Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kekalkan Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan, Penyokong Tegar Lancar Petisyen

Oleh: Tukang Tulis|3-1-2020 10:20 AM Komen: 13
Kredit foto: change.org

Seorang individu yang dipercayai penyokong Dr Maszlee Malik telah melancarkan petisyen melalui change.org untuk meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengembalikan pemimpin kesayangan mereka itu sebagai Menteri Pendidikan.

Petisyen bertajuk 'Kekalkan YB Maszlee Sebagai Menteri Pendidikan Malaysia' itu dilancarkan selepas Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya pada 2 Januari.

Dalam masa sehari sahaja, petisyen yang dimulakan seorang individu dengan nama samaran 'Tuah Kencana' itu telah meraih lebih 200,000 tandatangan.

Dalam petisyen itu, Tuah menyatakan keputusan Maszlee meletakkan jawatan adalah satu kehilangan besar buat negara.

"YB Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang telah terbukti memberi manfaat kepada pelajar, guru-guru dan masyarakat. 

"Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah YB telah bersikap telus dengan segala inisiatif dan progres usaha-usaha reformasi pendidikan," jelasnya.


Kredit foto: Facebook

Dia menambah, antara sumbangan Ahli Parlimen Simpang Ringgam itu dalam tempoh perkhidmatannya yang singkat adalah sifar sekolah daif, program sarapan pagi percuma, program pertukaran guru suka sama suka, penambahbaikan pendidikan untuk pelajar OKU, perkhidmatan internet kelajuan tinggi, peningkatan program TVET dan menjaga kebajikan guru-guru.

"Malangnya, segala inisiatif beliau telah dibayangi dengan laporan-laporan negatif yang telah disensasikan pihak yang berkepentingan," katanya.

Mereka yang menandatangani petisyen tersebut turut menyatakan alasan mereka berbuat demikian.


Kredit foto: change.org

Rakyat berhak memberi pandangan, namun kata putus tetap di tangan Perdana Menteri yang mengetuai jentera pentadbiran negara. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
4
Komen: 13
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote harmerz01 5-1-2020 08:29 AM
Seorang yang rajin kerja Dan bersungguh sungguh.
Kesilapannya boleh diperbetulkan.
Susah nak cari menteri yg sebegini.

Lain-lain Komen

Quote Zack8hunter 3-1-2020 10:28 AM
He is a good guy, but sorry, dia terlalu baik dan naif utk pegang jawatn tu.. kene orang yg lebih tegas, cekal dan aware dgn sepak terajang politik utk pegang post mcm tu.. kecuali kalo tetiber Teo Nie Ching yg naik, atau bakal pengganti dia yg lain tu hazabedah, aku tak rasa ada necessity utk dia pegang balik post tu.. just my 2cent
Quote syadq 3-1-2020 10:33 AM
Pm je lah ambik post tu.
Quote Ina8895 3-1-2020 10:56 AM
Bagi kat syed saddiq la
Quote umbut 3-1-2020 11:00 AM
Dia ni lembut sangatlah.. kena cari org yg tegas
Quote mizruncing 3-1-2020 12:18 PM
Zack8hunter replied at 3-1-2020 10:28 AM
He is a good guy, but sorry, dia terlalu baik dan naif utk pegang jawatn tu.. kene orang yg lebih te ...

yess i agree with u. kena ade pengganti yg kebal n lantang berani lawan puak2 tu. dh takde pilihan sgt trpaksa la ambik si maszlee ni balik dari lantik cina sepet tu naik jadi menteri
Quote top5complete 3-1-2020 01:28 PM
bagi kat maslan...
Quote pjade 3-1-2020 01:58 PM

Ini adalah satu idea menarik
Quote qistiena 3-1-2020 02:53 PM
dia ni ok...
cuma org keliling dia terlebih sudu drp kuah bak kata zizi kirana
Quote MadameOnion 3-1-2020 04:20 PM
kesian..semua puppet je takleh bersuara..kalau bersuara dipaksa resign or dipecat..
Quote hyunniesSS501 3-1-2020 04:23 PM
bio la dia nak letak jawatan
Quote BoongaKertas 3-1-2020 04:45 PM

kang habis silibus dia buat ajar buat nasi grg dan survival skills
Quote BoongaKertas 3-1-2020 04:45 PM
kontroversi sgt perletakan jawatan tu. kena pressure dari "atas". Allahu, semoga Allah pelihara Malaysia dan Islam di bumi msia ni.
Quote harmerz01 5-1-2020 08:29 AM
Seorang yang rajin kerja Dan bersungguh sungguh.
Kesilapannya boleh diperbetulkan.
Susah nak cari menteri yg sebegini.

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.098078s Gzip On
To Top