Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Azhan Rani Semakin Mendunia- Terima Anugerah Khas Juri di Anugerah Telenovela 2019

28-11-2019 10:33 AM|Vanilla Thunder| Komen: 29







Kebelakangan ini, rezeki pelakon berbakat besar  Azhan Rani  nampaknya semakin mencurah-curah apabila dia baharu sahaja menerima Anugerah Khas Juri di  Anugerah Telenovela 2019 yang berlangsung pada 22 November 2019 lalu di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.


Azhan bersama sijil dan trofi yang dimenanginya Foto- Gempak.com


Anugerah Khas Juri itu disampaikan berikutan persembahan lakonannya yang memberi impak kepada masyarakat melalui watak Ustaz Hamadi menerusi  drama Nur  arahan Shahrulezad Mohameddin terbitan Radius One Sdn Bhd.

Ustaz Hamadi  yang dibenci oleh semua orang Foto- Google 






Biarpun sudah bergiat aktif dalam bidang seni melalui lakonan drama, persembahan teater dan drama radio sejak tahun 2004, lakonan mantapnya sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur cukup berkesan dan telah membuka mata banyak pihak terhadap bakatnya  sekaligus menerima Anugerah Antagonis Pilihan  di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur . 



Azhan Rani melahirkan rasa syukur atas anugerah yang diterimanya dan mengharapkan kemenangan tersebut bukanlah  bersifat belas kasihan memandangkan ia diadili oleh juri. Seperti yang kita semua tahu pelakon berusia 43 tahun ini bukanlah seorang yang mengejar populariti malah cukup mementingkan kualiti dalam setiap karyanya. Pendek kata, Azhan Rani hanya mempertaruhkan bakat lakonanannya  sahaja untuk kekal relevan dalam industri hiburan. Berilah apa sahaja watak kepadanya pasti menjadi. Pelakon tersebut merakamkan penghargaannnya melalui  entri di Instagramnya.







Selain wataknya sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur, dia turut berjaya memegang watak sebagai A.R Tompel dalam filem biopik Saloma dan membintangi teater Lantai T.Pinkie serta dan mendapat pujian atas lakonan mantapnya menerusi  cerekarama Terima Kasih Ibu.

Azhan Rani sebagai A.R Tompel dalam biopik Saloma Foto- Google 


Anugerah Telenovela adalah suatu anugerah tahunan anjuran anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bagi meraikan  dan mengiktiraf penulis, penerbit dan warga industri seni  yang berjaya menterjemah kandungan buku terutama novel ke layar perak atau diterbitkan dalam bentuk audio dan visual.
 
Anugerah Telenovela 2019 mempertandingkan 32 kategori dan menyaksikan Mira Filzah diangkat sebagai Pelakon Wanita Telenovela Popular dan Remy Ishak sebagai Pelakon Lelaki Filem Popular menerusi filem Pulang. Tahniah diucapkan kepada Azhan Rani dan semoga terus berjaya di masa hadapan. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 29
Komen

Previous : "Masih Ramai Tiada Kerja, Utamakan Pelakon Lama" - Siti Elizad Setuju Larangan Pelakon Muda Disolek Tua

Next       : Ruhainies Geram Dengan Kekasih, Belikan Anggur Mahal Harga RM148

Komen Terbaru

Quote Jamil_Abu 13-12-2019 08:46 AM
nape gambar kelabu... tanjat bam jamil

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 28-11-2019 10:41 AM
Terkejut meolsss. Tetiba gambar heols warns kelabu pastu baca tajuk "Azharani meninggal dunia".... kusssmangat...
Quote lonso 28-11-2019 10:44 AM
Hardwork pay off..and dia x merempan sana sini..deliver smpi ramai yang bukak mata
Quote nazzse 28-11-2019 10:52 AM
congrats lah ye..belakon best, anak yang baik..

lepas ni mesti ada yg merempan pasal kulit heols...
Quote RatuDunia94 28-11-2019 11:05 AM
Xde ke mana2 prduser yg nknjdkan heols lead hero dlm filem.
Quote rayray28 28-11-2019 11:08 AM
Bagus dia ni jaga mak dia..teringat mv lagu raya ke apa dia dgn wany lawak time dia melatah
Quote gummiebear 28-11-2019 11:16 AM
Tahniah! The recognition is well-deserved!
Quote asmara_me 28-11-2019 11:25 AM
rayray28 replied at 28-11-2019 11:08 AM
Bagus dia ni jaga mak dia..teringat mv lagu raya ke apa dia dgn wany lawak time dia melatah

video klip tu sedih ye hehe, iols sampai sekarang play lagu tu, nak raya balik dah kurang dari 5 bulan ..

