Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Video 'Glow Up' Gadis Ini Tular, Rahsianya Adalah Tinggalkan Minuman Manis!

9-12-2019 10:25 AM|Oleh: intan| Komen: 23

Baru-baru ini, tular di media sosial twitter apabila cabaran 'glow up' yang menunjukkan perubahan wajah dulu dan kini telah disahut pengguna media sosial.

Yang menjadi perhatian apabila seorang gadis ini telah mendedahkan perubahan wajahnya yang berlaku dalam tempoh enam tahun. Ini baru betul-betul 'glow up'!



Wajahnya yang ternyata 'flawless' itu mendapat pujian netizen dan ramai bertanyakan apakah rahsia wajahnya berubah menjadi cantik seperti itu.

Ketika ditemui mStar, gadis yang hanya ingin dikenali sebagai Najwa itu mengakui sebenarnya banyak yang terjadi di sebalik perubahan sepanjang enam tahun tersebut.


Kredit foto: mStar online

"Gambar lama itu sebenarnya ketika saya masih di tingkatan 3. Sekarang saya dah 20 tahun. Saya tengok ramai yang kongsi kisah 'glow up' masing-masing. Jadi saya buat jugaklah,"

"Memang ketara dulu dan sekarang. Sebab muka saya dah ok. Jika dulu banyak jerawat, berminyak dan hitam,"

"Malah, berat saya juga turun sebanyak 10kg dalam tempoh itu. Sekarang maintain dalam 65 kg. Ramai juga yang tegur. Pipi dan hidung pun nampak kecik sekarang," terangnya lagi.

Dalam menceritakan perubahan wajah dan tubuh badan, Najwa membuka rahsia tentang petua yang menjadi amalannya.


Kredit foto: mStar Online

Katanya, kulit mukanya yang bermasalah itu mula menunjukkan perubahan positif selepas dia berhenti mengambil minuman manis.

Banyak faktor perubahan sebenarnya, dulu waktu zaman belajar tak mampu beli produk penjagaan muka. Tapi jerawat dah mula hilang dan berkurangan selepas berhenti minum air manis.

"Saya kurangkan dahulu, tapi dalam pertengahan tahun ini, saya berhenti sepenuhnya,"

"Selain itu, saya perasan juga senang turun berat badan bila tak ambil air manis,"


Kredit foto: mStar online

Najwa mengakui masalah kulit wajahnya menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Ramai yang tegur terutamanya ketika bertandang ke majlis.

"Kalau dulu ambil gambar pun tutup muka, tak suka jumpa orang. Dari zaman sekolah, lebih 30 produk dah saya cuba. Tak kisah mahal ke murah, yang penting sesuai dengan kulit muka. Selain itu, sunscreen juga amat penting," ujar penuntut UiTM Alor Gajah, Melaka itu.

Video glow up Najwa itu telah mendapat hampir setengah juta tontonan. Netizen rata-rata memuji perubahan mukanya yang kelihatan sangat berbeza berbanding rupanya yang dahulu.

Mungkin anda di luar sana boleh ikut tips Najwa ini untuk dapatkan wajah flawless dan kurus. Mana tahu berkesan kan? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
3
Terkejut
4
Sedih
4
Lawak
3
Bosan
1
0
0
Komen: 21
Komen

Previous : "Salji Dalam Rumah" - Ini 10 Fakta Menarik Tentang Rumah Orang Terkaya Di Asia!

Next       : Buat Hutang Tak Reti-Reti Nak Bayar - "Tak Perlu Peguam Pun, Kita Jumpa Di Mahkamah"

Tempat Duduk Percuma Air Asia Dah Berlangsung! Mari Cepat Rebut Free Seat Sekarang!
Ini Bukan Cobaan, Resepi Kek Mentega Pasti Jadi!
Di Mana Cerita Hidup, Wattpad Menjana Idea Kreatif!
Uqasha Senrose Tak Cemburu Nelydia Bahagia, Jadikan Adik Contoh Bila Sampai Jodoh Nanti
"Tarik Balik Gelaran Ustaz" - Petisyen Hapuskan Gelaran Penunggang Agama Dilancarkan!
"Suami, Kau Bukan Kahwin Dengan Maid.. Isteri Bukan Robot" - Shakilla Khoriri
"Tunggu Pembalasan!" - Keluarga Samirah Ganggu Saksi Pembunuhan CEO Cradle Fund
Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Depan, Mufti WP Ulas Surat Budak 8 Tahun Kepada AJK Surau
Selesai Isu Muka Macam Bapuk, Jasmin Hamid Harap Anak Segera Dikurniakan Jodoh
Mayat Tanpa Kepala, Otak Dah Dimakan Dengan Nasi Oleh Pembunuhnya
Wanita Dicadangkan Kencing Berdiri Untuk Kurangkan Kesesakan Di Tandas Awam, Setuju?
"Jaga Mata Bila Kerja Dengan Suami Orang" - Nana Minta Allah Kuatkan Hati Hadap Dugaan
Tinggal Kenangan, 'Bapa' Usop Sontorian Dan Keluang Man Meninggal Dunia
"Tak Salah Nyanyi 'Negaraku' Dalam Bahasa Lain" - RPA Padam Status, Pandangan Ditolak Ramai
"Termos Meletup, Saya Hampir Buta" - Bila Tak Sabar, Habis 'Berlubang' Muka!
Kesian! Wartawan Diserang Budak-Budak Nakal Dengan Bola Salji Ketika Lintas Langsung
Romantik! Pembikin Filem Animasikan Dirinya Untuk Melamar Kekasih
Lelaki Guna 99 Telefon Bimbit Palsukan Kesesakan Lalu Pintas
14 Hari Berkurung Itu Membosankan? Eh! Tak Bosanlah, Lakukan 8 Perkara Ini
Misteri, Berbahaya dan Pelik - Ini 4 Kawasan Di Dunia Dilarang Untuk Dilawati

