Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Kita Tak Nak Halau Macam UMNO Dulu" - Tun M Digesa Berundur, Tiada Dolak-dalik

25-11-2019 01:53 PM Komen: 57
Janganlah dolak-dalik, lakukan proses peralihan kuasa ini dengan baik, berhemah dan mulia setidak-tidaknya sebelum 9 Mei tahun depan."

Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berdolak-dalik untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri sebagai menghormati perjanjian peralihan kuasa selama dua tahun.


Foto: The Straits Times/MalaysiaKini

Katanya seperti dipetik dari Malaysia Gazette, lebih baik Dr Mahathir berundur secara mulia sebelum perkara lampau berulang.

Janganlah apa yang berlaku masa Tun M masih dalam UMNO itu berulang lagi. Bagaimana beliau dihalau dari UMNO satu ketika dahulu, jangan sehingga itu berulang.

Ikut perjanjian, kata dua tahun. Buatlah seperti yang dijanjikan, ingat apa yang pernah berlaku sebelum ini, kita tidak mahu halau seperti UMNO dulu, katanya pada Konvensyen Reformis 2019 yang dianjurkan oleh Otai Reformis98 di sini hari ini.

Tegasnya, Majlis Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan (PH) akan bersetuju dengan proses peralihan tanpa sebarang bantahan kerana itu adalah janji untuk mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti Dr Mahathir.

Tun sendiri pernah meminta Anwar supaya tidak terburu-buru setelah diberi pengampunan malah Anwar sendiri telah memberitahu beliau hendak berehat selain ke luar negara melawat sahabat-sahabatnya terlebih dahulu.

Tun sendiri bersetuju dengan cadangan Anwar ketika itu. Tidak ada soal Anwar terburu-buru merampasa kuasa dan sebagainya, tegas beliau.

Dakwanya, Dr Mahathir kembali kepada cara lama pemerintahannya iaitu tidak menjiwai perjuangan reformasi yang sebelum ini menjadi laungan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-14.

Sebelum beliau mendapat kuasa, sikapnya lain. Selepas berkuasa, beliau kembali kepada perangai lamanya. Beliau tidak dapat jalankan tanggungjawab seperti kehendak rakyat.

Jangan lupa juga, reformasi 98 ini wujud kerana Tun Mahathir menolak perjuangan kita pada masa itu.

Jika peralihan ini tidak berlaku, Otai Reformis akan pastikan ianya berlaku, tiada kompromi, ujarnya lagi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 57
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Buritan 1-12-2019 01:32 AM
hatikudus replied at 25-11-2019 03:48 PM
Sekorpun dlm pakatoon hancing tak layak jd pm

Kannn.. yg layak cinpeng jahhh.. bagi jah cinpeng jd pm..

Lain-lain Komen

Quote renko 25-11-2019 01:56 PM
dah tu sapa nak ganti ni nanti?
Quote Bedah.Cun 25-11-2019 02:07 PM
Bagi Trump jer jadi PM Msia neh. Semua parti mcm babi jer.
Quote zulka 25-11-2019 02:23 PM
tak kira dari parti mana cuba sebutkan satu nama menteri yg betul2 layak jadi PM....jawapannye SORANGPUN TAKDE YG LAYAK
Quote Kurex 25-11-2019 02:23 PM
makin senyum lebar nuar berahi
Quote Modngengade 25-11-2019 02:33 PM
Syed who r yuss?
Quote DAPee 25-11-2019 02:47 PM
@pyropura @bangcak @xy_daen @zidane_ziege @Orix
Quote hellojohndoe 25-11-2019 02:50 PM
hahaha
Quote tomatome 25-11-2019 02:51 PM
Berani ko nak halu Godfather??? Lu sapaaaaa
Quote sonatalady 25-11-2019 02:51 PM
Tu lah keja korang..amik..halau buang.
Negara ke laut dalam lah nanti akhirnya.
X habis2 bergasak...fokus lah kemajuan negara.
Bosan plak semua ni.
Panggil presiden korea utara ajelah jadi pm.
Quote Noraniza_Iblis 25-11-2019 03:12 PM
eh vavinyee laa parti2 kemaruk kuasa ni..
geram lak aku..
Negara nk melingkup ke..
rakyat kebulor pun..bkn dorg kesah..
semua nk kn kuasa..sbb masing2 nk kenyangkn perut la tu..
bile bang non dpt jd PM..
kimak seko2 punye perangai...
Jujur walaupun benda2 mcm ni..penah belaku dlm BN..
tp still malu2 gitu..hal dlm kain je..
ni takkk...hari2 gasak benda yg same..
Quote lemak_masin 25-11-2019 03:25 PM
Cuba laa halau tun...  
Quote lemak_masin 25-11-2019 03:28 PM
Giler kuasaaaa seko-seko... negara semakin tenat depa buat wayang gaduh je hari2... dulu nak memperbaiki negara konon.. tapi sekarang lagi teruk..
Quote meow_tompok 25-11-2019 03:28 PM
so maknanya mmg nak bagi anwar la jadik PM
Quote hatikudus 25-11-2019 03:48 PM
Sekorpun dlm pakatoon hancing tak layak jd pm
Quote taikor 25-11-2019 03:57 PM
Bekas Timb Presiden PKR... hanye memberi pendapat; pandangan peribadi
Quote fushimi 25-11-2019 04:01 PM
ko desak atuk nanti atuk luku ko sekor sekor

terus atuk suruh bubar parlimen
Quote relaxjek 25-11-2019 04:07 PM
Kalau betul ada perjanjian tun m nak serah jawatan pm ke nuar.. keluarkan laa surat perjanjian tu dan tunjuk pada public... ni main cakap mulut je mana jalan.. otai reformis berjuang utk nuar jadi pm bukan utk rakyat malaysia.. huh..otai reformis konon..pigidahh...
Quote papazola90 25-11-2019 04:20 PM
Mabuk kuasa la korang, rakyat makin susah.
Quote saviour_09 25-11-2019 04:22 PM
bodoh

rakyot struggle nak hidup
korang duk menyalak pm pm pm

betul2 bodoh polishit macam ni

Lihat semua komen(57)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.245865s Gzip On
To Top