Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Wajah Persis Pelakon Thai" - Lakonan Hun Haqeem Dalam Kampung People Pikat Penonton

31-12-2019 10:50 AM|Vanilla Thunder| Komen: 154




Drama komedi Kampung People  yang kini sedang trending terasa  dekat dengan hati penonton lantaran jalan cerita yang ditonjolkan begitu segar  dan setiap pelakon  berjaya memainkan peranan masing-masing dengan cukup berkesan dengan gaya yang tersendiri dan tidak tipikal seperti kebanyakan drama Melayu sebelum ini.

Drama bersi Kampung People karya Wan Hasliza binti Wan Zainuddin ini bukan sahaja dibarisi pelakon lama seperti Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Haeriyanto Hassan, Fizz Fairuz dan  Namron malah turut menampilkan beberapa pelakon baru seperti Riena Diana, Kamarul Eqifshah dan Hun Haqeem .


Antara watak dalam Kampung People Foto- Myinfotaip.com


Pujian juga harus diberikan  kepada para pelakon baru yang membintangi drama ini kerana berjaya menonjolkan watak masing-masing dengan karekter tersendiri sehingga menjadi buah mulut netizen. Contohnya, watak Laila yang dibawakan oleh Riena Diana yang terkenal dengan sifat gedik manjanya.

Turut mencuri perhatian adalah watak Jaafar atau 'Jakfer' yang dilakonkan oleh aktor baru berusia 21 tahun bernama Hun Haqeem. 

Hun Haqeem Sebagai Jaafar dalam Kampung People Foto -Google

 Jaafar dan Laila  dalam Kampung People  Foto- Google


Watak Jaafar yang sentiasa cool dan sering disifatkan oleh penonton sebagai satu-satunya insan yang bersikap normal dalam kampung tersebut berbanding penduduk kampung seperti Norbik, Tok Penghulu dan lain-lain yang mempunyai gelagat yang aneh sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi melihatnya.




Namun siapa sangka rupa-rupanya watak Jaafar turut menjadi penyebab dan menarik perhatian sesetengah golongan khususnya wanita untuk menton drama ini. Malah ada netizen yang menyifatkan Hun Haqeem mempunyai rupa persis aktor berketurunan Thailand seperti yang dikongsikan netizen ini di Twitter.



Komen netizen di Twitter Foto- Twitter.com


Mungkin senyuman jejaka berlesung pipit ini ditambah pula dengan kulitnya yang cerah membuatkan sesetengah netizen berpendapat sedemikian. Tidak kurang ada juga netizen di ruangan komen Youtube TV3 turut  menyifatkan anpelakon ini kelihatan seperti Aqasha apabila dipandang melalui sudut tertentu.


Menerusi paparan BH Online, Hun Haqeem menyatakan perjalanan kariernya sebagai pelakon telah genap mencapai usia setahun November lalu.

Sejak berkecimpung dalam dunia lakonan  ketika menjalani latihan ilmiah di Jabatan Komunikasi Korporat, Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Hun Haqeem telah membintangi tiga buah drama termasuklah drama bersiri Cari Aku di Syurga dan  telefilem  Tasbih Usang yng disiarkan di Hypptv.

Foto-Instagram @hunhaqeem

Foto- Instagram@hunhaqeem


Foto-Instagram@gunhaqeem


Setelah mencapai populariti melalui lakonannya yang berkesan dalam  drama Kampung People tentu  pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak ini bakal membintangi lebih banyak drama Melayu  di masa hadapan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
5
0
0
Komen: 154
Komen

Previous : "Nak Saman, Takut Dia Bunuh Diri Pula" - Hidung Dihina, Siti Sarah Patut Saman Atau Tak?

Next       : "Cari Dalang Sampai Lubang Cacing" - Video Lucah Mirip Aiman Tino Bertebaran Lagi!

Komen Terbaru

Quote mixed 6-1-2020 11:59 AM
dua_chzy replied at 2-1-2020 11:04 PM
Kat Wiki pulok kata Sarawak dan heols kacuk Melayu + Chinkies.

update di mstar heol dr kedah belajar swk


Lain-lain Komen

Quote miss_strangers 31-12-2019 10:59 AM
Check innn...hai hun
Quote miss_strangers 31-12-2019 11:00 AM
Oh... Sarawakian..patutla cam Korean look..iols speku , Hun ni etnik melanau..sbb kaum melanau banyak Korean look..

