Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

'Simpan Mayat Suami 11 Tahun Dalam Peti Sejuk' - Isteri Dah Meninggal Baru Rahsia Terbongkar

29-11-2019 12:21 PM Komen: 15
Siapa sangka kematian seorang wanita warga emas membongkar rahsia besar yang disimpan sejak sekian lama. 

Memetik Independent, wanita yang dikenali dengan nama Jeanne Souron-Mathers, 75 ditemui meninggal di kediamannya di Utah, Amerika Syarikat selepas dia tidak kelihatan selama dua minggu di bangunan tempat tinggalnya. 

Selepas pemeriksaan dilakukan oleh pegawai kebajikan, mereka akhirnya menemui mayat Jeanne dalam rumahnya. 

Kredit foto: Awani

Namun, ia tidak terhenti setakat itu kerana sebuah lagi penemuan yang begitu mengejutkan iaitu mayat suami Jeanne didakwa berada dalam peti sejuk.

Pihak berkuasa berkata, kematian Jeanne bukanlah satu kes jenayah namun kematian suaminya itu mengundang curiga pihaknya. 

Mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai suami Jeanne bernama Paul Edwards Mathers, 69.

Mayat suaminya dijumpai di dalam peti sejuk bahagian beku yang disimpan di dalam rumah.

Kredit foto: BBC

Polis setakat ini tidak mengetahui bagaimana kematian suaminya, sama ada isterinya terlibat atau tidak, namun mengesyaki sesuatu telah terjadi, katanya. 

Menurut jirannya, suami wanita itu sudah lama tidak kelihatan dan jika benar perkiraan yang dilakukan, sejak 11 tahun lalu.

Kedua-dua mayat itu kini dihantar untuk bedah siasat. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 15
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Sazida 30-11-2019 06:12 PM
Cantikk rumah dia.

Lain-lain Komen

Quote awaynepian 29-11-2019 12:49 PM
Kalau si wife tu sebenarnya bersalah dalam kematian hubby dia...consider selamat la dia ..sbb dia pun dah mati..polis xleh buat apa
Quote fliphair8 29-11-2019 12:57 PM
takde wit nak buat funeral kut...sebatang kara plak....simpan je le..sesekali bole tengok muka laki kalo rindu...
Quote sarah82 29-11-2019 12:58 PM
11 tahun.. Perghhhhhhh
Quote geenie 29-11-2019 01:09 PM
fliphair8 replied at 29-11-2019 12:57 PM
takde wit nak buat funeral kut...sebatang kara plak....simpan je le..sesekali bole tengok muka laki  ...

ada 1 episode dlm cite CSI LV.tak ingt season brapa. spouse mati. tak ada duit nak buat funeral. so, dia potong kerat2 mayat spouse dia gune gergaji.

then, dia pi "tabur" yg da potong2 kt gurun.

jd kes sbb ada camper jumpa serpihan mayat (kaki ke tgn ke ape ntah)
kesian....


Quote becir 29-11-2019 01:12 PM
geenie replied at 29-11-2019 01:09 PM
ada 1 episode dlm cite CSI LV.tak ingt season brapa. spouse mati. tak ada duit nak buat funeral. s ...

Sana serbi serbi Mahal...hidup susah, mati pun susah..gitu
Quote LuvAurora 29-11-2019 01:15 PM
Dia xtakut ka lama tu 11 tahun
Quote Rainrein 29-11-2019 01:23 PM
Tak berhantu pulak rumah tu ek.
Quote fushimi 29-11-2019 02:29 PM
Rainrein replied at 29-11-2019 01:23 PM
Tak berhantu pulak rumah tu ek.

kalau berhantu pun sah sah hantu tu laki sheols

nak takut apa
Quote hollahop 29-11-2019 04:07 PM
uish lama 11 tahun tu. nak siasat pun bini dia pun dah mati jugak.
sebatang kara la diorang ni kan. si isteri mati pun leps 2 minggu baru tau
Quote KiahRonggeng88 29-11-2019 09:38 PM
Sedih  nyaaaa...cinta mati gitu... Kak Kiah dh pesan kat laki kak kiah kalau kak kiah mati dulu dia jangan kwen lagi...kalau kwen jgak kak kiah akan jd hantu cekik dia...tapi kalau laki kak kiah mati dulu..kak kiah dh ckp hidup kak kiah kena terus kan.. yang mati biar lah..bil air yang hidup tak boleh tertunggak...
Quote awaynepian 30-11-2019 06:53 AM
KiahRonggeng88 replied at 29-11-2019 09:38 PM
Sedih  nyaaaa...cinta mati gitu... Kak Kiah dh pesan kat laki kak kiah kalau kak kiah mati dulu dia  ...

Amboi kak kiah...siap buat agreement ya
Quote batmana 30-11-2019 09:56 AM
pasni klu psgn warga emas, tinggal berdua, tkde anak, pstu ada peti ais besar,
polis kene check2 slalu jawapnya..
Quote noell 30-11-2019 10:07 AM
ni mesti kes bini nak klaim pencen laki dia so dia sorok kematian laki dia so pencen continues
Quote TravellingBear 30-11-2019 05:17 PM
Utah area mormon... ada isu ka... mormon halal kan poligami. Tkde limit . Kawen seribu pon boleh katanyaaaa....
Quote Sazida 30-11-2019 06:12 PM
Cantikk rumah dia.

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.160761s Gzip On
To Top