengan keretanya. 

Kejadian ini mendapat perhatian beberapa rakyat Malaysia yang beranggapan YB Tan Yee Kew telah bersikap melampaui batas dan tidak menghormati para peniaga. Malah, beberapa akaun anonymous ada memuat naik video YB Tan Yee Kew dan mempersoalkan kredebiliti beliau sebagai seorang Menteri.


Namun, tidak semua yang berada di internet adalah betul bukan?

Hasil daripada video yang dimuat naik untuk menjatuhkan YB Tan Yee Kew, ramai warganet yang muncul dan menjelaskan isu sebenar berkenaan Uptown Danau Kota. Menurut penduduk Wangsa Maju, selama ni mereka banyak kali membuat aduan berkenaan Uptown Danau Kota yang menyempitkan jalan apabila ada pengunjung yang parkir di hadapan rumah penduduk, malah jalan juga menjadi terlalu sesak apabila lokasi Uptown terletak bersebelahan dengan kawasan perumahan.


Lebih mengejutkan, beberapa pihak juga membuat pendedahan tentang puak gangster yang menjaga Uptown Danau Kota dan mengenakan bayaran sewa tidak masuk akal sebanyak RM1500, malah harga sewaan tapak akan meningkat apabila tiba waktu perayaan. 

Puak gangster ini juga mengutip bayaran parkir meskipun kawasan tersebut adalah kawasan awam dan kawasan perumahan yang sepatutnya bolh digunakan oleh pengunjung secara percuma. 




Pemindahan lokasi Uptown Danau Kota ini sebenarnya dipersetujui oleh para peniaga dan disambut baik oleh penduduk sekitar. Dengan harga sewa tapak yang lebih murah iaitu  sebanyak RM212, tapak baru juga menyediakan kemuadahan tandas awam, parkir percuma dan kawasan yang lebih bersih daripada tapak lama.


Ayuh singgah ke Uptown Danau Kota di lokasi baru bersama keluarga dan rakan-rakan. Jersi di situ pun murah belaka! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sham143 6-1-2020 09:40 PM
Edited by Sham143 at 6-1-2020 09:57 PM

Aku bukan la nk sokong yb cina tu tapi kalau aku jadi dia dtg dgn niat baik utk settlekan masaalah pemindahan tu, tapi tiba2 kena halau angin la aku.. Apa guna jadi yb kalau dia tk boleh nk settlekan masaalah dikws dia..Aku tengok tk la teruk apa pun dia jelir lidah tu..Saja nk jadikan isu politik..Yg aku tengok peniaga2 tu yg over lebih..Cakap pun tengking2..

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 6-1-2020 11:44 AM
Setuju diorang pindah..Kotor dh tempat tu.penuh dgn van/lori buruk diorang tinggal kat situ utk simpan kerusi meja bniaga..
Quote Artemesiaa 6-1-2020 12:23 PM
Mana2 tempat pun pasti timbul masaalah tak puas hati macam ni bila mereka dipaksa berpindah ketempat baru.  Pasti ada yang setuju dan ada yang tidak bersetuju.  Bukan mudah nak ubah kebiasaan seseorang tu.
Quote amukgemuk 6-1-2020 01:41 PM
Silap beliau ialah beliau jelir lidah.
Walaupun dia betul, tapi benda ni lah jadi modal.
Kalau dia rilek aje, ok dah... berita ni pun berlalu
Quote Sham143 6-1-2020 09:40 PM
Edited by Sham143 at 6-1-2020 09:57 PM

Aku bukan la nk sokong yb cina tu tapi kalau aku jadi dia dtg dgn niat baik utk settlekan masaalah pemindahan tu, tapi tiba2 kena halau angin la aku.. Apa guna jadi yb kalau dia tk boleh nk settlekan masaalah dikws dia..Aku tengok tk la teruk apa pun dia jelir lidah tu..Saja nk jadikan isu politik..Yg aku tengok peniaga2 tu yg over lebih..Cakap pun tengking2..

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.193072s Gzip On
To Top