Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Kelakar Sangat! Penonton Puji Cerita 'Kampung People' Lakonan Rashidi Ishak, Elly Mazlein

18-12-2019 10:46 AM|Oleh: Myeonir| Komen: 17

Drama Melayu memang sinonim dengan kisah cinta, kahwin paksa, ibu mertua puaka dan banyak lagi. Setiap kali keluar drama baru, mesti plot cerita yang berulang-ulang sampaikan baru tengok episod pertama sahaja pun, sudah boleh agak kesudahannya jadi apa.

Tapi, tidak bagi drama terbaru dalam slot Lestary di TV3 iaitu 'Kampung People'. Sebelum ditayangkan lagipun, sudah menjadi sebutan ramai dek kerana barisan pelakonnnya yang hebat iaitu Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Fizz Fairuz, Namron dan banyak lagi.


Kredit foto: Blog

Sinopsis

'Kampung People' ini mengisahkan tentang keluarga Razif bersama anak dan isterinya yang terpaksa menyamar sebagai orang kampung, kerana terpaksa menjadi saksi kes jenayah majikan Razif, Tuan Suhaimi yang dilakon Namron. 

Daripada keluarga tipikal bandar yang kaya, mereka terpaksa belajar menjadi orang susah dan hidup di kampung. Memang lucu melihat gelagat mereka menyesuaikan diri sebagai orang kampung.


Kredit foto: Blog

Walaupun baru ditayangkan, kesemua penonton ternyata berpuas hati dengan jalan cerita drama ini yang tak klise langsung. Tambahan pula, gelagat komedi yang memenuhi saban episod membuatkan penonton tak kering gusi.

Bahkan, ramai yang memuji lakonan Elly Mazlein kerana wataknya itu menghidupkan lagi suasana ceria dalam 'Kampung People' itu.


Kredit foto: Youtube

Amacam? Ada yang tengok tak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
5
Terkejut
4
Sedih
3
Lawak
3
Bosan
3
0
0
Komen: 17
Komen

Previous : Power Rangers Kini Kembali Lagi, Tapi Boleh Berjaya Ke?

Next       : Tular Lagu Pak Kodi Sitkom JKK, Pak Kodi Memang 'Masuk Air'

Komen Terbaru

Quote eddlisa_uyuk 20-12-2019 08:56 PM
CLOSE

THREAD DAH ADA

MASUK SINI https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

Lain-lain Komen

Quote natrahn 18-12-2019 11:13 AM
Memang kelakarr.. dah elly n anak perempuan dia dlm drama ni speaking london je...bila dok kg cakap melayu ada slang british...poyo sangat hahaha
Quote Cassieopeia 18-12-2019 11:37 AM
best ye..tgk iklan mcm sengal gak cite ni..nanti aku layan
Quote sonatalady 18-12-2019 11:48 AM
Memang best.kelakar.lain dr yg lain jaln cerita dia.
Walalaupn anak pompuan mcm over...tp tetap best.
Quote girlfridayz 18-12-2019 12:42 PM
slot lestary ni hari apa dan pukul berapa weh? aritu tertengok tapi terus tukar nmpk cam tak menarik. pasni nak tengok.
Quote bemyself 18-12-2019 01:08 PM
girlfridayz replied at 18-12-2019 12:42 PM
slot lestary ni hari apa dan pukul berapa weh? aritu tertengok tapi terus tukar nmpk cam tak menarik ...

Harini ada jam 9.00pm..
Rabu, kamis Jumaat lah waktu siarannye
Best la weiii..kelakor gilerrr
Mmg superb smua plakon tu..adeiiiii
Quote dua_chzy 18-12-2019 01:48 PM
Boleh akak tak kenal kak Lina takda mekap yach!
Quote JiEunTak 18-12-2019 01:54 PM
kak lina pompom ni berlakon x dek cover ayu! i loike...!!
Quote ais_kosong 18-12-2019 02:39 PM
Kelakar.. kak lina ja mampooo buat sengal gedik mcm tu
Quote buragazz 18-12-2019 04:04 PM
Nak tgk lah malam ni.. kat Tonton ada tak..
Quote girlfridayz 18-12-2019 04:48 PM
bemyself replied at 18-12-2019 01:08 PM
Harini ada jam 9.00pm..
Rabu, kamis Jumaat lah waktu siarannye
Best la weiii..kelakor gilerrr

tengkiu tengkiu.. u're the best!
sedang helok je artikel ni keluar sebelum waktu siaran minggu ni hihiiii..

Quote jihah_kudat 18-12-2019 05:03 PM
aritu tengok  dekat youtube tv3 aku suka betul part org kg  ajak makan tu kelakar gile
yg penting jaafar  tu elok betul walaupun ada iras-iras aqasha
Quote Perawankota 18-12-2019 05:56 PM
Nak tgk lah mlm ni...
Quote june-july 19-12-2019 08:48 AM
ni produksi Geng Surau, Geng mengaji, Keluarga Iskandar... etc
pelakon pun geng antara mereka... memang la kelakar...
Quote mimi77 19-12-2019 11:05 AM
june-july replied at 19-12-2019 08:48 AM
ni produksi Geng Surau, Geng mengaji, Keluarga Iskandar... etc
pelakon pun geng antara mereka... me ...

ouh patut la...layan la citer neh...buat gelak2 lpskan tension keje
Quote BlueRose99 19-12-2019 11:51 AM
So far memang tak pernah missed.

Malam tadi kantoi.. ingatkan dia yang masak.. rupa2nya..
Quote anakmak 19-12-2019 03:39 PM
Aku pun terjebak tgok
Tapi citer ni sengal bodoh ya amat
Tapi hakak tengok jugakkk hahaha
Quote eddlisa_uyuk 20-12-2019 08:56 PM
CLOSE

THREAD DAH ADA

MASUK SINI https://bm.cari.com.my/forum.php ... &extra=page%3D1

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top