Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Menang Seketika Sahaja, Sedih!" Bukan Malaysia, Filipina Diumum Pemenang National Costume!

Vanilla Thunder|10-12-2019 10:14 AM Komen: 29






Awal pagi semalam  telah berlangsungnya pertandingan akhir Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Georgia .

Pertandingan Miss Universe 2019 ini merupakan edisi yang ke-68 dan menyaksikan peserta dari 90 negara bertarung bagi merebut gelaran Miss Universe .

Gelaran Miss Unierse edisi kali ini menjadi milik wakil dari Afrika Selatan, Zozibini Tunzi, 26 yang  berjaya menewaskan calon favourite dari India, Filipina, Thailand, Puerto Rico, dan Mexico bagi memenangi pertandingan ratu cantik berprestij itu.


Pemenang dan finalis Miss niverse 2019 Foto - Nst




Walaupun wakil Malaysia, shweta Sekhon  tidak berjaya meloloskan diri ke pusingan separuh akhir , dia  tidak pulang dengan tangan  kosong apabila Malaysia diumumkan sebagai pemenang kategori National Costume  terbaik. Ini adalah pertama kali buat negara memenangi kategori tersebut. 


National costume  rekaan pereka tempatan, Carven Ong yang bertemakan A Peranakan Indulgence daripada kaum Baba dan Nyonya itu telah berjaya menewaskan  89 national costume milik peserta lain dari seluruh dunia.


National Costume Miss Universe Malaysia 2019 Foto- MUMO Facebook




Di saat pengumuman kemenangan tersebut, terdapat sedikit kesilapan pabila hosnya, Steve Harvey mengumumkan Filipina sebagai pemenang biarpun kemenangan pada ketika itu berpihak pada Malaysia berikutan kesilapan teknikal. Miss  Malaysia memberanikan diri lalu meminta mikrofon dari hos lantas  memperbetulkan kesilapan itu dengan mengatakan "It's not Philiphine , it's Malaysia!". 










Kemenangan bersifat seketika


Malah pada ketika itu,  akaun rasmi Twitter Miss Universe turut menamakan Malaysia sebagai pemenang kategori tersebut. 



Posting mengenai kemenangan Malaysia diumumkan di Twitter MUO yang telah dipadam Foto- Murai.my





Sayangnya Malaysia hanya mampu bergembira buat seketika kerana tidak lama kemudian  laman rasmi Miss Universe telah mengumumkan Filipina adalah pemenang sebenar bagi kategori kostum kebangsaan terbaik tanpa sebarang penerangan rasmi dari pihak Miss Universe Organization, MUO mengenai kekeliruan yang timbul. Malah, posting asal mengenai kemenangan Malaysia turut dipadam dari Twitter rasmi MUO bagi mengelakkan kekeliruan.



Sejurus pengumuman tersebut dibuat, rata-rata netizen telah menyuarakan bantahan mereka mengenai keputusan yang memalukan dua negara itu.




Malah tidak kurang juga ada yang mengecam tindakan Steve Harvey  selaku hos yang membuat kesilapan sama seperti insiden penanugerahan mahkota  Miss Universe pada tahun 2015 apabila dia telah tersalah umum pemenang sebenar pertandingan tersebut sehingga memaksa tiara  dimahkotakan semula   kepada pemenang sebenar. Lebih malang lagi insiden memalukan itu berlaku sewaktu siarang langsung dan ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia.

Pengarah Miss Universe Malaysia Organization, MUMO, Datin Elaine Daly menceritakan mengenai  kejadian tersebut melaui satu posting dilaman  Instagramnnya. Beliau turut menyuarakan kekesalan dan rasa tidak puas hatinya terhadap kesilapan yang dibuat oleh penganjur sehingga tercetusnya kekeliruan dan insiden memalukan tersebut.





Berikut adalah penjelasan daripada Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon mengenai insiden tersebut melalui satu posting di Instagram miliknya.


