Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Pakai Selotep Je? - Warga Maya Terkejut Dengan Penganjuran Ekspo Tatoo Di Malaysia

2-12-2019 11:35 AM Komen: 40
Panas! Tular di media sosial Ekspo Tatu Malaysia yang di adakan di Pusat Konvesyen, Kuala Lumpur pada 29 November hingga 1 Disember lalu. Ini kerana terdapat peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.



Kredit foto: FB

Acara ini mengundang pelbagai reaksi warga maya yang tidak pernah menyangka ekspo seumpamanya berlaku di negara kita.



Terbaharu, Menteri Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara itu.  

Tahukah anda bahawa acara seperti ini sebenarnya telah biasa diadakan di Malaysia cuma mungkin liputannya tidak meluas. Sebelum ini ia pernah diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun 2015, 2016 dan 2017 dan ianya telah menarik penggiat seni tatu badan dari hampir seluruh dunia berkumpul berkongsi minat dan mempamerkan hasil karya seni masing-masing.

Malah acara seumpamanya juga telah berlangsung di Melaka buat kali yang keempat pada 8 hingga 10 November lalu.

Kredit foto: World Tatoo Event

Sorotan 3 hari acara tersebut dikongsi laman penganjur menerusi laman Facebook rasmi di sini.

Loading FB Post...

Dalam pada itu, orang kuat di sebalik ekspo tatu terbesar di Kuala Lumpur tahun ini ialah Carlos Benny Majakil. Syarikatnya Koiyak Gloves adalah penaja utama dan penganjur ekspo ini. Syarikat 100% milik anak tempatan ini menghasilkan sarung tangan getah yang direka khas untuk industri tatu.

Kredit foto: The Star - Carlos Benny Majakil bertatu sejak usianya 14 tahun

Menurut Majakil, Ekspo Tatu Malaysia adalah salah satu daripada tarikan untuk Melawat Malaysia 2020. Agensi-agensi kerajaan seperti Tourism Malaysia telah aktif mempromosikan negara ke pasaran antarabangsa sejak beberapa bulan yang lalu. 

Acara ini meletakkan Malaysia di kalangan negara-negara dengan budaya seni tubuh yang semakin berkembang yang menjadikan tubuh badan manusia sebagai kanvas lukisan mereka.

Apapun penulis berharap, penganjuran seperti ini perlu ada garis panduan yang dikeluarkan pihak berwajib demi menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama.- CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
6
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 40
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote natrahn 10-12-2019 08:37 AM
Zazama replied at 8-12-2019 12:10 AM
Erk? Aku kt negara apakah ini?

dah lama ada event macam ni kat Malaysia.... since 2011 lagi

Lain-lain Komen

Quote royaldanish 2-12-2019 11:56 AM
Kalau expo ni buat kat Kuching or KK takde masalah rasanya sebab kat sana byk non muslim & memang banyak yg bertattoo

Kalau buat full body mcm awek tu memang tutup fefek & nipples sajork sebab judges nak tengok lines tattoo tu lawa ke tak.. kaler tu blend cantik ke tak.. ada anugerah utk mcm2 category tattoo

Kalau dh join int expo ni tattoo sebesar 50 cent pun beratus ringgit juga
Quote sapeka 2-12-2019 12:04 PM
Ape la nak dibanggakan badan banyak tattoo
Nampak kotor dan selekeh
Quote natrahn 2-12-2019 12:14 PM
royaldanish replied at 2-12-2019 11:56 AM
Kalau expo ni buat kat Kuching or KK takde masalah rasanya sebab kat sana byk non muslim & memang ba ...

penganjuran acara ni dah lama ada kan.. tapi menda-menda macam ni jadi sensitif sekarang nih..if you know what i mean..
Quote natrahn 2-12-2019 12:14 PM
sapeka replied at 2-12-2019 12:04 PM
Ape la nak dibanggakan badan banyak tattoo
Nampak kotor dan selekeh

masa muda ni takpa la kulit semua tegang lagi...bayangkan nanti dah tua sikit...macam baju tak gosok lah kedutannya
Quote ally9970 2-12-2019 12:16 PM
dulu2 tu ada sponsorship atau penganjuran bersama dgn kementerian ke tak?
Quote buragazz 2-12-2019 01:08 PM
Aku tak kesah le nak buat tattoo kat fefek ke futing ker fontot ker.. cuma nak tanya sapa sahkan supaya event ni diadakan.. memang bodoh la bila dah approve pastu bila ada perkara2 seperti ini diwar2 kan pastu baru nak.. "kita akan ambil tindakan" what the fish...
Quote ArvindArvind 2-12-2019 01:22 PM
Eleh bende camnie pun bani melayu sentap
Quote mamaida28 2-12-2019 01:28 PM
x kisah lah nak buat mcm mana pun, kita kena alertlah dgn adat budaya dan agama.. ada sikit rasa hormat..
Quote LuvAurora 2-12-2019 01:30 PM
wahhh makin maju negara kita..
Quote sapeka 2-12-2019 02:07 PM
buragazz replied at 2-12-2019 01:08 PM
Aku tak kesah le nak buat tattoo kat fefek ke futing ker fontot ker.. cuma nak tanya sapa sahkan sup ...

Kan..
Tak tengok ke kriteria event
Quote sapeka 2-12-2019 02:07 PM
LuvAurora replied at 2-12-2019 01:30 PM
wahhh makin maju negara kita..

Maju mende
Makin mundur
Pemikiran tahap haiwan
Quote adeqbun 2-12-2019 02:21 PM
hhaha keseronokan btol puak2 gini sejak dua menjak ni..pelik2 je event dan kegiatan diorg...sape la luluskan..pastu kementerian berkaitan  buat2 terpinga23 tak tahu
Quote mofisa 2-12-2019 02:22 PM
dah orang belanja bersyukur je la..hahaha
Quote Sangkar_Emas7 2-12-2019 02:25 PM
Tak perlu ade di kl/malaysia...byk lg negara lain buat. tak payah la buat kat sini. serabut rasa.
Quote buragazz 2-12-2019 02:47 PM
sapeka replied at 2-12-2019 02:07 PM
Kan..
Tak tengok ke kriteria event

Kan.. dah sah2 tattoo kompom memang akan ada yang mencacah kat kawasan sulit

Patutnya at the first place bila dengor tattoo ni tak payah approve lansung...
Quote Chairman 2-12-2019 02:48 PM
adehh bukan2 je aktiviti diorg ni
Quote sapeka 2-12-2019 03:02 PM
buragazz replied at 2-12-2019 02:47 PM
Kan.. dah sah2 tattoo kompom memang akan ada yang mencacah kat kawasan sulit

Patutnya at the fi ...

Sokong
Xde nilai pon
Tak sumbang apa2 pada negara
Quote Catpaw 2-12-2019 03:16 PM
Menteri SS tak nak komen ke
Quote ShawnGray77 2-12-2019 03:23 PM
natrahn replied at 2-12-2019 12:14 PM
penganjuran acara ni dah lama ada kan.. tapi menda-menda macam ni jadi sensitif sekarang nih..if y ...

Kannnn ....

Lihat semua komen(40)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.097062s Gzip On
To Top