Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Gaji RM1500 Tapi Buat Kerja Macam Gaji RM5000, You're Underpaid!"- Hazeman Huzir

SakuraJo|29-11-2019 11:52 AM Komen: 114
Baru-baru ini pelakon dan model Bella Dally berkongsi mutiara kata di akaun Twitter miliknya tentang keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan pasti akan mendapat balasan yang baik dan setimpal walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit. 


"Yakinlah, kalau gaji cuma RM1,500, tapi buat kerja macam gaji RM5,000, Allah akan bayar dengan cara yang lain."

Bagaimanapun, perkongsian tersebut menyebabkan perdebatan di kalangan pengguna laman sosial tersebut yang rata-ratanya tidak bersetuju termasuklah pengacara Motif Viral, Hazeman Huzir. 

"Dear, kalau gaji RM1500 tapi buat kerja RM5000, that means you are under paid," tulis Hazeman sambil mengulang kicau (retweet) posting Bella tersebut. 

Tidak bersetuju dengan mutiara kata itu, Hazeman berkata sekiranya bekerja seolah-olah bergaji RM5000 tetapi hanya dibayar RM1500, itu bermakna seseorang itu tidak mendapat gaji yang setimpal dengan apa yang dilakukan olehnya

"Bersyukur is one thing. Being sensible is another."

"Jangan baik sangat please. Kalau kau mati, companies boleh ganti you macam tu je. Everyone is replaceable."


Dalam pada itu ramai yang bersetuju dengan pendapat Hazeman dan turut merasa yang kebanyakan majikan hanya mengambil kesempatan terhadap pekerja mereka.

Kredit foto : Twitter Hazeman

Tidak kurang juga menyokong Bella kerana faham apa yang cuba disampaikan oleh Bella iaitu keberkatan dalam bekerja. 

Kredit foto : Twitter Hazeman

Bagi penulis, keberkatan dalam sesuatu perkerjaan itu penting. Kalau nak gaji yang kita dapat tu berkat, kerja kena ikhlas dan tidak mencuri waktu. Tetapi sekiranya majikan sudah melampau dengan memberi pekerjaan yang berlebihan sedangkan orang atasan gaji berpuluh ribu tapi kerja macam orang bergaji RM1000, sebaiknya carilah pekerjaan lain. 

Apa pun semuanya terpulang kepada setiap individu. Periuk masing-masing, kan. Jangan sampai 'depression' sudah! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 114
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-12-2019 04:10 PM
kat opis meols ni ha, ada jaa yang gred tinggi dari meols, tapi datang opis tak buat apa2 pun.. pernah sekali, kitorang nampak dia pakai mask untuk kulit flawless tu.. babi betul pakai mask kat opis, nampak sangat takde kerja kan?
semua kerja2 dia staff2 bawah yang kena settlekan. lancau la. sebab dia anak sedara somebody, terus dibiarkan pompuan tu sesat.

Lain-lain Komen

Quote umbut 29-11-2019 11:58 AM
Acah2 mutiara kata... last kena kecam
Quote Asdan 29-11-2019 12:02 PM

kalau baik sangat senang dipergunakan, tengok ayam kambing lembu baik tak kacau manusia, tapi manusia makan, harimau singa makan manusia, tapi manusia puja
Quote Kurex 29-11-2019 12:10 PM
Asdan: kalau baik sangat senang dipergunakan, tengok ayam kambing lembu baik tak kacau manusia, tapi manusia makan, harimau singa makan manusia, tapi manusia ...


jepun yg kau banggakan tu makan ikan, daging, babi, ayam.. kau taknak ikut ke lanc*u???
Quote Acikgomen 29-11-2019 12:12 PM
umbut replied at 29-11-2019 11:58 AM
Acah2 mutiara kata... last kena kecam


Janji viral sis
Lepas ni boleh buat paid review. Kendian jadi founder product timbang kilo
Quote Meiizu 29-11-2019 12:15 PM
Edited by Meiizu at 29-11-2019 12:18 PM

konsep husnozon ni apply kat diri sendiri sudah lahhh ...  jgn paksa orang lain terima pendapat hang.
apa rasa underpaid then bos yg post "gaji 1500 buat keje mcm 5000 "
hellllloooo hang bodo kaaaaa... bos hang sengih cam jilakerrr terima like byk2.

Quote gadis_tulip 29-11-2019 12:15 PM
Aku tengok yg gaji rm5k sebulan tue pangkat pegawai. Lagi banyak relax. Sign je keje die. Lain org2 bawah yg buat.

