Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Ganggu Pelanggan Lepas Hantar Makanan, 'Rider' Cari Jodoh Atau Tunjuk B*doh?

5-12-2019 10:51 AM Komen: 46

Kadangkala telefon bimbit kita tiba-tiba dihubungi individu tidak dikenali sama ada di rumah atau pada waktu bekerja. 

Selalunya panggilan ini dari pihak yang menawarkan pelbagai produk atau perkhidmatan termasuk berkaitan kewangan atau insurans dan juga scammer.

Malah ada juga panggilan daripada individu yang ingin mencuba nasib kononnya ingin berkenalan atau mencari jodoh.

Begitulah yang terjadi pada seorang pengguna media sosial ini yang mana beliau telah diganggu oleh seorang penghantar makanan usai perkhidmatan tersebut digunakan.


Mahu berkenalan

Walaupun ditolak secara baik, pemuda tersebut terus membuat panggilan berkali-kali tanpa menghiraukan permintaan pelanggan tersebut. Malah apabila panggilannya tidak dilayan, pemuda tersebut menghantar pesanan pada kakak pelanggan pula.

Ini kerana nombor telefon kakak pelanggan merupakan nombor yang didaftarkan pada perkhidmatan penghantaran makanan itu.



Menurut pelanggan ini, beliau telah membuat laporan kepada pengurusan perkhidmatan berkenan kerana perbuatan 'rider' yang telah menyalah guna maklumat pelanggan untuk tujuan peribadi.


Insiden ini menyebabkan pelanggan tersebut trauma dan risau dengan keselamatan dirinya kerana niat utama beliau hanyalah untuk memesan makanan  semata-mata.

Perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi wargamaya.



Setiap orang berhak berwaspada dari orang yang tidak dikenali. Dalam pada itu, tak salah juga nak berkenalan dan mencari jodoh. Namun biarlah kena pada cara dan tempatnya. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 46
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote coco 6-12-2019 02:37 PM
pichee replied at 5-12-2019 11:08 PM
X phm..kot2 die mmg kt area situ je...

kalau dia duduk area rumah.... ok understand dia je yang paling dekat time pagi2.   tapi apa kes kalau balik kerja... stesyen LRT mmg luar dari kawasan rumah... tapi feeling feeling amik jugak.  nampak sangat dia akan tunggu everyday di stesyen LRT .   

kalau betul dia tak salah,   mesti masa kena sound tu dia mcm pelik. ini bila org sound dia apsal asyik ko je yg amik ... dia gelak2 terus blah tanpa bela diri.   and dia msg2 before n after the incident guna nombor lain.... mmg ada niat tak elok.  

Lain-lain Komen

Quote meow_tompok 5-12-2019 11:02 AM
rider tu sebenarnya jutawan.. menyamar jadik rider foodpanda je utk carik jodoh - komen yg first
Quote coco 5-12-2019 11:03 AM
mmg ada driver set set ni yg gila.   anak buah coco dah kena.  dia mcm sentiasa tunggu asal panggil je thru apps... dia yg akan accept,  takkan la every morning n evening pegi and balik kerja... dlm sebulan,  dapat driver yg lain dari dia tu 5-6 kali je.  lain lain semua dia.  lepas sebulan dia mula hantar message.  bila tak layan... dia mcm tunjuk bengang... bawak laju2.   till kita org ramai2 ngan jiran... tunggu dia.  dia sampai nak amik je... apaknya sound ke driver tu.  dia gelak je n blah terus.    psycho.   dah report tp co kata tak leh nak buat apa apa sebab dia message guna no lain.  bukan no yg daftar ngan co tu.
Quote Mfzg89 5-12-2019 11:05 AM
Edited by Mfzg89 at 5-12-2019 11:06 AM

sorg langgar etika, yg sorg plak noob.. aku setuju yg kata lelaki mmg selalu panjang akal bab2 cari jodoh ni tapi cara dia ni mmg salah..yg cust ni plak noob.  boleh je terus direct reply chat tolak baik2.. pastu block je nombor.. lama2 senyap ler.. kalau risau dia cari sampai umah pi je buat report utk protect diri takut jadi pape..benda simple.. dosa tau buka aib org camni..

