Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Boleh Je Lakonkan Adegan 'Mesra , Tapi Ada Syaratnya - Izara Aishah

10-12-2019 10:15 AM|Oleh: natrahn| Komen: 36

Sudah lama juga kita tidak melihat lakonan terbaru, pelakon cantik Izara Aishah sejak mendirikan rumah tangga dengan Adib Khalid.


Kredit foto: Astro Gempak

Namun, nampaknya peminat dapat mengubat kerinduan mereka kerana lakonan terbaru Izara Aishah kini boleh ditonton menerusi naskah terbarunya melalui drama bersiri Ombak Rindu The Series. 



Selepas lapan tahun mencetuskan fenomena, Ombak Rindu kini kembali dengan drama bersiri terbaharu Ombak Rindu The Series yang menampilkan barisan baharu pelakon terkenal tanah air seperti Remy Ishak, Izara Aishah, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela, Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Seperti yang sedia maklum, filem Ombak Rindu sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana terselit beberapa babak romantis melibatkan watak utamanya.

Malah, menurut pengarahnya Osman Ali, drama bersiri ini juga tidak ‘lari’ daripada babak-babak tersebut. Bagaimanapun, ianya dihadkan mengikut permintaan para pelakon termasuk Izara yang memegang watak sebagai Izzah.


Kredit foto: Cinema Online - Osman Ali

Jaga Hati Suami Dan Keluarga 

Menurut Izara, dia sedia maklum mengenai babak-babak di dalam drama ini terutamanya melibatkan babak romantis dengan rakan teraju utamanya, Remy Ishak.

Namun, Izara meletakkan syarat untuk tidak melakukannya adegan tersebut secara berlebihan kerana perlu menjaga hati suami, Adib Khalid dan kedua-dua belah keluarganya.


Kredit Foto - Izara Aishah - Bersama Remy, 'suami' Izara Aishah dalam Ombak Rindu The Series

“Sebagai pelakon berstatus isteri, saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Ia juga syarat saya berikan kepada produksi sebelum bersetuju memegang watak Izzah. 

"Asalkan tidak keterlaluan, saya tiada masalah untuk lakonkan babak tersebut," ujarnya memetik Murai.my

Tambahnya, Osman sangat memahami perkara itu dan menghormati permintaan Izara.

Bermula 5 Disember lalu, Ombak Rindu The Series dengan empat episod kesinambungan dari filemnya disiarkan secara percuma di Iflix yang berdurasi selama 90 minit bagi setiap episod. 

Bolehlah para peminat melepaskan rindu pada Izara. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 36
Komen

Previous : "Bila Masa Saya Hantar Rombongan" - Risik Nana? Ini Jawapan Fikry Ibrahim

Next       : Baru Hari Kelapan Berpantang, Wawa Zainal Dah Keluar Bekerja

Tinggal Kenangan, 'Bapa' Usop Sontorian Dan Keluang Man Meninggal Dunia
"Baik, Ikhlas, Tak Ambil Kesempatan,"-Risteena Nafi Isa Khan Kaki Perempuan
"Tak Salah Nyanyi 'Negaraku' Dalam Bahasa Lain" - RPA Padam Status, Pandangan Ditolak Ramai
Sanggup Berjaga Malam Jaga Anak, Hanis Zalikha Puji Hairul Azreen Wira Di Hatinya
Budak 8 Tahun Telan Syiling Nak Mengelat Buat Kerja Sekolah
Saya Dan Azmin Sedia Dipecat, Dikorbankan Demi Parti - Zuraida
Demi Ibu Bapa, Lelaki Menyamar Wanita Untuk Dapatkan Pekerjaan
"Bila Masa Saya Hantar Rombongan" - Risik Nana? Ini Jawapan Fikry Ibrahim
"Sebijik Mira Filzah!" - Untungla Muka Sama, Boleh Panggil 'Baby Sayang' Lepas Ni
"Bukan Kami Paksa Atau Tekan Dia" - Hans Isaac Nafi Tuduhan Liar Mahu Kawal Finas
Anak Fazley Yaakob Terkedu Penari Gelek Tiba-tiba Muncul Di Belakang Ketika Makan
Baru Hari Kelapan Berpantang, Wawa Zainal Dah Keluar Bekerja
Rafizi Pencen Dari Politik, Fokus Teknologi AI
"Seorang Dak'Aih! Jangan Ingat Berkopiah Dan Berjubah, Iman Tebal" - Aqasha
Gadis OKU Dirogol Empat Remaja Bawah Umur
Rumah Musnah Dibakar Kekasih Cemburu
"Saya Masih Waras!" - Ajak Bengang Dituduh Guna Gambar Adik Terlantar Raih Undi Simpati
"Saya Banyak Pegang Watak Utama, Nak Bayar Biarlah Berbaloi" - Didie Alias Merajuk?
Ahli Kumpulan Saujana Dikritik Lelaki Lembut, "Saya Bukan Lembut Tapi Manja.." - Dr Idzu
"Conflict Of Interest?" - Ahmad Idham Direhatkan Sebagai CEO FINAS?
Siti Nordiana Bimbang Bakal Mentua Tak Terima Status Janda Anak Satu
"Artis Sendu Macam Aku, Kerja Dah Selesai Bayaran Tak Dapat-dapat!" - Amyza Aznan

