Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

"Tiada Godaan 18 Kali"- Walau 'Ting Tong', Datin Shahida Syukur Suaminya Bukan PU Atau Da'i..

12-12-2019 10:40 AM|SakuraJo| Komen: 48

Kontroversi rumah tangga Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dengan isteri baharunya, Noorainul Naqim masih lagi menjadi perbualan hangat orang ramai. Pelbagai parodi dan sindiran berkisar tentang kenyataan Da'i itu berlegar-legar di media sosial. 

Isteri kepada jutawan kosmetik Dato Aliff Syukri iaitu Datin Shahida yang juga merupakan bekas penyanyi kumpulan nasyid, Solehah nampaknya turut terkesan dengan kontroversi hangat itu. 

Menerusi salah satu klip video yang dimuat naik di saluran YouTube TV Terlajak Laris baru-baru ini, Shahida dengan berseloroh berkata yang dia bersyukur kerana suaminya bukan peserta program realiti keagamaan Da'i atau Pencetus Ummah (PU). 

"Saya bersyukur walaupun suami saya seorang yang 'ting tong' tetapi dia bukan seorang PU ataupun Da'i," ujar Shahida sambil mengakui sikap suaminya yang sedikit pelik dan 'gila-gila'.

"Alhamdulillah, kerana tiada godaan 18 kali."

Aliff Syukri kemudiannya bertanya pendapat isterinya sekiranya dia mahu menyertai program realiti seumpama itu yang kemudiannya ditolak oleh Shahida tanpa berfikir panjang. 

Kredit foto : Ig Aliff Syukri

"Tak payah. Jadi Aliff Syukri yang baik dan tak tinggal solat. Tak perlu nak jadi Da'i atau PU pun," ujar Shahida lagi. 

Aliff Syukri juga sempat memohon maaf atas kekurangan dan kejahilannya sebagai seorang suami. Tambahnya lagi, bukan semua peserta PU dan Da'i bermasalah tetapi ianya bergantung kepada individu itu sendiri

"Yang baik kita ikut, yang tak baik kita jadikan pengajaran."


Video tersebut telah ditonton lebih dari 370 ribu kali dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan itu. 

Kredit foto : Youtube

Macam-macam lah dorang ni kan. Apa pun bukanlah semua peserta PU dan Da'i yang bermasalah kerana ramai lagi yang boleh dijadikan contoh dan tauladan seperti PU Azman dan lain-lain. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
0
0
Komen: 48
Komen

Previous : Fitnah Dan Tak Bayar Upah Kerja Ubah Suai 'Hospital', Dr Aerin Sekali Lagi Dilabel Scammer!

Next       : "Zul Ariffin Mahu Berehat Seketika Dari Socmed" - Kelab Peminat Tolong Jawab Sebab Zul Tutup IG

Komen Terbaru

Quote samshik 16-12-2019 05:58 AM
Gerun nak handle laki camtu... Mgkin bini leh saiko laaaa

Lain-lain Komen

Quote Asdan 12-12-2019 10:53 AM

orang alim byk dugaan, sebab itu jangan kawan / kawin orang alim, agar tak kena tempias, betul tak ?
Quote kucingitam 12-12-2019 10:54 AM
adekah yang taste dgn laki dia?
Quote Kurex 12-12-2019 10:54 AM
Edited by Kurex at 12-12-2019 11:52 AM
Asdan: orang alim memang banyak dugaan, sebab itu jangan kawan kawin orang alim, supaya tak kena tempias, betul tak ?


takkan la nak kawen aties yakni tak percayakan Tuhan tapi percayakan sumpahan ikan macam kau @Asdan
Quote September14 12-12-2019 10:57 AM
dah knpa ppuan ni. Meluat aku tgk mcm laki ponen ko tu xde gosip tuuuttttt
Quote Ed_Lyn 12-12-2019 11:00 AM
kucingitam replied at 12-12-2019 10:54 AM
adekah yang taste dgn laki dia?

Taste dengan duit dia jah...
Quote kucingitam 12-12-2019 11:03 AM
Ed_Lyn replied at 12-12-2019 11:00 AM
Taste dengan duit dia jah...

eee....dr dgr laki membebel merempan selalu, tak kaya pun takpe lah noks

Quote newyork 12-12-2019 11:06 AM
kucingitam replied at 12-12-2019 10:54 AM
adekah yang taste dgn laki dia?

Kalau dia pun tertaste dgn laki dia , ada la pompuan mana2 pun taste jugak
Quote fliphair8 12-12-2019 11:13 AM
pepuak giler viral macam toklip ni jarang ade masalah menggatal....pepuak lobai yg paling bermasalah menggatal ngan tino ni...tino plak sume species konon fefeeling laki ku syurga ku kan....
Quote mizruncing 12-12-2019 11:19 AM
bg meols ok lagi la tok lip dari dai 18 19 tu
Quote julielapadite 12-12-2019 11:19 AM
Asdan: orang alim byk dugaan, sebab itu jangan kawan / kawin orang alim, agar tak kena tempias, betul tak ?


Lebih baik andartu dari kawen atheist jalan dubor nanti kena hiv aids, betul tak?
Quote sonatalady 12-12-2019 11:20 AM
Amboi datin..jgn ckp .nanti berbalik pada diri balik.
Allah nak uji sekejap aje.Bersyukur dalam hati x bole ke?
Quote MadameOnion 12-12-2019 11:36 AM
tapi toklep ni mmg sayang betul kat bini dia
Quote misuke 12-12-2019 11:46 AM
kucingitam replied at 12-12-2019 11:03 AM
eee....dr dgr laki membebel merempan selalu, tak kaya pun takpe lah noks

khennn.. boleh kemurungan aku hari2 kena merempan ngan shuben
Quote slyfynx 12-12-2019 12:07 PM
Boooooo.. Amiey pn ikut perangai sepul.
Sepul cedok ig,
Amiey cedok youtube.
Waaaaaa, berita sangat....
Quote NazRysha 12-12-2019 12:13 PM
laki bini 2 kali 5 jer
sapa la nak laki ko tu
geli aku tgk
lagi2 kalau laki dia makan
bunyik mcm ba...
Quote kucingitam 12-12-2019 12:28 PM
misuke replied at 12-12-2019 11:46 AM
khennn.. boleh kemurungan aku hari2 kena merempan ngan shuben

haha yela...rengsa betoi

Quote Cassieopeia 12-12-2019 12:52 PM
tapi youtube tol alif ni ramai juga view tu pelik
Quote Adeakukesah11 12-12-2019 12:56 PM
Alaa kau besyukur sbb laki ko kaya raya je tinshida oii
Walau tingtong pun ko ikat rapat2 sbb tula lubuk emas ko
Quote salmon-suki 12-12-2019 01:27 PM
Cobaan nak up kan nama ke?nak kalahkan bapak susu punya troll ke ni?tp sori lah datin..meluat tgk chuolzs..hepi family?semoga lah~both u n toklip spesis attention seeker..

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top