Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Jangan Lupa Tengok Cincin Berapi Di Langit Malaysia 26 Disember Ini

24-12-2019 10:45 AM|kalel| Komen: 5

Selepas berlaku kali terakhir 21 tahun lalu, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam yang dikenali sebagai gerhana matahari cincin.

SUMBER - INDONESIAINSIDE
Pembentukan gerhana matahari yang dikenali sebagai cincin berapi atau gerhana matahari anulus, yang sebelum ini berlaku di Malaysia pada 22 Ogos 1998 tercetus apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris.


Menurut portal Planetarium Negara, penduduk di negara ini berpeluang untuk menyaksikan sendiri fenomena gerhana matahari khasnya buat penduduk di Kukup, Tanjung Piai, Tanjung Pelepas, Selatan Nusajaya dan Pengerang di selatan Johor dan di Bau, Kota Samarahan, Serian dan Sri Aman di Sarawak. Kawasan-kawasan lain di Malaysia hanya dapat menyaksikan Fasa Gerhana Matahari Separa sahaja.

Fenomena ini dijangka berlaku bermula jam 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai, manakala di Serian pula akan berlaku pada jam 1.46 petang hingga 1.50 petang.



Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.- CARI 

Sumber:  BERNAMA


Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
3
Lawak
4
Bosan
3
0
0
Komen: 5
Komen

Previous : Red Velvet Oreo Cheesecake Tanpa Bakar, Mudah Saja Nak Buat!

Next       : Penghantar Barang Teruja Dapat Snek Percuma Depan Pintu, Kita Pun Rasa Nak Gelek Sama!

Komen Terbaru

Quote hasniey 27-12-2019 02:48 PM
Dpt tgok dr rumah.tiba2 mendung,igt nk ujan.lupa pulak gerhana.tp awan mendung tutup2 gerhana pulak

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 24-12-2019 04:14 PM
Yang duduk di selatan semenanjung pasti lebih bertuah dapat lihat dengan jelas
Quote mimienaa 24-12-2019 05:12 PM
www.thecuci.com  Wahh ! Tak sabar nya
Quote i_is_kennot 25-12-2019 02:41 AM
Untung lah yg kt Selatan dan Sarawak pun, wahhh!!
Quote rukia2 25-12-2019 09:03 AM
Kena cuti lh camni
Quote hasniey 27-12-2019 02:48 PM
Dpt tgok dr rumah.tiba2 mendung,igt nk ujan.lupa pulak gerhana.tp awan mendung tutup2 gerhana pulak

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top