Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Patutlah Jihan Musa Asyik Sebut Nama Je, 'Kipas Susah Mati' Wann Rupanya

4-12-2019 10:25 AM|Oleh: natrahn| Komen: 22

Pengumuman daripada pihak Astro mengenai penambahan durasi rancangan realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) kepada tiga minggu ternyata disambut baik pelbagai pihak termasuk hosnya, Jihan Muse.

Jihan telah menjadi pengacara rancangan realiti ini sejak musim pertama bersama Nabil Ahmad.




Akui Minat Wann 

Pada edisi kali ini, Jihan dilihat cenderung menyebut-nyebut nama salah seorang peserta GV2019 iaitu penyanyi Wann semasa rancangan tersebut berlangsung. Rupa-rupanya, Jihan telah meminati Wann sejak dulu lagi.

Jelas Jihan, antara faktor mengapa dia meminati penyanyi tersebut adalah kerana nyanyiannya dan gaya yang disampaikan oleh Wann begitu unik dan tersendiri.


Kredit foto: Murai.my

"Saya rasa bukan saya sahaja yang meminati Wann tetapi mereka yang lahir di era-80 an turut meminatinya kerana Wann menyanyi ada style." 

"Semua orang suka bila menyanyi ada style. Bila dia hilang lama dan buat comeback. 

"Memang saya minat dia dan tahu kebanyakan lagunya seperti Bossanova dan Si Baju Hijau,"katanya memetik laporan Murai.my.


Tidak Sangka GV2019 Terima Sambutan Menggalakkan 



Jihan tidak menyangka GV2019 menerima sambutan menggalakkan kerana ada di antara peserta kali ini tidak begitu dikenali. Malah, Jihan turut menyifatkan GV2019 memberi impak yang cukup besar berbanding sebelum ini.

"Kami ingatkan GV pada tahun ini tak berapa menyengat pada awalnya memandangkan sudah enam musim bersiaran dan kalau diikutkan musim kali ini kebanyakan peserta tidak dikenali dan diingati oleh peminat.

"Tetapi bila sudah masuk minggu kedua dan ketiga, kita sudah nampak kelainannya dan tahun ini best gila. Lebih bagus apabila orang tak kenal dan tak ingat kerana bila mereka(penyanyi) membuat comeback, impak mereka akan mula terasa," ujarnya lagi.

GV2019 kini diteruskan dengan minggu kelapan dan berbaki lapan lagi peserta terdiri daripada Wann, Jatt,Naqiu Boboy, Hady Mirza, NurFatima, Noorshila Amin, Sham VISA dan One Nation Emcees. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 22
Komen

Previous : Sorok Wajah! Eizlan Yusof Akui Bakal Kahwin Gadis Serani, Muda 19 Tahun Minggu Depan

Next       : "Takkan Nak Flat Macam Wallet Kau" - Boss Ned Sindir Netizen Komen Lucah Pada Isteri

Komen Terbaru

Quote budakpink 5-12-2019 06:48 AM
Edited by budakpink at 5-12-2019 06:51 AM

Die memang obios la karat kak wan haha. Tapi terhibur la kan.. Aku sendiri pun crush ngn kak wan bile tengok kat gv.. Pembawakkan diri die baik cume part nyanyi mendesah tu yg x tahan tu. Mase kak wan nyanyi lagu ogy tu kan desah mcm dah kurang. Kan better camtu.. Sedap pun sedap.. Suara dah sedap cume jgn buat pangai pelik mendesah2 x tentu arah

Lain-lain Komen

Quote nazzse 4-12-2019 10:49 AM
Huduh sheols pakai baju langsir & daun purple tu..apo pendek depan gitu
Quote haruslah 4-12-2019 11:00 AM
tapi sebab da melarat2 minggu nye, maka jadi bosan
Quote af_mania 4-12-2019 11:11 AM
kalau industri muzik ni ada poster besar.. kak wann memang jelas nampak dlm poster tu sebab sheols sangat unik, ada style & ramai yg kenal.

Selain dari wann: siti, tokpah, dayang, noorkumalasari, anita sarawak, sheila majid, ella, ziana zain, fauziah latiff, aishah, fransisca peter, amelina.

