Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak 12 Tahun Lari Dari Rumah Naik Tren Untuk Mula Hidup Baru Dengan Kekasih

16-12-2019 12:49 PM Komen: 11
Kanak-kanak berusia 12 tahun lari dari rumah untuk mengikut teman lelaki berusia 15 tahun pada bulan lalu, lapor Shanghaiist.

Lebih mengecewakan, dia kononnya mahu memulakan hidup baru dengan kekasih yang dikenalinya menerusi laman sosial.

Pada 26 November lalu, bapa kanak-kanak itu menghubungi polis stesen kereta api di wilayah Jilin, China selepas menyedari anaknya lari dari rumah dan menaiki kereta api untuk mengikuti teman lelakinya.

Berikutan itu, polis menahan pasangan kekasih terbabit di dalam sebuah kereta api.


Kredit foto: shanghaiist

Namun, remaja lelaki berkenaan bersungguh-sungguh meyakinkan pegawai terbabit untuk melepaskan mereka.

Katanya, dia menjana pendapatan 1,800 yuan (RM1,068) sebulan dan mampu menyara kehidupan mereka.

Malah, dakwanya teman wanitanya itu boleh 'goyang kaki' saja dan bermain permainan di telefon bimbitnya di rumah.

Bagaimanapun, polis tidak mempedulikan pujuk rayunya dan mengiringi mereka menaiki kereta api lain sebelum menghantar kanak-kanak perempuan berkenaan pulang ke rumahnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
4
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 11
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sarah82 16-12-2019 07:46 PM
Kekeke.. Dasyat betul cinta romeo & juliet versi Tongsan ni...

Lain-lain Komen

Quote shernazz 16-12-2019 12:58 PM
Amboi
Laila dan majnun sangatttt
Quote Betara_Indera 16-12-2019 01:04 PM
1068 cukup ke nak sare tu?
Quote belilies 16-12-2019 01:11 PM
Bengap lahai. Esok lusa dah ada anak barulah kau sedar cukup ke tak cukup.
Quote Artemesiaa 16-12-2019 01:12 PM
Nasib cepat jumpa
Quote i_is_kennot 16-12-2019 02:20 PM
Amboi.. Nak bg anak orang makan apa..
Quote BoongaKertas 16-12-2019 02:33 PM
hahaha! awal2, bulan bintang pun bf tu sanggup bg. esok2 dah beranak pinak, kome yg kena tinggal nanti dik oiiii
Quote Supersirap 16-12-2019 04:07 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote ell768 16-12-2019 04:32 PM
amboih kondifen betul lari dgn boipren...sehidup semati kekdahnya..
Quote fushimi 16-12-2019 04:38 PM
kerlas ko dik

ini baru ada onnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Quote poison_paradise 16-12-2019 07:12 PM
Bole bg bini main game henpon..amboi sweetnye abg syg..nt da nikah kau expect bini 12 thn tu masak,basuh baju,kemas rumah segala..choiii
Quote sarah82 16-12-2019 07:46 PM
Kekeke.. Dasyat betul cinta romeo & juliet versi Tongsan ni...

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.273327s Gzip On
To Top