Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Kat Dahi Tu Abu Chin Peng Ke?" - Hina Simbo Hindu, Tajuddin Digantung 2 Hari

3-12-2019 06:23 PM Komen: 70
“Nak tanya, abu di dahi itu abu Chin Peng ke apa?”



Dek kerana lancang bertanya sama ada abu Ching Peng yang dicalit di dahi Ahli Parlimen Jelutong, Datuk Tajuddin Abdul Rahman digantung dua hari daripada menghadiri Dewan Rakyat.

Pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak itu menimbulkan kemarahan RSN Rayer yang menyifatkannya sebagai satu penghinaan terhadap agama Hindu, sekali gus menggamatkan suasana sidang Dewan Rakyat.

“Anda telah menghina, saya minta tarik balik kerana Barisan Nasional menghina orang Hindu,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette.

Suasana makin panas apabila ahli pembangkang dan kerajaan masing-masing berteriak mempertahankan ahli dengan meleparkan kata-kata kesat.


Foto: The Star/FMT

Desakan Sivakumar Naidu (PH-Batu Gajah) meminta Tajuddin menarik balik kenyataannya mendapat sokongan beberapa ahli Parlimen termasuk Ramkarpal dari Bukit Gelugor.

Datuk Seri Shahidan Kassim dari Arau, Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) turut menggamatkan suasana dewan.

Atas desakan itu, Tajuddin menarik balik kenyataan tersebut, namun suasana dewan terus bising apabila Ram Karpal dan Rayer menjawab Peraturan Mesyuarat yang dibangkitkan Shahidan.

Shahidan menggesa Rayer menarik balik kenyataannya menuduh Barisan Nasional menghina penganut kerana ia seolah-olah menunjukkan keseluruhan ahli Parlimen BN berbuat demikian, namun ditolak Rayer.

Ramkarpal kemudian bangun atas Peraturan Mesyuarat 36 (6), mendakwa Tajuddin berniat jahat dan perlu dikenakan tindakan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof kemudian memutuskan Tajuddin digantung dua hari daripada menghadiri sidang dewan.

Tajuddin bagaimanapun hanya tertawa dan menyifatkan dia tiada masalah dengan pergantungan itu memandangkan beliau perlu hadir ke Perhimpunan Agung UMNO.

"Digantung empat hari pun tak kisah," katanya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 70
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 10-12-2019 07:27 PM
Oh..btw...tokoh2 negara yg nak dijadikan contoh kepada pelajar zaman skrg ni..kena laa buat study yg menyeluruh..x boleh laa simply dinamakan jek

Lain-lain Komen

Quote ctaz 3-12-2019 04:09 PM
kisah kesusahan rakyat...
haram nak diceritakan kat parlimen....

hanat sekor2
Quote JohnnySins 3-12-2019 04:17 PM
ctaz replied at 3-12-2019 04:09 PM
kisah kesusahan rakyat...
haram nak diceritakan kat parlimen....

penganut kuil yang rasa terhina lebih penting bro...wakakakakakakakakakakakakkaa
Quote cupu 3-12-2019 04:26 PM
Geng Ph ni kita ckp ngok compare ngan BN yg berpengalaman...tp klu dh selalu bertekak ngan org ngok skrg dlm parlimen,skrg masing2 nk  tunjuk sape paling ngok..kan wise man said jgn bergaduh dgn org bodoh.they will drag you to their level.

Wahai rakyat...pandai2 la jg diri
Quote aHoi83 3-12-2019 04:32 PM
Tau plak terhina walaupun dah say sorry.
Quote ifanonline 3-12-2019 04:32 PM
selalunya, kalau manusia ada tanda line putih di dahi..memang takleh caya...
Quote HannahMontana 3-12-2019 04:35 PM
buat boarder didahi  
Quote HannahMontana 3-12-2019 04:36 PM
dulu xramai DAP dlm parlimen ,sekarang ramai DAP dalam parlimen.

Komunis sekarang ada dalam parlimen.
Quote Skuau 3-12-2019 04:58 PM
"what u give..u get back"-scorpions.
Quote Dwdrum 3-12-2019 05:11 PM
tajuddin mahu sama kan abu chin peng dengan abu tahu lembu kew...

hillarious !
Quote sarah82 3-12-2019 05:13 PM
Utk penyokong PENGGANAS dan PENGKHIANAT CHIN PENG HAMJAD dan PARTI RASIS

Funny-amazing-pics-of-middle-finger-picture.jpg
Quote Buritan 3-12-2019 05:18 PM
cupu replied at 3-12-2019 04:26 PM
Geng Ph ni kita ckp ngok compare ngan BN yg berpengalaman...tp klu dh selalu bertekak ngan org ngok  ...

Kannn.. seko seko cam haremmm.. hahaha
Quote ang_bess 3-12-2019 05:37 PM
Bale la tajudin ni..nganjing bab ltte tu aku sokong jer,tapi bile sentuh bab abu cin peng kt dahi tu melampau la. Respect la kepercayaan orang walau ko nampak pelik pun. Bile orang kate kat kite menggelupur. Aku anti jelutong btw.
Quote Skuau 3-12-2019 05:43 PM
ang_bess replied at 3-12-2019 05:37 PM
Bale la tajudin ni..nganjing bab ltte tu aku sokong jer,tapi bile sentuh bab abu cin peng kt dahi tu ...

pernah berlaku....kat ganu kot...mangsa buli 'BALAS BALIK'...apabila dah tak tahan/sabar lagi....ibaratnyalah...
Quote dua_chzy 3-12-2019 06:28 PM
Ya Tuhan. Minta maaf. Akak tergelak.
Quote sapeka 3-12-2019 06:57 PM
Dorang dlm parlimen asik la bergadoh
Bila selesaikan mslh rakyat?
Quote Rogue98 3-12-2019 07:17 PM
Dah kau pun memekak kat parlimen setiap kali pembangkang nak berucap. Buang masa. Masalah rakyat n negara taknak pulak dia pedulik.
Quote InVendeTTa 3-12-2019 07:40 PM
Edited by InVendeTTa at 3-12-2019 07:44 PM

Please la pasir Salak tu. Argue dgn kepala otak la bukan ikut perasan.. Lawak pon tak.aku yg Islam pon rsa x elok dihina be de dahi tu inikan lg org hindu. Eloklah digantung. Kena diajar supaya bukan bg statement yg dengkel and menjengkelkan.

Tapi hairan berita mcm separuh goreng. Yg khoo kota melaka tu kena gantung kenapa pulak.. Ape yg dia cakap sampai kena gantung skali?
Quote creep_bite 3-12-2019 07:42 PM
Makin teruk perbahasan di dewan rakyat skrg ni...
Quote Psfzi 3-12-2019 08:07 PM
Hahaha lawak

Lihat semua komen(70)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top