Untung la sape gaji rm1.5k buat keje pangkat pegawai, relax sangat kan?

Quote Meiizu 29-11-2019 12:17 PM
umbut replied at 29-11-2019 11:58 AM
Acah2 mutiara kata... last kena kecam

kannnnnn vodo bajet best layak dikecam
Quote palmolive 29-11-2019 12:21 PM
aku nak tambah gak

"Tuhan tak suruh ko sokong/cenderung pada org zalim"
Quote awanearisu 29-11-2019 12:33 PM
Bella tak patut keluarkan mutiara kata sebegitu. Itu mutiara kata bagi golongan oportunis, bukan realist.
Quote johan-adx 29-11-2019 12:39 PM
bab gaji ni sensitip..jgn la pepandai sebut
Quote fliphair8 29-11-2019 12:41 PM
makan diri...nilah orang kata bila bercakap tak tengok keliling....
Quote mdhelmi 29-11-2019 12:44 PM
pernah jumpa x gaji RM5,000 tapi buat kerja mcm gaji RM50 je
Quote Skuau 29-11-2019 12:47 PM
Asdan replied at 29-11-2019 12:02 PM
kalau baik sangat senang dipergunakan, tengok ayam kambing lembu baik tak kacau manusia, tapi manu ...

rimau make kito..kito make rimau balik...gitu????....#asdankenasumpahanikang
Quote awanearisu 29-11-2019 12:49 PM
Kenalah hati-hati. Dah la sejak akhir-akhir ni ada beberapa pelakon menyuarakan isu gaji yang tidak setimpal. Bella pula duduk dalam industri yang sama.

Jangan nanti patah balik pula bila ada produksi tawarkan bayaran rendah untuk khidmat awak ya.
Quote Bergosip 29-11-2019 12:51 PM
Iols setuju dengan kata2 Hazeman Huzir.

Dekat tempat kerja lama iols dulu, ada sorang akak ni dia memang rajin lah buat kerja , selalu OT, dan ambik task assign dulu dari tarikh yang sepatutnya. Kalau boleh, semua dia nak buat. Tapi bila akak tu dapat penyakit slip disc, MC dalam 2 bulan lebih jugaklah. Terus company tu bagi surat amaran dan arah untuk berhenti. Padahal nature kerja kitaorang duduk dalam office dan meeting pon dekat meeting room or hotel2/company tu.
Quote hzln 29-11-2019 12:52 PM
Iols skrg buat keja amik token fee saja
Tulung2 orang, permudahkan orang, lapangkan hidup org
Nescaya dilapangkan jua hidup kita
I may not have much cash
Tapi hidup almost stress-free
Dan duit dlm poket rasa mcm tak pernah abis, sentiasa saja ada, tika hari cerah, tika hari mendung, tika hujan ribut petir, juga tika hari hujan ribut petir org lain, insyaallah sentiasa ada di saat diperlukan

Nikmat tuhan mu yang manakah lagi yg kau dustakan?

#donemodesetajahporum
Quote Bergosip 29-11-2019 12:55 PM
awanearisu replied at 29-11-2019 12:49 PM
Kenalah hati-hati. Dah la sejak akhir-akhir ni ada beberapa pelakon menyuarakan isu gaji yang tidak  ...

Lepas ni Bella tak boleh lah keluarkan apa2 statement kalau dia dapat offer bayaran murah dari rate dia. Sebab nnti, ada yang akan retweet balik statement dia kan haha
Quote September14 29-11-2019 01:00 PM
Buat kje sdri je, klu tetiba kna buat kje org lain ko pndai2 la mengelat... nak hire pkerja bru bkira lpstu nk gunakan staff bawahan.. lancau. Jgn biarkan dr anda dibuli dlm hdup ni.
Quote MeghanK 29-11-2019 01:09 PM
setuju dengan huzer whatever his name is
kalau gaji 1.5k tapi keje macam orang yang gaji 5k tu bodoh nama dia.

big salary comes with even bigger responsibility..kalau kau rasa keje yang kau buat tak setimpal dengan apa yang kau dapat, voice out la..ni duk konon redha bersyukur bagai..kau ingat company appreciate staff camtu ke..lagi seronok ada la sebab boleh perah hasil kaw2 tapi bayar ciput je

Lihat semua komen(114)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.170405s Gzip On
To Top