Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Sampai Patah Tangan' - Anak Kapal Mengeluh Penumpang Suka Bawa Bagasi Terlebih Berat

26-11-2019 10:46 AM|Oleh: Sang_Pencinta| Komen: 24

Tugas utama anak kapal adalah memastikan keselamatan penumpang ketika dalam penerbangan selain menjaga keselesaan mereka. 

Sebenarnya, mengangkat dan menurunkan bagasi dari kompartmen bukanlah bidang tugas mereka,walaupun ramai di antara mereka yang sanggup membantu demi kelancaran penerbangan.


Kredit foto: Reuters

Malangnya, walaupun sudah berkali-kali diberikan peringatan, namun masih ramai penumpang membawa bagasi tangan melebihi berat yang ditetapkan. 

Ini menyebabkan ramai anak kapal terpaksa menjalankan tugas mengangkat beban berat atas ini sehingga ada yang mengalami kecederaan.

Seorang netizen bernama Okedkama baru-baru ini berkongsi keluhan rakannya yang juga seorang anak kapal.

Ada anak kapal patah tangan kerana tolong penumpang angkat beg ke kompartmen, bag itu jatuh dan menimpa lengannya.

Kalau tak bolah angkat sendiri, mohon check in bagasi, bukan tugas kami angkat beg korang.

Berapa banyak anak kapal slip disc, patah sana sini, hilang kerja sebab penumpang degil? Bila offload beg ke kargo, esok-esok dapat surat komplen,' keluh rakan Okedkama.

Kredit foto: Facebook

Menurutnya lagi ramai warga tua, ibu-ibu dengan anak dan kaki travel yang degil sering mengingkari peraturan berat muatan ini menyebabkan bukan sahaja mereka menyusahkan diri sendiri, tetapi juga orang lain.

Keluhan anak kapal itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ada yang terasa dengan kenyataan itu kerana sering melakukan benda sama, bagaimanapun mereka memberikan alasan mengapa terpaksa membawa barang berat.


Kredit foto: Facebook

Terasa pula dengan status ini sebab saya seorang ibu yang travel dengan bayi seorang diri. Tetapi, setakat ini tak ada menyusahkan kru. Selalu ada penumpang lain sudi hulurkan bantuan. Bukan tak nak check in beg, tapi setiap orang ada kesusahan masing-maisng. Kalau senang, memang tak pernah terdetik mahu menyusahkan orang," kata netizen.

Ada pula yang mengkritik perangai penumpang yang membawa bagasi lebih muatan hanya kerana ingin berjimat.


Kredit foto: FB

Bagaimanapun, ada juga yang membalas luahan itu sebagai banyak songeh.

"Baik kau maklumkan kepada syarikat penerbangan ni suruh Palam buang tempat simpan beg dalam pesawat. Kau minta kerja, banyak songeh pula."

Bagaimanapun, ramai yang mempersoalkan pihak penerbangan kerana gagal menghalang kemasukan bagasi lebih muatan sehingga mencecah 20 kilogram.

20 kg, macam mana boleh lepas? Sepatutnya pihak penerbangan lebih ketat menapis bagasi, kata seorang netizen.


Kredit foto: FB

Persoalannya, benarkah penumpang kini terlalu kedekut dan tidak mengikut peraturan berat bagasi maksimum? Atau anak-anak kapal sengaja mengada-ngada tidak mahu membantu penumpang? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 24
Komen

Previous : "Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk Macam Mana?" Ini Tips Ibadah 'Traveler' Muslim

Next       : Hotel Bajet Di Jepun RM4 Je Kalau Korang Rela Gerak-geri Disiarkan Live Di YouTube!

Komen Terbaru

Quote Buritan 30-11-2019 09:23 AM
Lopes ni boleh amik pramugari dgn pramugara yg gemuk gundu sbb nak krna angkat brg

Lain-lain Komen

Quote cikatilia 26-11-2019 10:57 AM
setiap kali aku gi epot send family - akan ada beg kena reject sbb berat sgt tapi xnak cek in bag
belum lagi lebih muatan sampai puloh2 kilo
merayu2 mintak kurangkan bayaran denda

Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 11:11 AM
Sy pernah kena timbang Airasia lebih 1.5 kg, terpaksa kurangkan barang. Sikit je

MAS longgar sikit sbb tu ramai bawa lebihan
Quote jebatmaspunyer 26-11-2019 11:13 AM
deme ingat ni cam naik lori ke apa?
Quote Themilo 26-11-2019 11:13 AM
PPRT yang tak pernah naik flight jaa akan gigih bawak 20kg untuk handcarry.
Quote Nora_29 26-11-2019 11:27 AM
Gais, please follow flight rules & regulation about hand carry and baggage weight, ini semua ada kaitan dengan SOP aviation ya.

Ya, kita semua kalau boleh nak low cost in every corner but janganlah sampai menyusahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk tunduk dengan perangai cheapskate kita. Kalau nak cheapskate bagai, haaa korang hadaplaa drive kereta jejauh

Bersyukurlah dah boleh terbang ke sana ke sini dengan kos rendah...
Quote salmon-suki 26-11-2019 11:29 AM
Kalau dah cmtu policy dorg,y penumpang ni kena laa faham dan BE RESPONSIBLE for your own sh*t!