kau ni x layan drama ke? kn selalu ada scene si hero g ngedap2 rumah heroin..  
Quote rosli_nurizzati 5-12-2019 12:04 PM
generation muda mudi skang ni mmg taktau function block ka apa? block ajer fon no tu.. hang senyap tak melayan, takdak la dia tu nk msg dah
Quote Artemesiaa 5-12-2019 12:09 PM
Jenis mental dan tak professional je suka bertindak macam tu
Quote natrahn 5-12-2019 12:21 PM
coco replied at 5-12-2019 11:03 AM
mmg ada driver set set ni yg gila.   anak buah coco dah kena.  dia mcm sentiasa tunggu asal panggil  ...

ni takut...kang dia buat apa-apa ...
Quote natrahn 5-12-2019 12:22 PM
Mfzg89 replied at 5-12-2019 11:05 AM
sorg langgar etika, yg sorg plak noob.. aku setuju yg kata lelaki mmg selalu panjang akal bab2 cari  ...

itu lah..report n blok abis citer..tapi tengok kat thread tu dia pi delete apps perkhidmatan tu pulak huhu
Quote palmolive 5-12-2019 12:22 PM
rosli_nurizzati replied at 5-12-2019 12:04 PM
generation muda mudi skang ni mmg taktau function block ka apa? block ajer fon no tu.. hang senyap t ...

boleh jadi content masuk media sosial
Quote violetungu 5-12-2019 12:23 PM
Ish gelinya kalau jadi camni..
Quote KIM.K 5-12-2019 12:24 PM
Bulan 5 lepas ada driver grab shah alam ajak aku balik rumah sama sama sebab dia pegi ping pong match kat sanun. Aku memang nak balik masa tu, 3-4 kali dia tekankan jom balik sekali esok
Sib baik la aku ni andartu senior penuh pengalaman handle situasi gini
Quote rosli_nurizzati 5-12-2019 12:25 PM
palmolive replied at 5-12-2019 12:22 PM
boleh jadi content masuk media sosial

tu la.. semua nk buat content... harap ada plot twist la.. budak rider sue balik sbb display fon number terang terangan
Quote palmolive 5-12-2019 12:34 PM
rosli_nurizzati replied at 5-12-2019 12:25 PM
tu la.. semua nk buat content... harap ada plot twist la.. budak rider sue balik sbb display fon n ...

twist plot dia, rupanye2 budak runner tu bukan dia sebenarnya yg hantar
Quote Mfzg89 5-12-2019 12:43 PM
meow_tompok replied at 5-12-2019 11:02 AM
rider tu sebenarnya jutawan.. menyamar jadik rider foodpanda je utk carik jodoh - komen yg first:swe ...

tula..ce bayang Prince Mateen nak cari jodoh nyamor jadi rider camni.. mesti dia update,  "So Sweetttttt~~~~~~"
Quote Kurex 5-12-2019 12:52 PM
wahhh ni cerita twitter kegemaran forumer mugay... sebab dia suka baca twitter tak habis..
Quote prettyuglybabe 5-12-2019 01:00 PM
bila lagi nak dapat tunjuk dia pompuan hot jadi rebutan kan
padahal boleh je block awal-awal tak usah layan..
Quote Meiizu 5-12-2019 01:02 PM
takut jugak...sebab orang tu penah tengok kita tau rumah kita
Quote Cyempaka 5-12-2019 01:03 PM
overnya kau dek... mesej mcm tu pun nak trauma, menggigil rasa nak nangis segala...
gediknya  
Quote RinIna 5-12-2019 01:41 PM
Edited by RinIna at 5-12-2019 01:43 PM

Aku ada pengalaman uiii.. driver my car.. simpan no pastu wasap.. aku ni bini org mak org oiii.. nak kawan jugakk.. boo layan jela.. pastu terus senyap.. nasib x lebih2 sangatla dia kacau pun.. motip cite... SAJA.. jgn kecam
Quote any42 5-12-2019 02:05 PM
zman study dlu sblum ad grab semua ni prefer guna taxi dr bas rapid pgi mmane. abg taxi bg kad sruh call dia je klau nk g mmane. yg pelik time ktorang kwn2 nk kluar if kwn call msti ad je alasan xsmpt rmai plnggan tp klau i yg call pda msa sama ok plak bleh dtg ambik.
dkat stengah bln guna khdmat dia lma2 lps tu dah brani text i ajk kluar mnum la pusing2 bndar la. i trus block & xguna khdmat taxi tu dah. takot ok. nsib baik msuk degree pindah dduk rmah sewa dpt kreta sndri.

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.205920s Gzip On
To Top