Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Kalah Drama TV, Aksi 'Tomoi' Di Jalan Raya Bikin Sesak!

Oleh: Pink Lily|3-12-2019 05:04 PM Komen: 50
Foto: Twitter

Lagi kes bergaduh di atas jalan raya! Kali ini melibatkan pemandu lelaki dan wanita yang dilihat 'bertomoi' dalam satu video tular di Twitter. 

Melalui video dirakam Ikmal Zaid, kereta mereka yang terbabit dilihat berhenti di tengah jalan yang sesak dengan kenderaan sebelum wanita itu keluar bersama pasangannya dan menampar pemandu lelaki di kenderaan belakang. 

Pemandu lelaki tersebut kemudiannya menendang wanita itu, sebelum dirinya dibelasah oleh beberapa orang lelaki yang dipercayai suami dan rakan pemandu wanita berkenaan. 



Melalui Twitter, pemandu lelaki itu bagaimanapun menyifatkan insiden tersebut sebagai satu kejadian yang boleh diselesaikan dengan cara baik.

"Aku nak masuk jalan utama dari simpang. Masa tu jammed. Yang perempuan ni drive tak bagi aku masuk jalan pastu Hon sampai sudah. Last aku mengalah aku bagi dia masuk dan aku Hon balik."

"Dia keluar kereta pastu cabut penutup tingkap aku. Dia tampar, aku sepak,"
tulisnya.



Kejadian tumbuk-menumbuk yang menyebabkan kesesakan lalu lintas itu berlarutan sehingga ke seberang jalan, mengakibatkan kenderaan lain terpaksa berhenti. 

Bagaimanapun menurut paparan skrin di Facebook Muslim Shah, difahamkan kesemua mereka yang terlibat telah pun memohon maaf dan menyelesaikannya dengan cara baik.



Antara komen warganet terhadap insiden itu:

"Aku rasa sikit puas hati bila laki tu balas balik. Perempuan start pukul dulu kau expect ape dari laki tu? Cash voucher?"
"Rembatan yang cukup mantap daripada pemain kita"
"Dah pukul lari bodohnya perempuan"
"Perempuan tuh yg pukul pukul dia dlu mmg ahh kena."

Memandu kereta memerlukan kesabaran. Jangan kerana hilang sabar, nyawa melayang! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Count_Romanov 9-12-2019 08:50 AM
Syiokkk tngk perempuan kene terajang

Lain-lain Komen

Quote beloomberk 3-12-2019 05:15 PM
Keje pukul org je family ni.. Anak beranak sama je prangai.. Tau pon takut laki tu, cepat je berdamai.. Sblum kluar video, mcm2 stetment anak beranak ni kluar,  dah kantoi trus je berdamai..
Quote noradaniez 3-12-2019 05:15 PM
Ni org yg sama pukul doktor yg skandal dgn bininya tu. Smlm muslim shah tu private jap fbnya. Hari ni dah melalak balik. Dasar samseng.
Quote Kurex 3-12-2019 05:18 PM
nasib baik baca sampai habis, tak macam sesetengah forumer yg baca sekerat je..

Quote DayangKirana 3-12-2019 05:27 PM
tengok fb pun jenis suke bergaduh..
screenshot wasap bebanyak (konon2 bukti) then upload bagitau satu dunia..
acah2 nak orang tau dia di side yang benar ke?

spesis macam nanaz versi marhaen..
Quote kucingitam 3-12-2019 05:28 PM
new product? marketing strategy ke caner nih, senang sgt berbaiknya pun lepas kena belasah
Quote gummiebear 3-12-2019 05:47 PM
Tak pernah iols tengok keganasan secara live. Ganas2 ya rakyat malaysia nih. Benda boleh gaduh buat apa bincang yedok?
Quote Greenbutterfly 3-12-2019 05:51 PM
Dasar bodoh takde kemaluan di situ..bergaduh mcm org takde akal,yg pmpuan tu dah kenapa nk tnjuk samseng?pmpuan jenis tak tau malu,takde ciri pmpuan yg baik pun..yg lelaki pulak berlawan serupa pondan..dah gaduh senang pulak nak berbaik,muka dah terpampang serata alam
Quote pokaibanktokyo 3-12-2019 05:55 PM
noradaniez replied at 3-12-2019 09:15 AM
Ni org yg sama pukul doktor yg skandal dgn bininya tu. Smlm muslim shah tu private jap fbnya. Hari n ...

Yang pukul  doktor  tu  namanya Aiman kan ? Satu geng dengan Muslim shah ek
Quote makneng 3-12-2019 06:02 PM
Part tino tu paling lawak.. Dah pukul mencicit lari.. Ko pehal sundillll
Quote matchstick 3-12-2019 06:04 PM
makneng: Part tino tu paling lawak.. Dah pukul mencicit lari.. Ko pehal sundillll


Aku pun tergelak dgn pompuan tu lari lps kena sepak.. Tp bahaya betul masa dia undur sbb kena sepak tu. Kalau kereta belah sana x berenti dh kena langgar.
Quote salmon-suki 3-12-2019 06:23 PM
Org mcm ni pulis xleh tangkap ke?terang2 menyusahkan pengguna jalan raya y lain..mohon pdrm amek tindakan kpd manusia2 bebal ni!
Quote Maimon80 3-12-2019 06:24 PM
Mon kalau jadik feremfuan tu... lepas mon kasik tamparan wanita, mon terus bukak step lagu elite... komfem xkan dipukul...{:run{:run{:run
Quote LuvAurora 3-12-2019 06:38 PM
Eleh perempuan tu berani sebab ada backup laki dia ja..gila nak pukul lelaki klo sorang2..
Quote missycutie 3-12-2019 06:40 PM
Muslim shah ni bapak tiri aiman kan. Aiman ni pulak yg kes pukul doktor (bf wife dia yg viral sblum ni)
Quote cahaya_almas 3-12-2019 06:59 PM
Berani ya perempuan ni..suka2 ati nak pukul org....mmg org skrg tk reti sbr erk....tk reri nak kawal emosi ya..parah lah umat kita kalau camni....
Quote LadyCarefree 3-12-2019 07:21 PM
Semua mcam sial la. Jual produk rupanya.
Quote noradaniez 3-12-2019 07:31 PM
pokaibanktokyo replied at 3-12-2019 05:55 PM
Yang pukul  doktor  tu  namanya Aiman kan ? Satu geng dengan Muslim shah ek

Tu bapak tiri dgn anak tiri. Dengarnya si aiman tu dah berhenti kerja kat dubai tu, skg dah ada balik kat sini. X wife aiman ada komen kat fb mamat yg kena sepak dek bini muslim shah tu.
Quote Perawankota 3-12-2019 07:34 PM
Hebatnya a pukul2 tengah jalan..
Quote belilies 3-12-2019 08:14 PM
Sepompuan pompuan aku pun malu nak sidekan si pompuan tu. Baca je stetmen yg kene pukul tu, yg pompuan tu dh kenapa naik angin camtu, dia sendrik yg salah. Dasar takleh trigger cket. Dah cam kiki batang carlock pun hada.

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.105669s Gzip On
To Top