Yg ada dlm poster tapi x nmpk: tushee, sheryl aida, zehra zambri, illa sabry, izla, afida mustafa, arnieza amir, haida, haslinda, nurhuda, dayang noraini, norafizah busman, nouri dan byk lagi...
Quote chicozinn 4-12-2019 12:26 PM
ok da tau la kakwann msuk final..
Quote mizruncing 4-12-2019 12:27 PM
meols pn sblm ni tak knl wann tu sape. roy tu sape. nyanyi lagu patriotik pn meols tak tau lagu ape n tak penah dgr. acik fiza n mama shila lagi laa.  meols rasa sbb naqiu je kot GV ni letop
Quote natrahn 4-12-2019 12:29 PM
af_mania replied at 4-12-2019 11:11 AM
kalau industri muzik ni ada poster besar.. kak wann memang jelas nampak dlm poster tu sebab sheols s ...

ha..ni memang semua artis lama-lama dulu..budak-budak 80 an kenal  la kot....
Quote natrahn 4-12-2019 12:34 PM
mizruncing replied at 4-12-2019 12:27 PM
meols pn sblm ni tak knl wann tu sape. roy tu sape. nyanyi lagu patriotik pn meols tak tau lagu ape  ...

Semua yang masuk ni tahun 90 an dulu dorang top.. naqiu tahun 2000++ la rasanya..lepas tomok & new boyz...
Aku yang tua ni pon terjebak la bawak sepupu pi tengok new boyz siap dapat tumpang kete tomok lagi masa nak amik pas masuk.
Merasa la naik kereta kancil dia. Punya menggelitis sepupu-sepupu aku masa tu..dorang belasan tahun..aku dah 20+ masa tu.

Terus tomok ajak tengok rehearsal. Esok pi tengok lagi yang live pulak kat angkasapuri tu ' Hiburan Minggu Ini'


Quote nw111 4-12-2019 12:44 PM
af_mania replied at 4-12-2019 11:11 AM
kalau industri muzik ni ada poster besar.. kak wann memang jelas nampak dlm poster tu sebab sheols s ...

Adoiii... Nama dlm last paragraph tu mmg aku x ingat langsung... Hahaha...
Quote binipopeye 4-12-2019 02:27 PM
patut laaaa tokram asek saved wann... dulu Nadia GV1 pun stail teran berak awal2 tokram kasi out.. kuat sungguh kabel jihan ni..
Quote Melorqe 4-12-2019 03:06 PM
mr iron man pun mcm malas dah nak bertanding aku tengok
tapi mcm mana la kakwannnnh nih boleh maintain lagi
aku rasa semput je bila tengok dia nyanyi
Quote bottombikini 4-12-2019 04:25 PM
aku dah stop layan GV ni. bosanlah.

boss aku rajin la follow
wann pun nyanyi tapape katanye
Quote sleepandream 4-12-2019 04:36 PM
iols pun minat personaliti wan yach..
nyanyian pulak iols rasa sheols ada signature tapi tak boleh suit semua jenis lagu..
iols harap sheols ke final yach , kasi keluar sham visa dengan nurfatima..
Quote rospinki 4-12-2019 04:49 PM
jihan eeuuusiketot mulut mcm murai
Quote natrahn 4-12-2019 05:14 PM
Melorqe replied at 4-12-2019 03:06 PM
mr iron man pun mcm malas dah nak bertanding aku tengok
tapi mcm mana la kakwannnnh nih boleh maint ...

kan..letih juga tengok dia nyanyi..tapi tu la uniknya style dia..cam teran-teran gitu..dia yang teran, aku yang sembelit
Quote bambimbom 4-12-2019 05:23 PM
kemain jihan nmpk lawa dlm gambar padahal time dia pakai baju tu takdela glowing sgt..

duit videographer aritu dah bayar ke belum???
Quote Zeatyisaac 4-12-2019 06:58 PM
Si baju hijau bukan lagu Wann yer.  Itu lagu Sanisah Huri.
Quote Xim 4-12-2019 08:17 PM
bambimbom replied at 4-12-2019 05:23 PM
kemain jihan nmpk lawa dlm gambar padahal time dia pakai baju tu takdela glowing sgt..

duit video ...

Kalau xde thread , kasik bukak la . Spill the tea . Kikiki
Quote miss_strangers 4-12-2019 09:40 PM
bambimbom replied at 4-12-2019 05:23 PM
kemain jihan nmpk lawa dlm gambar padahal time dia pakai baju tu takdela glowing sgt..

duit video ...

Hai banyak job Pon xbayor duit orang ke? Ada jugak Gigi Jihan kena cabut nih kl xreti bayar hutang
Quote September14 4-12-2019 09:45 PM
Setuju kali ni best sbb retis sendu yg masuk... 2 season yg sblm ni mmg bosan waktu ada zamani, aishah, liza tu... penaja pulak ponen mmg terhazab skli mmg myampah nk tgk.
Cuma musim ni spoil kt sham tu..

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.155651s Gzip On
To Top