Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Apa Dah Jadi Dengan Lantai Pentas Miss Universe ? Ratu Malaysia Tetap Semangat Biarpun Jatuh Tergolek

VanillaThunder|9-12-2019 09:41 AM Komen: 10




Miss Universe Malaysia 2019, Shweta Sekhon ditimpa malang apabila dia telah  tergelincir lalu rebah  ketika menggayakan pakaian renang dalam acara swimwear sewaktu  pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Georgia. 

Shweta yang bermula dengan aksi penuh yakin dan bergaya tetap  berjaya meneruskan persembahan setelah rebah dalam aksi penuh dramatik di pentas peragaan kecil tersebut.

Kasihan, aksi Shweta yang tergelincir lalu rebah di pentas peragaan Miss Universe Foto- Awani.com


Biarpun terjatuh, Shweta berjaya bangkit dengan tenang dan meneruskan aksi catwalknya dengan penuh bertenaga lantas menerima sorakan gemuruh dari penonton. 


Lebih menarik perhatian , wakil negara kita bukanlah satu-satunya peserta  yang berdepan kesukaran sewaktu acara wimwear itu, malah beberapa Miss Universe dari negara lain turut berdepan masalah sama.


Miss Universe France, Maëva Couckea adalah yang pertama sekali terjatuh kemudian diikuti oleh Miss Universe Malaysia. Selain itu, wakil dari Indonesia , Malta, dan New Zealand adalah antara yang nyaris tergelincir. Lebih menarik lagi, kesemua insiden malang terebut berlaku di suatu lokasi yang serupa iaitu di bahagian hujung pentas.

Keadaan pentas yang kecil dan licin adalah menjadi penyebab utama insiden malang tersebut berlaku sehingga memaksa acara diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada krew pembersihan mengemop kawasan  lantai yang licin. 


Acara diberhentikan untuk kerja pembersihan Foto-Twitter


Menurut Datin Elaine Daly, Pengarah Organisasi Miss Universe Malaysia, Shweta telah berjaya melakukan yang terbaik.

 "Shweta telah berikan persembahan yang mantap, dia berjalan dengan penuh attitude, namun keadaan pentas yang licin menyebabkan Shweta 'tergolek', namun dia berjaya bangkit dengan cemerlang"



Shweta Sekhon tidak membiarkan insiden malang tersebut melumpuhkan semangatnya apabila dia berjaya tampil dengan yakin dan bersahaja dalam pusingan Evening Gown biar pun nampak sedikit berhati-hati dengan keadaan pentas.


Gaun malam  rekaan Carven Ong nampak bersinar dan menyerlah di atas pentas, malah rata-rata pemerhati memberikan ulasan yang cemerlang terhadap persembahan Shweta.

Miss Universe Malaysia dmemakai evening gown oleh Carven Ong Foto- misso_malaysia


Diharap kejadian tersebut tidak sesekali mematahkan semangat Shweta untuk beraksi dengan lebih baik dan membawa aspirasi serta hasrat rakyat Malaysia bagi menamatkan kemarau Malaysia selama 49 tahun untuk melepasi peringkat separuh akhir Miss Universe.


Pentas akhir Miss Universe 2019 akan berlangsung pada Isnin ini menyaksikan pemenang akan dimahkotakan dengan mahkota yang baharu tajaan Mouawad.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote shark_eow7 9-12-2019 04:58 PM
cantik sheollsss..  

Lain-lain Komen

Quote epis 9-12-2019 10:04 AM
Malaysia dapat best National Costume~
Quote inspiro92 9-12-2019 10:14 AM
Edited by inspiro92 at 9-12-2019 02:16 AM
epis replied at 9-12-2019 02:04 AM
Malaysia dapat best National Costume~


Sharelah video masa diorang  announce msia menang best natcos tu.terlepas  td. sempat catch up masa shweta explain natcos kat steve je. at least tahun ni ni x pulang tgn kosong.one step at a time.hrp die dpt miss congeniality.
Quote Zack8hunter 9-12-2019 11:03 AM
I rasa bukan dia yg menang Natcos kot.. Kebayan yg menang, tapi x sempat nk tukar baju natcos.. sbb tu kak shweta yg take over.. Host tak announce nama Malaysia pun utk pemenang natcos.. but still a good higlight to Malaysia though
Quote Noraniza_Iblis 9-12-2019 12:12 PM
Zack8hunter replied at 9-12-2019 11:03 AM
I rasa bukan dia yg menang Natcos kot.. Kebayan yg menang, tapi x sempat nk tukar baju natcos.. sbb  ...

dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu
Quote Artemesiaa 9-12-2019 12:40 PM
Patut masa dah nampak peserta lain struggle nak lalu kat situ pihak pengajur dan buat tindakan segera tak perlu nak tunggu ada yang jatuh baru nak bertindak
Quote Zack8hunter 9-12-2019 01:06 PM
Noraniza_Iblis replied at 9-12-2019 12:12 PM
dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu

Yeah.. confirmed dah..saje jer Steve ni buat suspen..
Quote belilies 9-12-2019 02:12 PM
Noraniza_Iblis replied at 9-12-2019 12:12 PM
dh confirmed.
Best natcos belong to Malaysia..
lepas 49 tahun kot.. huhu

Yes betul. In fact, shweta sendrik yg betulkan steve, Screenshot_20191209-140912_Facebook.jpg
Quote Noraniza_Iblis 9-12-2019 02:15 PM
keji..
sikit2 philiphine..
hina sgt Malaysia ni..
smpai salah announced.
kalau salah host tkpe jgk.. tp dkt prompter dgn LED blkg tu pun..
shown philiphine..
Quote belilies 9-12-2019 02:20 PM
Cana nak embed ig lam komen eak? Ni haa kat sini blh nampak shweta bawak 5 meja skali masa catwalk.

https://www.instagram.com/p/B5y5LRhFVwq/?igshid=a766elzd1ut4
Quote shark_eow7 9-12-2019 04:58 PM
cantik sheollsss..  

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.201788s Gzip On
To Top