Komen Terbaru

Quote makadek 21-1-2020 11:40 PM
Aku suka dengar izara bercakap leweh2 gitu

Lain-lain Komen

Quote Adm89 10-12-2019 10:39 AM
Suka sangat tengok izara ni, cantikkk
Quote munchkin 10-12-2019 10:53 AM
Hang ni cantik lah.
Quote kakyungpilah85 10-12-2019 10:57 AM
nak jaga hati suami senang je izara...xpayah berlakon lagi baik ko keluar produk ko...paling2 kuarla produk timbang kilo mcm retis2 lain tu...busuk2 pon ko wat la sambal mak nenek ape semua tu kan...kang berlakon tetap kena peluk2 dek retis jantan yang gersang tu...
Quote wi_haryati 10-12-2019 10:57 AM
seram negok babak "romantis" drama ombak rindu ni.. betul2 mcm laki bini..
Quote nordin84 10-12-2019 12:33 PM
tgk ombak rindu alahai dgn remy bangla..izara ni mmg amek stok adegan romatika ke dlm drama?
Quote amiekz86 10-12-2019 12:38 PM
cantik la dia nih...nk pening2 kepala kenapa...job masuk kiri kanan...kalu x peluk pun
Quote bambimbom 10-12-2019 12:43 PM
kalau dah jadi bini orang elakkan la berlakon adegan2 mcm ni... jgn nak halalkan atas nama seni bagai la... takde selera org nak tengok jah...
Quote beatgirlX 10-12-2019 01:06 PM
Kiranya seorg pelakon tu pun blh requestkan lakonan nanti mcmana. .
Idokla mcm pelakon yg ckp..saya mengikut script bla..bla..blaa
Quote tuberoses 10-12-2019 01:18 PM
wi_haryati replied at 10-12-2019 10:57 AM
seram negok babak "romantis" drama ombak rindu ni.. betul2 mcm laki bini..

aah kann, melopong jap tgk hahaha kus semangat...scene dekat swimming fool tu...




Quote RumiMenari 10-12-2019 02:21 PM
Nape i tgk muke osman ali same cm MB Selangor.. muke lembam pemalas
Quote gigi 10-12-2019 02:30 PM
jaga laki tu lagi baguzzz nanti kang di kebas orang
Quote mixed 10-12-2019 02:30 PM
wi_haryati replied at 10-12-2019 10:57 AM
seram negok babak "romantis" drama ombak rindu ni.. betul2 mcm laki bini..

photoshoot pn romantik

syok la wemmy


\







Quote ReginaGeorge 10-12-2019 02:39 PM
I love u izara
Quote wi_haryati 10-12-2019 02:50 PM
tuberoses replied at 10-12-2019 01:18 PM
aah kann, melopong jap tgk hahaha kus semangat...scene dekat swimming fool tu...

kat swiming fool, ateh katil gitu la.. seriauu..
Quote wi_haryati 10-12-2019 02:51 PM
mixed replied at 10-12-2019 02:30 PM
photoshoot pn romantik

syok la wemmy

wemy tu bujang, takde la org nak katok dia, ia, sabonye laki dia kalau beliau tgk drama ni..
Quote cicicumel 10-12-2019 03:32 PM
produk osman ali what do u expect?? haha...

btw bkn ke ixara nak slow down berlakon sbb nk cuba preknen thn ni?
Quote imanda 10-12-2019 04:54 PM
mixed replied at 10-12-2019 02:30 PM
photoshoot pn romantik

syok la wemmy

tkde ke plakon lain.. dah mcm kesinambungan maya n rashid cite pilot cafe.. remy izara jg pelakonnya.. dlm cite pilot cafe sian abam fahrin ditinggalkan izara kerana kembali ke pangkuan remy
Quote Megikari 10-12-2019 05:08 PM
Hari tu i gigih tengok first episod kat shopee live sebab nak dapatkan free coins. Halah.. Halahhhh.... Tak best langsung, nampak kekayuan izara. Pastu adegan laki bini siap kiss pipi. I redha je la bazirkan data demi sesuap free coins tu
Quote Perawankota 11-12-2019 01:40 AM
Kata x der adegan lebih2.. Tu tgk ada jer..

Lihat semua komen(36)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.158711s Gzip On
To Top