HAI HUN

MUN KITAK BACA POREM TOK, KMK MOK MADAH KMK SUKA GILAK NANGGA MUKA KTK!! NANG KACAK!!
Quote manehnya 31-12-2019 11:01 AM
Baru 21 body mantops keras sgt dik
Quote i_is_kennot 31-12-2019 11:05 AM
miss_strangers: Check innn...hai hun

Hahahaha,  first komen terusss...
Quote Kurex 31-12-2019 11:17 AM
semoga dapat terduduk atas riba hun sambil hun rangkul pinggang kurex & taknak lepaskan..
Quote cicicumel 31-12-2019 11:21 AM
dia kan pernah berlakon dgn pelakon paling over masa kini iaitu Janna Nick kan? drama awal tahun ni kot.
Quote princessmiang 31-12-2019 11:28 AM
Nak bersandar di pusat jekfer....
Quote syadq 31-12-2019 11:32 AM
Kacak dan tak kayu.
Quote RumiMenari 31-12-2019 11:33 AM
miss_strangers replied at 31-12-2019 10:59 AM
Check innn...hai hun

Lindungi your Hun daripada Kurex hahaha
Quote Jamil_Abu 31-12-2019 11:33 AM
mungkin  bdk2 bbnu xkenal. tapi muka Hun ni sebijik mcm Takeshi Sorimachi hero cerita Jepun GTO Great Teacher Onizuka). senyum and serius sebijik sama.

xpercaya google laa.. aku x reti nak tepek gambar dlm ni.
Quote pencintaABC 31-12-2019 11:37 AM
Bila @Kurex nak bersemoga dgn hun haqeem?
Quote miss_strangers 31-12-2019 11:39 AM
Hahah kurex sibuk kat bod politik nun
Quote i_is_kennot 31-12-2019 11:45 AM
Jamil_Abu replied at 31-12-2019 11:33 AM
mungkin  bdk2 bbnu xkenal. tapi muka Hun ni sebijik mcm Takeshi Sorimachi hero cerita Jepun GTO Grea ...

Tinggi dan tegap hero Jepun tu..
Ygg pelakon thai yg deols ckp kt twitter tu sape pulak ya..
Quote Kurex 31-12-2019 11:46 AM
pencintaABC replied at 31-12-2019 11:37 AM
Bila @Kurex nak bersemoga dgn hun haqeem?

dah ada dekat atas nun..
Quote shernazz 31-12-2019 11:48 AM
Jamil_Abu replied at 31-12-2019 11:33 AM
mungkin  bdk2 bbnu xkenal. tapi muka Hun ni sebijik mcm Takeshi Sorimachi hero cerita Jepun GTO Grea ...

Takashi Sorimachi oh my heroooo
I loike dia...
Quote miss_strangers 31-12-2019 11:49 AM
i_is_kennot replied at 31-12-2019 11:05 AM
Hahahaha,  first komen terusss...

Hihi.. tertunggu2 iols benang khas HUN..xdela asik spam benang retis lain sebut Nama HUN jah
Quote miss_strangers 31-12-2019 11:49 AM
Jamil_Abu replied at 31-12-2019 11:33 AM
mungkin  bdk2 bbnu xkenal. tapi muka Hun ni sebijik mcm Takeshi Sorimachi hero cerita Jepun GTO Grea ...

Takeshi kurosss..HUn sadoo
Quote shernazz 31-12-2019 11:50 AM
Iols syak depa.nak pelakon thai yang melakonkan watak Pattaya/Pattana dalam drama lemon ice tea ke apa.tah tu...
Cite tu masa iols sekolah lagi..nnt iols carik.pic mamat tu
Quote miss_strangers 31-12-2019 11:50 AM
cicicumel replied at 31-12-2019 11:21 AM
dia kan pernah berlakon dgn pelakon paling over masa kini iaitu Janna Nick kan? drama awal tahun ni  ...

Tapiiii...HUN kayu dalam citer ni...dalam citer kampung hokay sket dia berlakon

Lihat semua komen(154)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.168660s Gzip On
To Top