Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Ibu Paling Bod*h" - Tinggal Anak Menangis Sendiri Dalam Hotel Kerana Main Kasino

29-11-2019 06:19 PM Komen: 15
Kredit foto: Google - Gambar Hiasan

Seorang pekerja hotel mendedahkan sikap seorang wanita yang tergamak meninggalkan bayinya keseorangan di bilik semata-mata untuk main kasino.

Menulis di Twitter, tanpa menyebut nama atau lokasi hotel berkenaan, Syiera Raof berkata bayi dianggar berusia tiga atau empat bulan dikesan menangis sendirian dalam satu bilik susulan penginap lain mengadu 'ada bayi nangis dalam sejam lebih tanpa henti'.


Beliau kemudian memaklumkan penyelia dan pengawal keselamatan yang terpaksa membuka pintu menggunakan kunci pendua.


Sekitar 15 hingga 30 minit kemudian, Syiera berkata seorang wanita yang tidak disebut usianya datang ke kaunter dengan muka risau dan memaklumkan yang anaknya hilang. Semakan kemudian mendapati bayi yang dibawa ke pejabat adalah anaknya.
 
Apabila pihak keselamatan bertanya mengapa beliau meninggalkan anaknya keseorangan di bilik, wanita itu berkata: 

"Dia tidur so (jadi) saya keluar laa kejap pergi casino (kasino) main dia biasa tidur dua jam".

Tanpa berselindung, Syiera menganggap wanita itu tetamu 'paling bodoh' pernah ditemuinya kerana individu berkenaan sanggup tinggalkan bayinya berseorangan di bilik hotel demi untuk pergi ke kasino.


Warga maya turut tidak berpuas hati dengan tindakan ibu yang pentingkan diri sendiri itu.




Perkongsian Syiera diulang siar hampir 10,000 kali setakat ini dipersetujui kebanyakan warga maya yang menyifatkan perbuatan wanita berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab. 

Malang tidak berbau. Kalaulah jadi kejadian tidak diingini barulah nangis tidak berlagu. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote keknaih 2-12-2019 10:43 AM
gamak laa si mak tinggalkan anak sesorg sbb casino. mmg bodoh

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 29-11-2019 06:30 PM
Kak hasanah kini main kasino di hotel plk chuollls...@Modngengade
Quote Kurex 29-11-2019 07:06 PM
tak bosan ke semua cerita dicedok dsri twitter????
Quote Supersirap 29-11-2019 07:07 PM
Jangan terlalu penting kan diri sendiri
Quote mbhcsf 29-11-2019 07:40 PM
ni bukan bodoh ni dah tahap addiction ni.

hmm, jauhilah zina, arak dan judi .

Quote missycutie 29-11-2019 07:44 PM
So ST*P*D....tergamak tinggal anak macam tu je even budak tu tengah tido pun.  Apaknya mana?
Quote natrahn 29-11-2019 09:13 PM
Kurex replied at 29-11-2019 07:06 PM
tak bosan ke semua cerita dicedok dsri twitter????

jangan la busan kurex
Quote shernazz 29-11-2019 09:33 PM
Naseb poen x boleh tanggal
Kalau tak..poen pon dia tanggal xmaunkencing selama 12 jam dalam kasino
Quote umbut 29-11-2019 09:54 PM
Nasib baby nangis. Buatnya baby bergolek jatuh katil camner...
Quote addved 29-11-2019 11:30 PM
Patut name and shame ... tapi takut nanti kena saman lak.
Quote Perawankota 30-11-2019 02:43 AM
Kalau dh ketagih berjudi tu..
Quote pensil82 1-12-2019 11:03 PM
kerana BODOH itu PERCUMA....
Quote DARSITA 2-12-2019 07:54 AM


Apa kata pihak hotel casino sediakan perkhidmatan babysitter. Win-win situation.
Quote LautBiru52 2-12-2019 10:20 AM
Haih. Aku tak boleh betul la baca pasal baby ni. Sian dia dapat mak mental
Quote keknaih 2-12-2019 10:42 AM
Kurex replied at 29-11-2019 07:06 PM
tak bosan ke semua cerita dicedok dsri twitter????

haha mcm tengok siaran ulangan
Quote keknaih 2-12-2019 10:43 AM
gamak laa si mak tinggalkan anak sesorg sbb casino. mmg bodoh

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.162010s Gzip On
To Top