Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Bukan Curang, Dah Tak Ada Jodoh" - Hubungan Risteena Dengan Ikhwan Dah Berakhir

27-11-2019 10:34 AM|Oleh: natrahn| Komen: 48

Ramai tertanya-tanya mengenai hubungan Risteena Munim dengan Ikhwan Khairuddin yang sepatutnya berkahwin pada bulan ini. Pelbagai spekulasi timbul, malah ada yang menuduh Risteena curang. 

Rupa-rupanya, hubungan Risteena dan Ikhwan sudah berakhir sejak beberapa bulan lalu. Berdepan pelbagai ujian, pelakon Nur Risteena Munim, 30, mengakui sudah berjuang berhabis-habisan untuk terus mempertahankan cintanya. 



"Tiada siapa perlu disalahkan apabila hubungan kami berakhir dengan perpisahan. Kami tidak ditakdirkan bertemu jodoh. 

"Bukan saya tidak berusaha mempertahankannya, malah Ikhwan tahu bagaimana saya berjuang menjaga perhubungan kami.

"Bagaimanapun, apabila sudah puas berjuang, hubungan itu hanya tinggal sisa dan bagaikan tiada kesudahan. Rasanya, cukuplah setakat itu," ujarnya memetik laporan Berita Harian.

Risteena sekarang dikatakan sedang hangat bercinta dengan jejaka misteri dan sedang melalui fasa bahagia sekarang.



Walaupun Risteena memilih untuk tidak mendedahkan wajah kekasih barunya hingga mencetuskan tanda tanya, ramai juga yang seakan-akan sudah mengetahui siapakah jejaka misteri yang bertakhta di hati Risteena iaitu aktor Isa Khan.



Namun, sehingga kini, walaupun digosipkan bakal berkahwin, Risteena dan Isa belum sedia membuka mulut mengenainya. 

Terdahulu, Isa dan Risteena yang juga seorang pelakon mendapat perhatian ramai selepas kakak kepada Ruhainies itu berkongsi foto dan video seorang lelaki berserta emoji cinta.

Malah, Risteena juga pernah memuat naik foto bersama Isa dan kakak aktor itu, Farali Khan, berserta kapsyen gambar 'keluarga'. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
6
Komen: 48
Komen

Previous : Azhan Rani Semakin Mendunia- Terima Anugerah Khas Juri di Anugerah Telenovela 2019

Next       : "Itu Bajet Zaman Sultan Melaka Ke?" - Tony Eusoff Berangin Dengan Bajet Puaka Drama TV

Patah Hati Putus Cinta, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 25
"Kurang Ajar!"- Rita Rudaini Bengang Anak Dibuli Di Sekolah, Sampai Seluar Pun Dilondeh
Budak 9 Tahun Dibelasah Bapa Kerana Bekal Untuk Jamuan Sekolah Tak Dijamah
Meriah Dengan Keluarga Selebriti, Parti Hari Jadi Aaradhya Bachchan Umpama Fiesta Bollywood!
Ruhainies Geram Dengan Kekasih, Belikan Anggur Mahal Harga RM148
Masuk Sah Tapi Buat Kerja Songsang, Pasangan Gay Didenda Rm1,000
"Cinta Terpenjara Dalam Kamar Derita" - Dr Maza Kecewa Majlis Kahwin Pasang Lagu Sedih
"Itu Bajet Zaman Sultan Melaka Ke?" - Tony Eusoff Berangin Dengan Bajet Puaka Drama TV
Unfollow, Private IG - Peminat Takut Kim Heechul Ikut Jejak Kawan Baik, Sulli Dan Goo Hara
"Kalau Nak Elok Beli Barulah"- Sedekah 'Sampah', Perangai Bodoh Zaman Moden?
'Nak Bantu Orang Susah' - Selepas Sabah Care, Suhaimi Saad Lancar Mosus Foundation
Dari Model Dan Pelakon, Haneesya Hanee Bakal Keluarkan Single!
Bawa Balik Abu Chin Peng, Hina Bendera Agenda Komunisme - Tuan Ibrahim
Sumbat Anak Dalam Beg, Tinggal Depan Kedai Sebab Tak Mampu Buat Rawatan
Hentikan Tohmahan - Isteri Pertama Da'i Farhan Minta Warganet Hormat Pendirian Terima Poligami
"Tolong Jadi Lelaki Sejati" Tegur Isteri Kedua Amar Asyraf
Mawar Rashid Izinkan Anak Jadi Artis Walaupun Baru Umur 7 Bulan
"Belikan Bini Kau Coli Dan Underwear Baru!" - Zarina Anjoulie Bengang Dengan Lelaki Melayu
Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
Eyra Hazali Selamat Bergelar Isteri Penjaga Gol, Haziq Nadzli
Basikal Yasmin Hani Tak Mahal, Harganya Kurang Dari RM10,000