Jgn ingat nak huhahuhahua g travel tp satu benda psl responsibility pun xtaw..korg igt FA tu hamba abdi korg ke?customers is not always right ye..phrase customers selalu betul tu is soooooo yesteryears...
Quote salmon-suki 26-11-2019 11:30 AM
Themilo replied at 26-11-2019 11:13 AM
PPRT yang tak pernah naik flight jaa akan gigih bawak 20kg untuk handcarry.

Dorg malas nak bayar extra tp gedik nak travel sana sini..
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 11:40 AM
Themilo replied at 26-11-2019 11:13 AM
PPRT yang tak pernah naik flight jaa akan gigih bawak 20kg untuk handcarry.

Akak2 shopping dari Bandung selamba bawa hand carry 20kg
Quote shernazz 26-11-2019 11:42 AM
Iols penah ye tengoj ada acik ni gigih bawak beg luggage tu naik n berat..
Fa dh ckp berat..dia nak jugak bawak
Lastnlast kena sound dgn fa lelaki..monyok je..
Iols bawak naik beg galas je..sorang satu semua sebab anak anak.iols ni biasa.la..nak.itu la..ini la..x padan dalam.kapatebang seat ekonomi

Kesian la depa depa keje fa ni..kawan laki iols ..bini dia dpt pampasan.ratusan ribu juga sebab slip disk...xboleh keje dh
Quote Sang_Pencinta 26-11-2019 11:42 AM
Selain flight dari Jakarta/Bandung selalu nampak penjual tudung dan kain dari Ho Chi Minh buat mcm ni
Quote syadq 26-11-2019 11:47 AM
Kenakan extra charge utk handcarry lebih muatan, bagi diskaun utk check in luggage.
Quote MissLana 26-11-2019 12:18 PM
Hahahaha kesian kak stewardess yekkk. Kat darat jln lenggok kemaen gah org pandang tgk tak kelip melentok tp atas flight renyah ye engkorang tolak trolley lain, angkat luggage lain huhu
Quote ikanmasin 26-11-2019 12:35 PM
pengalaman akk masa balik sabah mmg semua msk kargo jer..stanby 1 bag
sederhana sbb lampin ,pampes tidu basah bag plastik kecik utk anak2 dgn
handbag jer..bawa anak kecik sorang, sorang lg 2thn anak2 lg penting so semua
bag2 msk jer kargo senang.kecuali masa arwah bapa akk meninggal akk bawa trs
msk kapal sbb nak mengejar masa tukar kapal pl trn sandakan.tp mmg sll akk tgk
ramai yg selfish,main paksa2 tolak2 abis bag org lain pl.terpaksa krew2 ni msk campur
gak g tegur ada yg terpaksa tinggal mengamuk.dah lebih muatan nak g letak kat mana
pl kan..mas mmg timbang rasa tp sll org amik kesempatan tu jd masalah..
Quote Artemesiaa 26-11-2019 01:01 PM
Sendiri yang kedekut yang bayar luggage FA pulak yang nak disalahkah bila dia orang tak nak bantu angkat.  Kalau sendiri pun tak daya nak angkat bag keatas pasti orang lain pun sama juga.  Itu bab nak angkat bag masuk compartment belum lagi kalau berlaku kecemasan.  Buatnya terbukak pintu compartment tu jatuh bag yang berat tu atas kepala penumpang lain bukan ke membahayakan.
Quote CatMiow 26-11-2019 01:03 PM
Acik2 tua dan ibu2 ampon lagi la nak dibantu angkat beg letak kat kompartmen,  yg hauknya kalau abam macho

Tetapi membawa bawaan lebih 20k memang melampau. Dan sebenarnya tak bagus dari sudut keselamatan pun.
Quote renko 26-11-2019 06:50 PM
dah bawa barang berat
masuk jelah check in
mengada2 pulak
Quote Bergosip 26-11-2019 10:31 PM
Iols tak faham dengan manusia yang bawak masuk luggage dalam cabin. Berat tu. Tak penat ke usung luggage tu ke hulur ke hilir. Pergi cek in bag tu, senang kerja.

Untuk comment FB, Mommy yang travel sorang2 pon iols rasa dorang tak bodoh nak letak barang baby dalam luggage. Macam naik bas, kereta. Ada bawak luggage dekat seat penumpang. Mestilah bawak backpack atau handbag baby tu kan.  Ayoyo , janganlah angkut luggage dalam cabin.

Iols kalau naik flight, bawak handbag je. Aman damai hidup tak payah nak angkut benda berat. Penat angkut beg tu nanti kacau mood nak berholiday.
Quote Jorja 26-11-2019 10:51 PM
Untung budak sekarang senang nak jadi FA, minimum height 5'2 aja
Quote Victorioussss 27-11-2019 12:07 AM
Xpernah pulak iols suruh stewardess tlg anglat beg letak kat kompartment

Biasanya bile dorg offer pertolongan iols fecline dengan sopan

"Xpe sayang i bole i kuat"
Sambil kenyit mata lantas stewardess tu blushing senyum sipu sipu

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.084030s Gzip On
To Top