untuk tak ot, tahniahhhhh
Quote minahmanja 28-11-2019 12:53 PM
tahniah azhan., aku follow ig dia .. caption dia mmg lawak2....heheh... eh dia mmg ade related dgn ar tompel ke..
Quote Perawankota 28-11-2019 01:02 PM
Tahniah hh... Semoga terus  berjaya
Quote beta_carotene 28-11-2019 01:41 PM
RatuDunia94 replied at 28-11-2019 10:05 AM
Xde ke mana2 prduser yg nknjdkan heols lead hero dlm filem.

kena produce satu series macam breaking bad, lead umur 40s-50s
bukan drama cintan cintun tapi realiti hidup
Quote lasagna 28-11-2019 01:49 PM
Edited by lasagna at 28-11-2019 01:51 PM
minahmanja replied at 28-11-2019 12:53 PM
tahniah azhan., aku follow ig dia .. caption dia mmg lawak2....heheh... eh dia mmg ade related dgn a ...

hahaa iols pun folo ig heols. mmg lawak esp masa dia pegi base camp everest tu psal petai.. adeehh lawak tu. tp tu laa iols frust msa heol tak menang watak antagonis msa kat anugerah trhebat haritu. cissss.. baidaway iols tak prnh nengok or trbaca dia kapel or brcintun dgn masa2 ppuan kan.. pape pun TAHNIAH Azhan.

*heols xde kena mngena pun dgn arwah tompel. sekian.

Quote kakasotong2 28-11-2019 01:52 PM
Heols humble sgt.

Tgk caption2 kt ig pn mmg sejuk hati baca. Merendah diri walau dia ni mmg kategori legend dh.

Xkawen2 lg sbb nak jaga mak kan. Sama mcm remy.

Quote salmon-suki 28-11-2019 08:23 PM
Hardwork paid off..baru dunia nak bukak mata dgn lakonan bermutu tinggi cmni?

Aiolzs masih lagi menantikan ocean 8 versi melayu y dibintangi oleh azhan rani,bront palarae,faizal hussein,beto khusyairy,sofi jikan,tony eusoff,jalaludin hasan..hihihi~

Xkesah laa apa y dorg pgg,janji ada meke2 nih..{:childlike
Quote inspiro92 28-11-2019 09:12 PM
salmon-suki replied at 28-11-2019 12:23 PM
Hardwork paid off..baru dunia nak bukak mata dgn lakonan bermutu tinggi cmni?

Aiolzs masih lagi m ...

Jgn lupa zahiril adzim pastu sorang lg underrated actor dlm geng diorang ni amerul effendy.
Quote chicozinn 29-11-2019 12:49 AM
RatuDunia94: Terkejut meolsss. Tetiba gambar heols warns kelabu pastu baca tajuk "Azharani meninggal dunia".... kusssmangat...


Aku pun ingat bnde yg sama..apoooo
Quote Sazida 29-11-2019 03:00 AM
inspiro92 replied at 28-11-2019 09:12 PM
Jgn lupa zahiril adzim pastu sorang lg underrated actor dlm geng diorang ni amerul effendy.

Iols dgn husband cukup suka kalau si amerul afendi ni berlakon. Sgt2 hidup ye watak dia.
Quote minahmanja 29-11-2019 08:38 AM
lasagna replied at 28-11-2019 01:49 PM
hahaa iols pun folo ig heols. mmg lawak esp masa dia pegi base camp everest tu psal petai.. adeehh ...

haah... lg satu psl yak.. hahha aku tk leh imagine muke dia mse bercerita tu... dia sejenis artis yg clean, tkde skandal.. dia tggu iols kot.
Quote lasagna 29-11-2019 10:35 AM
minahmanja replied at 29-11-2019 08:38 AM
haah... lg satu psl yak.. hahha aku tk leh imagine muke dia mse bercerita tu... dia sejenis artis  ...

itu laa lawak dia ni. smoga chuols berjodohan ya dgn azhan, jgn lupas jemput iols ya.
kalau uols jd vinik azhan, hari2 gelakkk manjang lah ya, di sulami dgn melatah azhan ittew.
Quote syierodoy84onot 29-11-2019 12:59 PM
Suka tgk lakonan Azhan Rani ni..x pernah mengecewakan. Alhamdulillah dia mmg layak untuk menang.

Lihat semua komen(29)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.148849s Gzip On
To Top