Komen Terbaru

Quote bluebutter 30-1-2020 05:41 PM
Appesal hMpa semua kutuk budak ni ek. Sian dia. Lawa tu.

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 9-12-2019 10:39 AM
tak beza dengan glo up yang lain, cuma style shawl dan bermekap, jerawat hitam tu biase2, debor iols ingatkan berubah jadi paan 18/19 mukanya
Quote nazzse 9-12-2019 10:46 AM
lulzz..dulu pergi sekolah naik basikal, sekarang naik kereta, kelas pulak beraircond, dulu tak mampu beli skincare & makeup, sekarang dah mampu..of coz kulit glowing deknon
Quote kualibesi 9-12-2019 10:49 AM
akak pun da glow dikkk sejak berkerja ada gaji ni dikkk, beli jeee skincare bersepah korea mari,,
Quote keknaih 9-12-2019 10:55 AM
biasalaa tu.. mcm sis dedulu. sekali dah beranak bertambah balik berat tu
Quote Cassieopeia 9-12-2019 11:03 AM
dia kene tunjuk muka takde make up baru boleh compare hihi tapi bagusla tak minum air manis ni. ios kadang minum juga
Quote Boomibulat 9-12-2019 11:06 AM
jerawat tu akan hilang sendiri seiring perubahan usia dan hormon..bkn sbb gula pun
Quote sarah82 9-12-2019 11:15 AM
Awat aku nampak muka dia bermake up..
Quote MadameOnion 9-12-2019 11:24 AM
20 tahun tapi mcm nak masuk 30 dah..ye lah ye lah..hang sorang jelah yg glowing..kurus..tak minum manis bagai
Quote Kurex 9-12-2019 11:45 AM
tua sebelum usia
Quote Laceyx 9-12-2019 11:59 AM
Bdk sekola iols yg huduh dlu ramai da hot. Yg popular dgn kecomelan dulu memboyak dgn jayanya skrg
Quote Artemesiaa 9-12-2019 12:45 PM
Dulu kurang penegetahuan bab penjagaan kulit modal pun harap parents  bagi kalau ada, sekarang berbeza sebab dah tahu rejim penjagaan kulit yang betul modal pun dah ada bila sendiri pun dah berkerja
Quote kivio 9-12-2019 01:12 PM
Tapi, dulu n sekarang sama je buruknye?
Ke mata aku yg xperasan?
Quote MissLana 9-12-2019 03:28 PM
mmg la glow up kalau ditepeknya highlighter byk, cuba jgn mekap and no filter camera
Quote gummiebear 9-12-2019 03:51 PM
Cuba letak gambar bare face. Baru lah boleh compare dengan zaman form 3 tu dekk
Quote Minami2013 9-12-2019 03:57 PM
Faktor hp oppo, vivo pun memainkan peranan utk efek glow etc
Quote Jorja 9-12-2019 04:02 PM
Tak mampu nak tinggalkan minuman manis
Quote cikatilia 9-12-2019 04:06 PM
xde beza
cuma mcm dah disulam bedak and bleach body?
Quote LuvAurora 9-12-2019 04:20 PM
the power of makeup gitu.. letak lah bare face sekali dgn video baru km boleh nilai betul ke tak
Quote Perawankota 9-12-2019 04:42 PM
Tiouu jer.. Dulu masa sekolah, Sah2 x jaga muka kan.. Skang dh pandai pikir, Mcm2 lah ko pakai.. Tu blum LG dgn beauty package yg ko buat kt Spa kan... Tgk Dr muka ko skang, tu bkn natural beauty pon..

Lihat semua komen(23)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top