Buat masa ini masih  tiada kenyataan rasmi dari pihak Miss Universe Malaysia mengenai insiden tersebut namun apa pun Shweta sudah lakukan yang terbaik dan membuatkan Malaysia berbangga. Terima kasih Shweta! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sekngucing 11-12-2019 12:15 PM
Nokiaman replied at 10-12-2019 08:00 PM
Celah mana kostume tu membawa ciri ciri keMalaysiaan?
Sekali pandang da macam Kavadi dari Thaipoosa ...

dia bertemakan baa nyonya.. kalau tgok di sayap dia ada corak kebaya baba nyonya... dekat platform dia tu ada hiasan dan teko.. serta bekas2 makanan baba nyonya... hahahaha

Lain-lain Komen

Quote sekngucing 10-12-2019 10:18 AM
steve harvey ni lagi.. malaun ni memang...
Quote kucingitam 10-12-2019 10:28 AM
eh pilipin ni...dahla sea games hauk jadi tuan rumah... ke ada agenda tertentu nak malukan malaysia ni?
Quote mata.kail 10-12-2019 10:43 AM
nyanyi boleh tahan...ikut ratu cantik boleh tahan...
tapi rakyatnya datang beramai2  p sabah ...
Quote inspiro92 10-12-2019 10:45 AM
Edited by inspiro92 at 10-12-2019 03:18 AM
kucingitam replied at 10-12-2019 02:28 AM
eh pilipin ni...dahla sea games hauk jadi tuan rumah... ke ada agenda tertentu nak malukan malaysia  ...

Bukan salah pinoy pun mmg salah penganjur. yg malu negara kita.pastu tuduh shweta memandai mandai declare as a winner.buat ape kwn tu bersiap pakai natcos yg maha berat tu kalau x de arahan dr production. mmg MU kali ni hauk.
Quote belilies 10-12-2019 10:50 AM
Steve harvey xsalah, those yg manage n mnyampai result yg salah. Anyhoo still it's unfair lah to announced n tarik balik camtu je. They should have been careful. Taraf international kot....
Quote sarah82 10-12-2019 10:51 AM
Esk aku buat buah melaka la.. Semperna sokongan aku pada kostum Malaysia.
Quote JohnnySins 10-12-2019 10:54 AM
sekngucing replied at 10-12-2019 10:18 AM
steve harvey ni lagi.. malaun ni memang...

tu la pasal..dah duo kali dah dio ni buat hal...wakakakakkaakakakakaka
Quote kucingitam 10-12-2019 11:07 AM
inspiro92 replied at 10-12-2019 10:45 AM
Bukan salah pinoy pun mmg salah penganjur. yg malu negara kita.pastu tuduh shweta memandaimandai ...

tau..bukan salah dia..tapi geram...tambah2 pasal kes sea games yang mcm endah x endah je dia buat.

Quote VioletsAre_Blue 10-12-2019 11:18 AM
Pprt betul pertandingan macam nih
Quote tripleid 10-12-2019 11:48 AM
to be honest pinoy punye design  lg gempak drp msia yg serabai ala2 fesyen din beramboi
Quote Artemesiaa 10-12-2019 11:56 AM
Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku dalam acara besar macam ni memalukan
Quote Minami2013 10-12-2019 12:04 PM
Apa punye penganjur...

Quote kakaro940 10-12-2019 12:41 PM
ala knp serabut sgt malaysia punya tu?? kesian plk x pasal2 malu..bg aku filipine mmg cantik la berbanding malaysia..
Quote rosa_canina 10-12-2019 01:05 PM
nc malaysia nmpak agak sarat..

filipina punya nc nmpak classy wpun 1 color je
Quote buragazz 10-12-2019 01:30 PM
Aduhai.. malu weii.. Steve Harvey lagi.. dah pernah sekali kantoi patut dia as a host sound je production.. betul ker pemenang ni aku tak nak salah announce.. atau memang dia yang salah..
Quote Modngengade 10-12-2019 04:38 PM
sekngucing replied at 10-12-2019 10:18 AM
steve harvey ni lagi.. malaun ni memang...

steve harvey tak salah....dia cuma  baca prompt jer  dan screen pun mmg tunjuk miss filipin yg menang....yg salah production...dulu yg masa miss colombia salah announce tu mmg salah steve harvey

Quote Bunggah 10-12-2019 04:52 PM
Salah penganjur. But i also prefer pinoy costume.
Quote inspiro92 10-12-2019 05:48 PM
MUO owes msia official explanation regarding the mishap!
Quote inspiro92 10-12-2019 05:56 PM
tripleid replied at 10-12-2019 03:48 AM
to be honest pinoy punye design  lg gempak drp msia yg serabai ala2 fesyen din beramboi

IMO, mmg natcos filipina nmpk grand & clean design dia ala2 VS .tp msia punya natcos is so different than others. imagine latinas yg pakai natcos ph mesti x bleh recognize it's belong to ph.it lacks identity.

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.211906s Gzip On
To Top