Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pengawai Airport Panggil Ambulans Ambil Keluarga, Rakan Pulang Dari Bercuti Di Luar Negara

13-12-2019 06:11 PM Komen: 25
Tindakan sekumpulan individu menaiki ambulans di luar Terminal 1 Lapangan Terbang Shanghai Pudong mencetuskan kemarahan warganet China.

Shanghaiist melaporkan, video tular itu menunjukkan sebuah ambulans yang memasang lampu kecemasan berhenti di luar lapangan terbang berkenaan untuk mengambil kumpulan terbabit.

Namun, tiada seorang pun 'penumpang' dilihat mengalami sebarang kecederaan. Sebaliknya, kumpulan terbabit dikatakan baru kembali dari membeli-belah di luar negara.


Foto: Shanghaiist

Malah, seorang staf lengkap beruniform dilihat membantu memasukkan barang-barang yang dibawa mereka ke dalam ambulans.

Berikutan penularan video itu, Pusat Kecemasan Perubatan Shanghai menjelaskan bahawa ambulans berkenaan bukan milik mereka.

Tidak lama kemudian, pihak lapangan terbang terbabit membuat kenyataan mengakui bahawa ambulans itu milik mereka dan kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian.

Hasil siasatan diumumkan pada petang Selasa yang menjelaskan, ambulans itu dihubungi seorang pegawai pengurusan lapangan terbang berkenaan dikenali sebagai Yu.

Difahamkan, Yu mengarahkan staf mengambil tiga rakannya yang kembali dari bercuti di luar negara bersama isteri dan anaknya untuk dihantar ke tempat letak kereta di lapangan terbang berkenaan.

Yu kemudian dipecat atas tindakannya menyalahgunakan kuasa dan akan dikenakan tindakan disiplin.

Sementara itu, pemandu ambulans berkenaan turut diberhentikan, manakala seorang lagi rakannya dikenakan mata demerit.

Di laman sosial Weibo, warganet bersorak gembira di atas hukuman yang dikenakan terhadap Yu, namun bersimpati atas nasib pemandu ambulans berkenaan.

Mereka membuat rayuan bagi pihak pemandu ambulans terbabit yang mungkin akan kehilangan kerja sekiranya membantah arahan pihak atasan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 25
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 16-12-2019 01:16 PM
Kat Malaysia pun ramai jenis macam tu harta syarikat guna macam harta sendiri tampa rasa bersalah

Lain-lain Komen

Quote bondeh 13-12-2019 06:22 PM
Cashhhhhh
Quote fealefea 13-12-2019 06:24 PM
tidak cash kat sini. Bersalah pon boleh tangguh masuk jail.
Quote batu kikir 13-12-2019 06:45 PM
Kalau kat Malaysia....... kita akan siasat dan akan dakwa mereka...... sampai ke sudah satu haramjadah hukuman pun tak buat. Itu pun ada hati merengek nak bonus, nak pencen sampai mampus, nak itu nak ini.
Quote asyriqa 13-12-2019 06:52 PM
Pelik2 betul la pangai prc ni
Quote Kurex 13-12-2019 07:17 PM
prc kan.......
Quote harizs 13-12-2019 07:18 PM
Klu di Msia, tiga laporan rasuah oleh pkr ke atas taib mahmud pun digugurkan kerana kroninya tiba2 jadi PM 7
Quote L211 13-12-2019 08:46 PM
padan muka....
Quote KekDurian 13-12-2019 09:09 PM
Jgn yg org kita pun buat camni suda
Quote Catpaw 13-12-2019 09:10 PM
Elok pecat terus, seronik salah guna kuasa mendapatlah
Quote MadameOnion 13-12-2019 09:10 PM
Tak heran Sgt..Kat Malaysia pun sama
Quote nafham 13-12-2019 10:34 PM
Yg mengarah tu selayaknya lah kena pecat. Tp tukang driver tu tak perlu dipecat sbb dia ikut arahan org atasan dia. Dia terhimpit diantara dua. He deserve second chance
Quote Jiddin 13-12-2019 10:57 PM
batu kikir replied at 13-12-2019 06:45 PM
Kalau kat Malaysia....... kita akan siasat dan akan dakwa mereka...... sampai ke sudah satu hara ...

Kad OKU jgn lupa.
Quote jfq 13-12-2019 11:21 PM
At least kat china cepat aje kena pecat
Cuma yg ni x kena tembak mati aje
Kalau kat msia kita akan siasat memanjang. And the staff yg terlibat will merrily continue working there tanpa rasa bersalah
Quote any42 13-12-2019 11:44 PM
bnci btul mnusia jnis slah guna kuasa ni.
dlu my friend prnah citer kt skolah dia msa waktu balik dtg ambulans bunyi neno2 bhnti dpn pgar skolah. semua tkejut ingat ad pljar/gru pngsan ke ape. skli ad bdk msuk rupanya abg dia dtg amik adik skolah. ape ke gila siap bunyi siren.
Quote makneng 14-12-2019 01:07 AM
Hahaha rasain loh
Quote Perawankota 14-12-2019 03:13 AM
Sejenis perangai...
Quote misuke 14-12-2019 10:06 AM
hanatnya perangai.. guna ambulan kot
Quote Carcosa 14-12-2019 10:23 PM
Muka sekor2 pun dah mcm muka berwabak penyakit.
Shesuai semua naik ambulance {:good
Quote jagase 15-12-2019 11:39 AM
Suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab!

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.286334s Gzip On
To Top