Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Meriah Dengan Keluarga Selebriti, Parti Hari Jadi Aaradhya Bachchan Umpama Fiesta Bollywood!

27-11-2019 10:54 AM|Oleh: Pink Lily| Komen: 17

Sekitar sambutan hari jadi Aaradhya Bachchan yang disambut secara besar-besaran.

Bayangkan majlis hari jadi anda dihadiri orang ternama India seperti Shah Rukh Khan, Sonali Bendre dan Karan Johar?


Orang awam mungkin menganggap ianya luar biasa, tapi ia merupakan satu kebiasaan bagi Aaradhya Bachchan, anak kepada Abishek Bachchan dan Aisywarya Rai yang menyambut hari jadinya yang ke-8 dua minggu lepas. 



Selain rakan selebriti, datuk dan nenek Aaradhya yang popular, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan juga kelihatan di majlis sambutan itu yang diadakan secara besar-besaran di Juhu, Mumbai dengan tema warna-warni serta Ferris Wheel antara tarikan utamanya.


Kredit foto: Yogen Shah

Walaupun keluarga Bachchan memilih untuk tidak berkongsi gambar majlis tersebut di media sosial, peminat masih boleh melihat gambar sambutan hari jadi itu yang disebarkan tetamu yang hadir. 

Menerusi gambar-gambar itu, ramai peminat memuji penampilan Aaradhya yang persis seorang puteri dan pandai bergaya seperti ibunya. 


Shah Rukh Khan. Kredit foto: India Times

Aisywarya Rai dan ibunya, Brindya Rai. Kredit foto: India Express

Karan Johar. Kredit foto: Yogen Shah

Sonali Bendre. Kredit foto: Yogen Shah

 Pelakon, Riteish Dashmukh dan isteri, Genelia serta anak-anak. Kredit foto: India Times

Abhishek bersama rakan baiknya, produser Bunty Walia. Kredit foto: India Express

Abhishek Bachchan berkahwin dengan Aisywarya pada 20 April 2007 dan menyambut kelahiran Aaradhya pada 2011. 



Aisywarya yang berkongsi bulan kelahirannya dengan Aaradhya, terdahulu telah menyambut hari jadinya yang ke-46 di Rome, Italy bersama keluarga pada awal bulan ini. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Ibu Jual Demi Moore Pada Harga RM2,000, Dirogol Jadi Hamba Seks

Next       : Unfollow, Private IG - Peminat Takut Kim Heechul Ikut Jejak Kawan Baik, Sulli Dan Goo Hara

Komen Terbaru

Quote kukukatablog 5-12-2019 07:32 AM
miu84 replied at 5-12-2019 01:48 AM
Lidah berbelit, ayat pun belit belit. Boleh jah straight to the point, nak jugekk kona sana sinun  ...

yang paling pekat bunyi,
Oh My GODDD.....

Lain-lain Komen

Quote kucingitam 27-11-2019 11:04 AM
cantiknya aishu...
Quote Rainrein 27-11-2019 12:08 PM
Lawak caption big B pasal anak SRK.
Quote RatuDunia94 27-11-2019 12:26 PM
Dh besar aaradhiya.. iols x sabar nk tgok sheols remaja.. adakah mewarisi kecantikan ibunya.. skrg x nampak sgt sbb masih comot budak2.

Aish patut beranak byk2 utk lahirkan generasi cantik2.
Quote mieymiey 27-11-2019 02:00 PM
RatuDunia94 replied at 27-11-2019 12:26 PM
Dh besar aaradhiya.. iols x sabar nk tgok sheols remaja.. adakah mewarisi kecantikan ibunya.. skrg x ...

Kan? Jangan disia-siakan kecantikan sheols.
Quote LuvAurora 27-11-2019 02:16 PM
Peliknya rasa mcm rugi taw aish xberanak banyak2 anak.. Sbb dia dgn husband boleh tahan sama2 segak.. Ruginya kalau ada satu ja waris
Quote chicozinn 27-11-2019 02:37 PM
apsal dimataku ni nampak si abhishek persis issey je ni??

btw tok SRK very kurus eaaa seb bek anak baby tumpang tu memang mewarisi muka tok srk
Quote borrow 27-11-2019 05:49 PM
Bertuah  jd the one n only princess. Manja sakan. Acik aishu menten lawa.

Tho abram kopipes muka srk , tp encemnya
Quote kukukatablog 27-11-2019 06:42 PM
mesti majlis tu penuh puak2 speaking tahap lidah berbelit2.....
Quote thetimes 27-11-2019 11:26 PM
Dah 46 umur dia...kejap je nak 50 tahun dah.{:shy
Quote Sazida 27-11-2019 11:37 PM
Ada kari tak?
Quote Laceyx 28-11-2019 12:41 AM
Senyuman dia mcm lisa blackpink
Quote rosewhite 30-11-2019 06:22 PM
payah nak beranak byk2 aishu ni, anak pertama pun kerja keras nak kurus balik
Quote Lavender_Violet 30-11-2019 08:26 PM
Lain beno dah rupa Abishek. Pada meols Abishek ni x brp hensem nk banding hero2 lain seangkatan heols. Dulu meols wonder from all of the heroes, knp lah Aishwaryarai ni pilih Abishek. Mcm x padan dgn sheols
Quote sue_liah 4-12-2019 03:28 PM
mmg tk la beranak lg ek..umo pun dh 46

nasib dpt 1 gegel, comel juga anknya

selebetnya srk mcm tk mandi
Quote oggy 4-12-2019 07:39 PM
Rainrein replied at 27-11-2019 12:08 PM
Lawak caption big B pasal anak SRK.

Aku pun tergelak
Quote miu84 5-12-2019 01:48 AM
kukukatablog replied at 27-11-2019 06:42 PM
mesti majlis tu penuh puak2 speaking tahap lidah berbelit2.....

Lidah berbelit, ayat pun belit belit. Boleh jah straight to the point, nak jugekk kona sana sinun dulu.
Quote kukukatablog 5-12-2019 07:32 AM
miu84 replied at 5-12-2019 01:48 AM
Lidah berbelit, ayat pun belit belit. Boleh jah straight to the point, nak jugekk kona sana sinun  ...

yang paling pekat bunyi,
Oh My GODDD.....

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
4.246140s Gzip On
To Top