Komen Terbaru

Quote pinkzara 8-12-2019 11:01 AM
spoil brat la dua beradik ni.

Lain-lain Komen

Quote kualibesi 27-11-2019 10:42 AM
tengok lepas ng bf baru nie, makin menyeksi plk
Quote MistrezHermanaz 27-11-2019 10:51 AM
gigih berpeluk sakan, kang x jd kawen br tau
Quote Kurex 27-11-2019 10:54 AM
mesti tak jadi kawen jugak
Quote Mfzg89 27-11-2019 11:04 AM
nangka bungkus sape nak..dahtu rege mengalahkan buah segar..
Quote Meiizu 27-11-2019 11:07 AM
Mfzg89 replied at 27-11-2019 11:04 AM
nangka bungkus sape nak..dahtu rege mengalahkan buah segar..

tapi nanti ada je yg nak
Quote hotmak 27-11-2019 11:11 AM
wow gambar atas tu, pergi umrah sesama ke
Quote aemon 27-11-2019 11:37 AM
boleh la tunjuk makan nasi kandar jugak mcm si kemek buat.
Quote renko 27-11-2019 11:49 AM
tunggu si bangsat ruhainis tu plak
Quote tokenn 27-11-2019 11:51 AM
sian 2 bradik ni..
Quote Bee_hwa 27-11-2019 12:00 PM
Diorang adik beradik dua ni kenape ye..xabis2..
Quote miemiecha 27-11-2019 12:05 PM
AGAINNNN...
famly ni mmg sal jantan je kan
Quote mieymiey 27-11-2019 12:05 PM
Putus beberapa bulan lalu, laaa ni dah counting days dengan si mamat isa ni? Betul ker tak curang?
Quote dewi_rina 27-11-2019 12:05 PM
Badan mcm org dah kawin, dorang ni adik beradik agaknya masa kecik2 sbelum tido mesti baca cerita fairytail
Kisah2 romantik, jumpa lelaki idaman
Dpt bunga, dpt coklat, dpt belon hari2 kan?
Quote NekNgah 27-11-2019 12:06 PM
Semalam keluar cerita adik, hari ni keluar cerita kakak.  Issue sama, boyfriend!!
Quote Rainrein 27-11-2019 12:10 PM
Dua beradik ni ada syer kat cari ke? Selang seli cite dorang je.
Quote slyfynx 27-11-2019 12:26 PM
Haish, birah sgt cite pasal jantan je keluarga nih.

Kalau org tau pun dapat ape, jadi aman ke Malaysia ni.
Harga minyak turun ke?
Quote September14 27-11-2019 12:29 PM
Ensem jgk mamat bkopiah tu
Quote RatuDunia94 27-11-2019 12:42 PM
Bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....


Risteena - putus dgn kekasih lama kini sedang rapat dengan Isa Khan?

Ruhainees - Kekasih sanggup suap makan Risteena dalam kereta Ferari

Risteena - Tidak mahu mendedahkan siapa kekasih misterinya?

Ruhainees - Ruhainess marah bila kekasih beli anggur berharga RM148.

Ko rasa apa fungsi dua beradik ni dlm industri kalau pusing2 cerita pasal kisah cinta  dgn kekasih beli anggur bagai???

Xde ke kisah "Ruhainees teruja filem lakonannya mendapat kutipan Box Office" atau "Ruhainees kini sibuk dengan tawaran berlakon dari produksi seberang"..
Quote TerataiMelur02 27-11-2019 12:42 PM
Selagi tak kawin dua beradik ni memang tiap minggu akan ada je bebenang dorang ni.
Cepat2 la kawin oi.. Bukan x mampu pun kan. Ke nak tunjuk2 romantik sbb nak tggu kot2 ada yg sponsor sampai 10juta?

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.135024s Gzip On
To Top