Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Cinta Terpenjara Dalam Kamar Derita" - Dr Maza Kecewa Majlis Kahwin Pasang Lagu Sedih

Oleh: LilRose|25-11-2019 05:10 PM Komen: 28
"Saya tak pasti apakah lagu-lagu sedih itu sesuai untuk hari kegembiraan?!"

Jelas terpancar kekecewaan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung pemilihan lagu sedih dalam majlis perkahwinan.


Kredit foto: IG

Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza meluahkan kekecewaannya itu menerusi Instagram ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan yang tidak dinyatakan lokasinya.

"Apakah percintaan itu hanya menjadi indah jika dibaluti kisah kecewa dan sedih?!" ujarnya.

Jelasnya, bukan cinta namanya jika 'terpenjara dalam kamar derita'. Cinta adalah keindahan.

"Cinta adalah manifestasi rasa yang mendalam yang berakar dalam jiwa.

"Cinta juga bukan satu kebodohan sehingga membazir air mata menangisi orang yang tidak setia dan tidak sudi," tegasnya.


Kredit foto: IG

Sehubungan itu, Dr Maza menasihati supaya pihak bertugas yang dijemput tuan rumah supaya bijak memilih lagu.

Ramai yang bersetuju dengan perkongsian Dr Maza.

"Jangan nyanyi pelamin anganku musnah.. Hancur," seloroh warganet.

Pun begitu, ada juga yang menyifatkannya sebagai hiburan semata-mata.


Kredit foto: IG

Ada betulnya juga apa yang disampaikan Dr Maza. Kata-kata itu suatu doa. Apa pula perasaan pengantin yang didendangkan lagu dengan bait kata sedih?

Apapun, terpulang kepada persepsi masing-masing. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 28
Komen

Anda Mungkin Meminati

Siti Badriah Kongsi Tip Cepat Dapat Anak
"Macam Tiru Artis Iluminati Je" - Heliza Dikecam Tutup Satu Mata Ketika Tunjuk Solidariti
Dah Jemput Ke Majlis Hari Jadi Anak, Tapi Suami Lufya Omar Tak Hadir
Patah Hati Putus Cinta, Lelaki Cuba Terjun Tingkat 25
'Mungkin Dia Tunggu Rupa Bayi Dulu' - Sumber Istana Dakwa Rihana Dua Kali Tolak Ujian DNA
"Kurang Ajar!"- Rita Rudaini Bengang Anak Dibuli Di Sekolah, Sampai Seluar Pun Dilondeh
Budak 9 Tahun Dibelasah Bapa Kerana Bekal Untuk Jamuan Sekolah Tak Dijamah
Wira Filem Aksi Terbaik Penutup Tahun 2019? Konfem Ke Wajib Tonton?
"Kita Tak Nak Halau Macam UMNO Dulu" - Tun M Digesa Berundur, Tiada Dolak-dalik
Ruhainies Geram Dengan Kekasih, Belikan Anggur Mahal Harga RM148
Masuk Sah Tapi Buat Kerja Songsang, Pasangan Gay Didenda Rm1,000
Memualkan! Pad Kotor Bersepah, 'Penyewa Dari Neraka' Undang Kecaman Netizen
Maut Ditembak Tunang Kerana Beri Perhatian Lebih Pada Anak
"Bukan Curang, Dah Tak Ada Jodoh" - Hubungan Risteena Dengan Ikhwan Dah Berakhir
Wanita Mengaku Tak Suka Lelaki Melayu Ini, Rupanya Baru Bercerai. Nafi Kekasih Barunya Mat Saleh Gigolo
Motosikal Kuasa Tinggi Kerap Eksiden, Salah Sendiri Atau Takdir?
Tak Sampai Sebulan Jumpa Keluarga Boyfriend Tapi Sudah Boleh Panggil Ibu, Buat Ramai Cemburu..
Kisah Hadiah Barang Kemas 76K Dari Suami, 'Marketing Strategy' Founder Produk Sampah ?
'Tak Nak Staf Lelaki!' - Bayi Hampir Mati Kerana Ibu Hanya Mahu Doktor Wanita
Suasana Pilu Pejabat Utusan Ketika Tutup Operasi, Warganet Simpati Nasib Pekerja

Komen Terbaru

Quote ennai83 27-11-2019 08:14 AM
hahahaha nak tergelak pulak

Lain-lain Komen

Quote awanysss 25-11-2019 05:23 PM
kalau crush aku kawen nnti aku nak request lagu pelamin anganku musnah kat dj tu
Quote Meiizu 25-11-2019 05:23 PM
betul laaa maza tegur tu...pilih lah lagu hepi hepi, apa kaa tak reti pi pilih lagu sedih.
mujur maza tak kata lagu tu haram , amik hang satu lagi pun takleh dengar
Quote meisapoya 25-11-2019 05:45 PM
Hahaha selalu kalau ada slot karaoke mesti ada lagu jiwang2 sedih. Menyampah ok dengar kat majlis kawen lagu macam tu
Quote thetimes 25-11-2019 05:53 PM
Setuju...nak mood happy2 je.
Quote gummiebear 25-11-2019 05:58 PM
Kann.. tak paham lah majlis kawen tapi nyanyi lagu sedih cam baru lepas putus chenta. Kena salahkan dj ke cemana ni
Quote sonatalady 25-11-2019 06:17 PM
Betulah tu.hepi2 tup2 keluar lagu sedih.
Masa kawen dulu..cd kawen lagu antara gadis.lagu memang best tp lirik....huhuuhu..
Bertabah ajelah.
Quote sfrnna 25-11-2019 06:30 PM
Sedih lagi pengantin baru tempat dia pg tu lepas baca statement ni.
Quote awanearisu 25-11-2019 06:47 PM
Edited by awanearisu at 25-11-2019 06:49 PM

"Jangan limitkan interpretasi masyarakat.." (Anon, 2019)
Quote matchstick 25-11-2019 07:00 PM
Dh jemput ameng mesti lah tetamu nk dengar lagu spring.. Lagu spring yg femes2 plak jenis yg jiwang sedih gitu. Xkan lah ko jemput ameng nk suruh nyanyi lagu selamat pengantin baru je, pastu ulang2 1 lagu tu je sampai pengantin muntah
Quote RatuDunia94 25-11-2019 07:18 PM
Lagu2 faveret karoke masa majlis kahwin is lagu Ziana Zain, Slam.. and mostly lagu2 deols mmg lagu sedih2.
Quote Kurex 25-11-2019 08:25 PM
hari tu kan ada topic pasal ni dekat porem.. iols speku naza ni salah sorang porumer la
Quote farlis 25-11-2019 08:47 PM
Setuju dgn dr maza ni.. I loikeee
Quote munchkin 25-11-2019 09:01 PM
Malas aku dengar melayu. Kalau tak berangan sedih. Takde semangat lamgsung
Quote AbukRokok 25-11-2019 10:03 PM
majlis kne ceria pasangla lagu eurodance
Quote vender 25-11-2019 10:07 PM
Tau takpe...masa kazen aku dulu kawen ada lagu kekasih yg mati. Aku lupa dah lagu apa tapi bestlah lagu tu.
Quote haryatie 26-11-2019 07:52 AM
kannn..pilih la yg hepy2
ni mcam kena kawin paksa jerk
Quote fliphair8 26-11-2019 08:29 AM
Maza terkesan ngan lagu jiwang karat
Quote burning_ash 26-11-2019 09:10 AM
lagu putus cinta..
Quote miemiecha 26-11-2019 10:13 AM
hurmm... entohlah kanda dinda...

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.216330s Gzip On
To Top